Rabu, 25 Mei 2022

puteri pantun

[5/16, 9:43 AM] Putera Ag💞: Cantas dahan pokok ru,
     Sama rata pohon kuini;
Kalau bukan kerana guru,
     Siapalah kita hari ini.

Selamat hari guru💞😘
[5/16, 9:53 AM] Aki Kodoroi@irin Ps: Bertiup angin panas mentari, 
Tidak puas pergi tamu, 
Umpama lilin membakar diri, 
Sanggup berpanas mencurah ilmu.. 🌹😎

Selamat hari guru..
[5/16, 10:09 AM] Rose Ps: 🌹
Akar berjalin pokok berduri, 
Dibasahi titisan rendang di paya; 
Umpama lilin membakar diri, 
Mendidik insan hingga berjaya.
[5/16, 10:29 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Kemayan kudup disekan gaharu,
Beralah lajang paesan mentera;
Kejayaan hidup dimulakan guru,
Guru lah tunjang insan sejahtera.
[5/16, 10:36 AM] JEKIUS DOBOY Ps: Ku sangka mendung sepanjang hari,
Rupanya hujan tak jadi turun,
Ku sangka wanita c Aki Kodoroi,
Rupanya lelaki yang kacak tampan👌👍💪🤣

ORANG KAMPUNG💪
[5/16, 2:30 PM] Hana @Apis😝 Ps: Makan kundur burung kenari,
Dalam semak rumpun pandan;
Ingin ku tidur di siang hari,
Biarlah lemak membaja badan.
[5/16, 2:37 PM] Hana @Apis😝 Ps: Makan nenas berngilu rahang,
Perut lambung keriut keratuk;
Sungguh panas terik membahang,
Dibalik bumbung rasa mengantuk.
[5/16, 9:35 PM] SOLOMIN J: Ngam lah baitu musim hujan sejukkan santai ngopi kita.... 

Keraja kerani sungguh kesihan, 
  Kerja pelupa tertelan dadu, 
Saya disini sendiri kesepian, 
  Dengan siapa hendak mengadu.
[5/17, 7:16 AM] Hana @Apis😝 Ps: Embun berbinar di daun lalang,
Sekejap pergi digoyang tempua;
Mentari bersinar malampun hilang.
Selamat pagi sahabat semua.
[5/17, 9:07 AM] Hana @Apis😝 Ps: Gagah laksamana tidak terbilang,
tentera berkuda masihlah sangsi;
intah kemana punca *menghilang,* 
ilham yang ada selalu berpuisi.
[5/17, 9:15 AM] Hana @Apis😝 Ps: Burung merbuk turun kebendang,
tepian berlalang pedat sekali;
sehari ini sibuk di ladang,
aku kan *hilang* malam kembali
[5/17, 9:25 AM] BB: Sang suria alam bersinar terang
Disambut siulan burung berlagu
Puisi diari ciptaan seorang
Ada sebak kenangan lalu
[5/17, 9:30 AM] Putera Ag💞: Belah lima pokok selasih,
     dahan di potong sampai sirna;
baru sepurnama memadu kasih,
     fajar menyinsing *hilang* di mana.

😢🤭
[5/17, 9:38 AM] Hana @Apis😝 Ps: Bunga petunia di petik dara,
satu persatu cucuk ke balang;
hidup di dunia hanya sementara,
sampai waktu *hilang* berpulang.
[5/17, 9:38 AM] Hana @Apis😝 Ps: Tebang cendana lantung terinjut,
hempap merua permantang bendang;
tidur yang lena sentak terkejut,
*hilang* semua mimpi bertandang.
[5/17, 10:09 AM] JEKIUS DOBOY Ps: Encik Mamat pergi pejabat,
Jalan pantai simpang Kelibang,
Selamat pagi juga sahabat,
DiPantun Santai kita bersembang👌

ORANG KAMPUNG💪
[5/17, 10:10 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Ditengah lautan hujan lebat,_
_Ombak bertemu berliku-liku;_
_Hancur impian ku hilang semangat,_
_Kerana dirimu lupakan daku,_
[5/17, 10:11 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Jual jamu di seberang sana,_
_Jamu dibeku bercampur madu;_
_Hilang dirimu entah ke mana,_
_Haruskah diriku setia merindu.?_
[5/17, 10:11 AM] Hana @Apis😝 Ps: Buah remai gugur melepuh,
Jatuh bersilang terlibas parang;
kasih disemai di batas rapuh,
mudah *menghilang* dituai orang.
[5/17, 10:23 AM] SOLOMIN J: Anak mualaf menuntun katun, 
  Mama menghalang suara memaki, 
Minta maaf minta ampun, 
  Daku menghilang mencari rezki.
[5/17, 10:27 AM] SOLOMIN J: Terasa kentut meminum madu, 
  Rasa riang bersama menantu, 
Mimang patut mesti merindu, 
  Takkan menghilang membuang batu.
[5/17, 10:29 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Lorong berliku bertalun semu,
berjalan sehari lenguh seia;
hilang diri ku meninggalkan mu,
untuk kau cari lebih bahagia.
[5/17, 10:32 AM] JEKIUS DOBOY Ps: Helang minum ditepi paya,
Sambil menangkap siikan keli,
Siang hilang malam menjelma,
Hilang dihati manakan cari😔

ORANG KAMPUNG💪
[5/17, 10:47 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Bunga lalang menyebar kehuma,
Beregang tanah tumbuh meraut;
Tidak menghilang kenangan lama.
Dimana pernah kasih berpaut.
[5/17, 10:54 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Tinggi telang baharu sekaki,
Sutera bertemu cepatnya dimakan;
Walau menghilang mencari rezeki,
Tetap khabarmu aku nantikan.
[5/17, 10:57 AM] JEKIUS DOBOY Ps: Malam ini bulan purnama,
Bulan purnama pungguk merindu,
Mimpi yang hilang tidak mengapa,
Jangan daku hilang dari mu🙏

ORANG KAMPUNG💪
[5/17, 11:06 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Layu melati setangkai sama,
Jamur peranti lekas memburu;
Hilang di hati cinta yang lama,
Mungkin berganti kekasih baru.
[5/17, 11:17 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Mendap bersemu air membeku,
Cebisan halus payah di cari;
bila diri mu menghilang dari ku,
tidaklah tulus cinta yang kau beri.
[5/17, 11:47 AM] JEKIUS DOBOY Ps: Ikan kaloi ditepi kali,
Dapat seekor untuk dibela,
Adoiii😭sakitnya hati,
Dapat baru tinggal yang lama🤣

ORANG KAMPUNG💪
[5/17, 12:50 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Kain halus putih berseri,
Banang ditenun menjadi kain,
Bukan tak tulus cinta ku beri,
Tapi dikau ada yang lain🙏

ORANG KAMPUNG💪
[5/17, 1:24 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Kilang besi buatan Malaysia,
Ramai pekerja orang tempatan,
Hilang dihati kekasih lama,
Mohon jangan hilang persahabatan👌

ORANG KAMPUNG💪
[5/17, 1:25 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Lurah serata tempat memburu,
jatuh menerpa rekah telingkuh;
*hilang* cinta mu kerana cemburu,
menuduh tanpa alasan kukuh.
[5/17, 1:37 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Terima Kasih Orkid Hitam,
Atas respon juga pujian,
Saya hampir menjadi pitam,
Hilang idea mengarang pantun👌🤣

ORANG KAMPUNG💪
[5/17, 1:56 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Malam terang di sinari pelita,_
_Waktu bercinta rasa ceria;_
_Kata orang kepada kita,_
_Janganlah kita hilang bahagia._

 _Menemukan kebahagiaan lebih penting daripada menikmati kebahagiaan. Hargai setiap minit hidup ini, sama dengan menghargai hidup dan kebagiaan yang anda miliki._
[5/17, 3:21 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Anak bangsawan pergi memburu,
Dapat seekor burung kenari,
Kecantikan mu buat ku cemburu,
Tak hilang dihati mencurigai🙏

ORANG KAMPUNG💪
[5/17, 3:40 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Bandi belendir sukar di buka,
Melekit seperti sapuan roti;
Redakan takdir hilangkan duka,
Iklas di hati bahagia menanti.
[5/17, 4:18 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Wang dinar ditatah permata,
Tersulu cahaya menjajar biru;
Jikalau benar saling menyinta,
Saling percaya hilanglah cemburu.
[5/18, 10:16 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Hijau menyeri pohon celagi,
Cahaya sinari bias menyulam;
Cerah mentari ditengah pagi,
Jengahku mari menghulur salam.
[5/18, 11:07 AM] JEKIUS DOBOY Ps: Selamat pagi untuk semua,
Selalu diungkap tanda hormat,
Salam mu hulur sudah ku terima,
Salam sejahtera juga sahabat👌

ORANG KAMPUNG💪
[5/18, 11:13 AM] Hana @Apis😝 Ps: 🥰
Petik selasih buatkan ulam,
Berbagai cara ulaman resepi;
Terima kasih sambutan salam,
moga sejahtera bersama kecapi.
[5/18, 11:39 AM] JEKIUS DOBOY Ps: Kota Marudu Bandau asalnya,
Bilang cerita nenek moyang,
Kata-kata mu benar belaka,
Hilang cemburu tambahkan sayang

ORANG KAMPUNG💪
[5/18, 12:17 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Encik Salam pergi ke Kota,
Pergi ke Kota naik basikal,
Salam bersalam amalan biasa,
Marilah kita selalu beramal👌

ORANG KAMPUNG💪
[5/18, 4:43 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Meradu sawah naik kobuta,
Jangan meradu kalau tak pandai,
Selamat petang juga Gomputa,
Mari sembang di Pantun Santai👌

ORANG KAMPUNG💪
[5/18, 4:43 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Dari Sindumin sampai ke Luyang,
Lewat Tanjung Aru indahnya pantai,
Dari kemarin sampai sekarang,
Kurang timbul di Pantun Santai😔

ORANG KAMPUNG💪
[5/18, 5:07 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Di pantai kerang sukar di cari,
Satu tersembul ombak pelantun;
Biarlah kurang datang kemari,
Asalkan timbul membawa pantun.
[5/18, 5:18 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Sarang tebuan di pohon zaitun,
Rosak kerana racun menyiram;
Biarpun puan tiada pantun,
Sangat bermakna memberi ilham.
[5/19, 3:43 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Marilah tuan pergi ke pekan,
Pergi ke pekan berjalan kaki,
Biarlah puan tiada pantun,
Asalkan timbul setiap hari👌

ORANG KAMPUNG💪
[5/19, 4:38 PM] Hana @Apis😝 Ps: Rentang bebuku ditata cantik,
Kalungan telang beraneka cara;
Disini cinta ku dampak berkutik,
Berwalang tualang rindu melara.
🤭
[5/19, 4:39 PM] Hana @Apis😝 Ps: Haruman syurga terbangan debu,
Semilir rawa rawang serata;
Pesona raga menyentak kalbu,
Meluruh jiwa terjatuh menyinta.
🤭
[5/19, 4:43 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Riadah di taman ramai berkunjungan, 
Pohon meranti penghias taman, 
Siapa gerangan pemuda tampan, 
Tercuit hati hendak berkenalan. 🌹😎
[5/19, 4:52 PM] Hana @Apis😝 Ps: Ikan lelumba menyambar tilan,
Melibas kundur pecah terbelah;
Jangan kau cuba merentang jalan,
Pantang mundur sebelum kalah.

🤣🤣🤣
[5/19, 4:58 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Pasang sauh berlabuh di pelabuhan, 
Nampak mandur terhuyung hayang, 
Biar menempuh segala rintangan, 
Pantang berundur sebelum bertarung. 

😆😆😆😆
[5/19, 5:06 PM] Hana @Apis😝 Ps: Baiklah..
Melempar batu ke talun melakat,
Bonggol berbuku tidak seteru;
Jikalau begitu perjanjian sepakat,
Menang diri ku usah kau cemburu.
[5/19, 6:04 PM] Tonny Kinta: Marilah tuan pergi ke kebun,
Bawa cangkul sembil berlari;
Biarlah puan tiada pantun,
Asalkan timbul setiap hari👌

ORANG KAMPUNG💪

Kasi ada rima,,
[5/19, 6:12 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Berjalan kami sambil bersembang, 
Bersama kawan membawa cangkul, 
Bertemu disini selamat petang, 
Mengapa tuan jarang timbul. ??
[5/19, 6:20 PM] Rose Ps: 🌹
Kalau tuan pergi ke kebun, 
Bawa cangkul jangan berlari;
Beban kesusahan akan bertimbun,
Sanggupkah pikul andaiku beri.
[5/19, 6:31 PM] Rose Ps: 🌹
Berjala kaki sambil bersembang, 
Bersama kawan membawa cangkul; 
Punca rezeki akulah penyumbang, 
Terkadang rawan bebanku pikul.
[5/19, 7:02 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Apa barang di dalam bakul,_
_Dipikul mentua pergi ke pekan;_
_Walaupun jarang hamba muncul,_
_Sahabat semua tidak ku lupakan._

_Jalan berbatu banyaklah habuk,_
_Kalau ke desa berjaga-jaga;_
_Setiap waktu diri ku sibuk,_
_Ada masa ku muncul juga._

_Bawa parang pergi ke kebun,_
_Tumpang berjalan si penarik beca;_
_Biarpun jarang muncul berpantun,_
_Pantun kalian semua ku baca._
[5/19, 7:24 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Pokok mempelam berbuah lebat, 
Memetik lada dalam kebun, 
Selamat malam hujan lebat, 
Ceriakan minda mari berpantun. 🌹😎

Selamat malam semua.
[5/19, 7:38 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Pukul lapan pergi ke kebun,_
_Pukul lima pulang berlari;_
_Kalau tuan mengajak berpantun,_
_Apakah tema pantun di beri.?_
[5/19, 7:48 PM] Tonny Kinta: Pokok mempelam daun'nya lebat, 
Dimakan kuda di dalam kebun, 
Selamat malam semua sahabat,
Ceriakan minda mari berpantun. 🌹😎

Selamat malam semua.

Kasi ngam pembayang dia,,jauh lari tu🙏🏻🙏🏻siou
[5/19, 7:56 PM] Hana @Apis😝 Ps: Sembunyi wutun dirumpun paku,
Takut dibaham ular raksasa;
Malas berpantun tiada cintaku,
Tiada ilham pemanis rasa.

🤣😂🤣😂🤣😂
[5/19, 8:05 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_pergi Indonesia menjual buku,_
_Waktu memandu asyik termenung;_
_Di mana dia kekasih hatiku,_
_Hatiku rindu sambil terbayang._
[5/19, 8:06 PM] Rose Ps: 🌹
Buah ciku dicuci bersih, 
Letak di loyang lalu disimpan;
Beri daku secebis kasih, 
Secubit sayang jadi harapan.
[5/19, 8:17 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Bunga kiambang cantik berseri,_
_Bunga selasih cantik dipandang;_
_Kasih sayang sudah ku beri,_
_Mengapa kekasih selalu menghilang._
[5/19, 8:29 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Tasik bersih kering membeku,_
_Waktu kemarau hujan terhenti_
_Duhai kekasih pujaan hatiku,_
_Manakah dikau lama ku nanti,_
[5/19, 8:41 PM] Putera Ag💞: Kancil berlaga dalam hutan,
     Seekor tempang di panah petir;
Beribu bunga menghias taman,
     *KeKasih* seorang awal dan akhir.

🤭😂💞
[5/19, 8:57 PM] Putera Ag💞: Pagi Sabtu pergi beraya,
     Minum secangkir kopi al-sunnah;
*Berkasih* satu tiada duanya,
     Biar akhir sampai Jannah.

💞🤭
[5/19, 9:03 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Awal subuh menunggang kuda,_
_Kuda berhenti di jalan rata;_
_Biar berpuluh gadis menggoda,_
_Kekasih hati ku juga ku cinta._
[5/19, 9:16 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Pokok jati dahannya patah, 
Sempat lari sebelum kena, 
Kekasih jati berpaling tadah, 
Membuat diri hidup merana. 🌹😎

Selamat malam semua.
[5/19, 10:26 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Gagah lenjan pemuda bertani,
Intai perhati si puteri bungsu;
Sudahlah hujan lebat malam ni,
*Kekasih* hati juga membisu.
[5/19, 10:50 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Minum kopi bercampur susu,_
_Sejuk suasana semasa sahur,_
_Bukan menyepi diam membisu,_
_Kekasih disana mungkin dah tidur._
[5/19, 11:06 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Ulam selasih bersama kundur,
Hidangan makan waktu di huma;
Andai kekasih sedanglah tidur,
Moga mimpikan daku bersama.
[5/19, 11:08 PM] Putera Ag💞: Pekat minyak menumis buntal,
     Padam api di tiup angin;
Sudah nyenyak peluk bantal,
    Buai mimpi kekasih lain.
🤭😂😜
[5/19, 11:09 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Tanam selasih di dalam pasu,_
_Tanam peria di dalam mangkuk;_
_Kalau kekasih diam membisu,_
_Mungkin si dia serdang merajuk._
[5/19, 11:16 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Mabuk si kuda termakan selasih,
Makan kerana dipaksa pak tani;
Setia ku pada seorang kekasih,
Seorang di sana seorang di sini.

😂😂😂
[5/19, 11:20 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Bunga selasih hilang di mana,_
_Ditiup angin terbang ke tepi;_
_Kalau kekasih tidur tak lena,_
_Tidaklah mungkin dia bermimpi._
[5/19, 11:21 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Buah telunjuk di peti sejuk,
Sebelah tauhu pada kotaknya;
Ingin ku pujuk kekasih merajuk,
Namun tak tahu apakah caranya.
[5/19, 11:29 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Mayang selasih rampai si nona,
Aduk mawarnya timbang sesuku;
Kalau kekasih tidur tak lena,
Itu tandanya rindu pada aku.
[5/19, 11:45 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Hilang mengantuk kerana batuk,_
_Tidaklah saya tidur sehari;_
_Jangan dipujuk kekasih merajuk,_
_Biar deritanya tanggung sendiri._
[5/19, 11:58 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Kupas kulitnya umbut selasih,
Ambil letakkan susun merata;
Apalah ertinya jalinan kasih,
Tergamak biarkan kekasih derita.
[5/20, 12:08 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Pohon kuini berbuah lebat,_
_Pokoknya subur kebun'nya bersih;_
_Malam ini malam jumaat,_
_Marilah tidur mimpi kekasih._

_*Good night all*_
[5/20, 8:50 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Potong kundur alaskan talam,
Agar tak susah untuk membersih;
Tidak lena tidur semalam,
Resah gelisah rindu kekasih.

Buah kuini ulat tersemat,
Mudah di cari cuma ada dua;
Pagi ini pagi jumaat
Salam ku beri buat semua.
[5/20, 8:57 AM] Rose Ps: 🌹
Bunga kiambang cantik berseri, 
Bunga selasih cantik dipandang; 
Janganlah abang tercari cari, 
Dinda berkasih sekadar dendang.
[5/20, 9:03 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hati yg sentiasa berbunga bunga itu bukan sebab ada kekasih tapi hatinya senang, jadi klau hati senang itu nampak awet muda lah 😂 orang bilang ba
[5/20, 9:06 AM] Rose Ps: 🌹
Kancil berlaga dalam hutan, 
Seekor tempang dipanah petir; 
Hati terjaga kukuh ikatan, 
Fikiran lapang tidak khuatir.
[5/20, 9:58 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Hari minggu pergi sembahyang,_
_Berjubah putih duduk di bangku;_
_Ku nyanyi lagu sambil berdendang,_
_Buat kekasih pujaan hati ku._
[5/20, 10:06 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Pohon selasih tidak berduri,_
_Bunga bermadu si bunga melati;_
_Biarlah kekasih merasa sendiri,_
_Ertinya rindu membara di hati._
[5/20, 10:18 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Kain putih di lempar batu,_
_Tidak terkena di ruang tamu;_
_Mungkin kekasih mu juga begitu,_
_Tidur tak lena asyik merindumu._

_Shampo rambut harum mewangi,_
_Tercuci bersih siap di ikat;_
_Ku sambut salam selamat pagi,_
_Darimu kekasih di pagi jumaat._
[5/20, 10:23 AM] Tonny Kinta: Si shurin tu buat tema smlm sya tnya dia pa tema pantun kita ni mlm sya bilang🤭🤭tapi smpai pgi juga
[5/20, 10:30 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Tanam selasih berulur melati,
Didekat kekwa tata berandu;
Tegakah kekasih mendera hati,
Tersiksa jiwa jerutan rindu.?
[5/20, 10:30 AM] Kim Vee: Hendak ke huma petik kedundung,
Bawa cangkul dikejar anjing,
Kita umpama saudara kandung,
Berat dipikul ringan dijinjing.
[5/20, 10:34 AM] Rose Ps: 🌹
Pokok jati dahannya patah 
Sempat lari sebelum terkena;
Berubah hati ditanya entah, 
Ingin sendiri di jiwa merana.
[5/20, 10:36 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Airnya jernih di sebelah hulu,_
_Tempat berjumpa si ikan lumba;_
_Hari kekasih sudah berlalu._
_Hari Bapa dekat nak tiba._
[5/20, 10:43 AM] Kim Vee: Tolong pindah sebatang titi,
Halang jalanan didepan kilang,
Kenangan indah  mekar dihati,
Namun pujaan terus menghilang.
[5/20, 10:50 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Jauh berjalan beribu batu,_
_Berjalan seorang sambil berlari;_
_Siapa gerangan pujaan itu,?_
_Sampai menghilang menjauhkan diri._
[5/20, 11:32 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Tunggang kuda pergi ke sukau,_
_Terasa dingin suasana berembun;_
_Duhai adinda di mana dikau,_
_Marilah join kita berpantun._

_*To ida adinda*_
[5/20, 12:16 PM] Kim Vee: Burung tempua di pohon jati,
Terbang ke hulu diwaktu senja,
Itu semua rahsia hati,
Telah berlalu abaikan saja.
[5/20, 12:31 PM] Rose Ps: 🌹
Nuri berterbangan hinggap di jati, 
Sarangnya rendah terlindung mentari; 
Siapakah gerangan pujaan hati, 
Melakar indah dalam sanubari.
[5/20, 12:41 PM] Kim Vee: Rambut pacak bergelang tangan,
Sudah bertunang anak pengiran,
Pemuda kacak dari kayangan,
Si kunang kunang nama gelaran😂
[5/20, 12:43 PM] Putera Ag💞: Ombak beralun lautan Sulu,
     Kemudi utuh terpintar tali;
Walau bertahun sudah berlalu,
     terpahat kukuh sisa sejoli.

🤭😂💞
[5/20, 1:39 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Bunga kiambang bunga melati,_
_Tumbuh di paya tidak terjaga;_
_Cari yang lain sebagai ganti,_
_Jikalau saya okeylah juga._
[5/20, 1:42 PM] 💫Ida Adinda✨ps: 💫Ida Adinda✨
Tambat kuda di perdu kuini, 
Kaki luka terkena pedati; 
Dinda ada juga di sini,
Lebih suka jadi pemerhati.
[5/20, 2:51 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Jual jamu di pasar tani,_
_Sambil perhati mencari tempat;_
_Bila dirimu muncul disini,_
_Rindu hati ku akan terubat._
[5/20, 2:51 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Naik sampan ke pulau jawa,_
_Bawa sirih untuk di dagang;_
_Jiwaku menahan rasa kecewa,_
_Kerana kekasih di ambil orang._
[5/20, 3:18 PM] 💫Ida Adinda✨ps: 💫Ida Adinda✨
Mengait puan jalanya lebar, 
Sambil cerita sebuah kenangan; 
Wahai tuan harus bersabar, 
Dalam bercinta ada rintangan.
[5/20, 3:21 PM] 💫Ida Adinda✨ps: 💫Ida Adinda✨
Seekor lipan menggigit tangan, 
Bila terjaga bermandi keringat; 
Di sini tersimpan seribu kenangan, 
Hamba juga teringat-ingat.
[5/20, 4:45 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Naik kereta pergi ke kota,_
_Berhati-hati bila memandu;_
_Soal cinta perkara cinta,_
_Sabar menanti siksa merindu._

_Minum kopi bercampur madu,_
_Tidak terkata terasa nyaman;_
_Jiwaku sepi bila merindu,_
_Kerana cinta banyak godaan._

_Pohon mampelam di luar pagar,_
_Tertanam rata di tanah rata;_
_Inginku diam rasa tak sabar,_
_Kerana cinta jiwa ku derita._

_Terdengar bunyi rintikan hujan,_
_Bagaikan alam ditimpah taufan;_
_Rasa sunyi bila bersendirian._
_Siang malam rindu rinduan._

_*Kata-kata mutiara renung-renungkanlah*_

_Terkadang sepi itu indah, kadang juga diam lebih baik, dan adakalanya juga sendiri itu lebih baik daripada bersama dengan orang yang kita ambil peduli tapi tidak menghargai._
[5/20, 5:37 PM] Rose Ps: 🌹
Lebat mempelam di luar pagar, 
Gugur merata dahannya patah; 
Siang malam fikiran berlegar, 
Kerana cinta mudah melatah. 

Terdengar bunyi hujan rintik, 
Sejuk alam bayu berhembusan; 
Rasa sunyi biar sedetik,
Usah tenggelam  rindu berterusan.
[5/20, 5:43 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Berdesit lirih mengintai reban,
Ayam yg tinggal berkunci sedia;
Walaupun perih menyandang beban,
Ibu tunggal tetap bahagia.
[5/20, 6:22 PM] Rose Ps: 🌹
Tanam sirih di tiang reban, 
Ditimpa cenggal rebannya pipih; 
Walau perih memikul beban, 
Ibu tunggal gagah sanggupi.
[5/20, 6:28 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Mari di petik buah delima, 
Berteduh di meranti bersama kawan, 
Cinta berputik pandang pertama, 
Membuat hati di buai kerinduan. 🌹😎
[5/20, 6:41 PM] Rose Ps: 🌹
Pergi petik buah delima, 
Langkah terhenti nampak cendawan; 
Cinta berputik mengusik sukma, 
Membuat hati terkadang rawan.
[5/20, 8:13 PM] Putera Ag💞: Pelangi petang musim  hujan,
     Atas perdu mengusik jiwa;
Engkau menghilang tiada pesan,
     Aku merindu separuh nyawa.

🤭😂😜💞
[5/20, 8:35 PM] 💫Ida Adinda✨ps: 💫Ida Adinda✨
Cuaca kelam di waktu subuh, 
Hujan lebat menimpa lantai; 
Tirai malam sudah berlabuh, 
Moga sahabat terasa santai. 

Waktu petang panjat kelapa, 
Setandan lebat letak di meja; 
Saya datang ingin menyapa, 
Semoga sahabat baik-baik saja.
[5/20, 8:38 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Berlari lari si anak jawa,_
_Dari sekolah pulang ke desa;_
_Berlegar fikiran mengusik jiwa,_
_Cinta melatah sudah biasa._

_Waktu semalam membaca buku;_
_Duduk di tilam tidak berubah;_
_Walau tenggelam rindu membeku,_
_Hati di dalam tetaplah tabah._
[5/20, 9:42 PM] Rose Ps: 🌹
Di pagi hari berkembang kekwa, 
Warna terserlah menyeri desa; 
Cinta menyeri membelai jiwa, 
Andai berbalah pedih terasa.
[5/20, 10:50 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Naik kereta bersama mentua,_
_Pergi kota tujuan ke mana;_
_Andainya cinta terbelah dua,_
_Satu derita satu merana._
[5/20, 11:00 PM] Putera Ag💞: Pergi utara mendayung sampan,
     Perih nelayan mengusung Tandu;
Cinta berpusara tanpa nisan,
     Biar kenangan menggamit rindu

😂🤭😜💞
[5/20, 11:21 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Cerita-cerita sambil bersantai,_
_Rasa ceria bersama mentua;_
_Kalau cinta tiga serangkai,_
_Rasanya dunia terbelah dua._
[5/20, 11:46 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Landai serata kering tak basah,
Berketak tanah terkukur laksana;
Cinta yng dusta hati pun gelisah,
Harapan musnah putus merana
[5/21, 12:19 AM] Rose Ps: 🌹
Pergi utara mendayung sampan, 
Perih nelayan mengusung tandu; 
Cinta ke pusara jasad tersimpan, 
Hilang belaian punahlah rindu.
[5/21, 9:36 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Tepi perigi merimbun paku,
Dipetik petani jual kepekan;
Selamat pagi cinta hati ku,
Moga hari ini lebih baikan.
[5/21, 1:34 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Mabuk kepayang memakan pauh,
Sudah selesai baru rasakan;
Mengapa sayang pergi menjauh,
Setelah usai cinta ku suarakan?
[5/23, 10:19 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Angin melanda menerbang pasu,
Melayap lalang sekelian paku;
Mengapa kanda diam membisu,
Apakah hilang rindu mu padaku.
😜
[5/23, 10:21 PM] Putera Ag💞: Makan jeruk buah Bacang,
     Sambil mengopi bersama teman;
Sudahlah sejuk mencengkam sum tulang,
     Hati sepi tidak berteman.

😂🤭
[5/23, 10:27 PM] Hana @Apis😝 Ps: Burung merbuk burung kepipi,
Patah semangat ditengah gurun;
Kerana sibuk hamba menyepi,
Sangatlah penat menebas memarun.
[5/23, 10:33 PM] Putera Ag💞: Naik kuda turun ke pekan,
     Bagai koboi duduk pelana;
Kalaulah adinda dalam pangkuan,
     Akan di dodoi hingga terlena.

🤭😂
[5/23, 10:34 PM] Hana @Apis😝 Ps: Sangkut tertindih pelana kuda,
Baju kebaya koyak kesihan;
Sunghulah sedih keluh mu kanda,
Apakan daya kita berjauhan.
😂😂
[5/23, 10:42 PM] Hana @Apis😝 Ps: Gadis desa pergi ke pekan,
Bergaun kembang berkerita kuda;
Terbuai rasa dengar pujukan,
Rasa terbang kepangkuan kanda.
[5/23, 10:59 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Indah berseri bebunga selasih,
Terbias cahaya dicelah keladi;
Hendak mencari buat kekasih,
Apakan daya tiada yang sudi.
[5/23, 11:03 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Bagai terukir warna pelangi,_
_Terbentuk dibawah ketulan embun;_
_Malam hampir bertukar pagi,_
_Esok sajalah saya berpantun._
[5/23, 11:04 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Terik mentari kering di taman,
Layu merapi bebunga kekwa;
Kelana sendiri tiada berteman,
Terasa sepi mencengkam jiwa.
[5/23, 11:10 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Pucuk kundur subur di hulu,
Bergulung dalam membetuk gua;
Sebelum tidur ku salam dahulu,
Selamat malam teman semua.
[5/24, 7:40 AM] Mohd ghshid Ps: Pergi ke Bidor bersama-sama,
Balik ke Dungun hendak menuntun;
Jangan lah tidur lama-lama,
Teruslah bangun kita berpantun.
[5/24, 7:48 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Kembangan lebar cantik berseni,
Mawar melati dicampur dua;
Apa khabar di pagi ini,
Sahabat hati teman semua.?
[5/24, 7:48 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Pohon celagi berpohon dua,
Ditengah naik pucuk kuini;
Selamat pagi sahabat semua,
Moga lebih baik di hari ini.
[5/24, 7:57 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Cincang gelama campur tepung,
Goreng melaya seperti dadar;
Sudah lama terperuk dikampung,
Sekarang saya keluar kebandar.
[5/24, 8:07 AM] Mohd ghshid Ps: Buah peria sibuah kuini,
Kembang sekuntum bunga melati;
Untuk menceria group ini,
Selalulah berpantun jangan berhenti.
[5/24, 8:19 AM] Mohd ghshid Ps: Anak beranak duduk bersandar,
Adik bernang sama pelampung;
Apa seronak pergi ke bandar,
Lebih tenang duduk di kampung.
[5/24, 8:47 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Berumpun pinang kelam terkepung,
Belinjau saga ringan mengandar;
Biarpun tenang didalam kampung,
Meninjau juga perkembangan bandar.
[5/24, 8:49 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Pohon ketapang pohon pedada,
Tumbuh sedia di kebun petani;
Setiap lapang yang akan ada,
Sentiasa setia berpantun disini.
[5/24, 9:18 PM] Putera Ag💞: Batu permata bersalut emas, 
     Senyuman anggun terukir impak;
semaian cinta tidak berbalas,
     Sanggup menyamun jadi perompak.

Ilobu💞
[5/24, 9:19 PM] Putera Ag💞: Merata semak di pinggir laman,
     Jalan berbatu menuju gua;
Sana perompak sini penyamun,
     Pilih satu antara dua.

Ilobu💞
[5/24, 9:28 PM] Rose Ps: 🌹
Cincin emas berbatu permata, 
Senyum suka si dara mama; 
Di usia emas bermain cinta, 
Sekadar seloka mainan sukma.
[5/24, 9:35 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Bunga dahlia sering di baja, 
Berseri muka si anak dara, 
Walau usia di hujung senja, 
Minat berseloka mainan minda. 🌹😎
[5/24, 11:14 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Pegang belati cermat dan santun,
Masukan semula sarungnya penuh;
Niat hati nak buat pantun,
Penatlah pula perjalanan jauh.
[5/24, 11:20 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Sudahlah tenat tidak mengeluh,
Belajar menari dtengah malam;
Walaupun penat berjalan jauh,
Singgah kemari menghulur salam.
[5/24, 11:28 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Kemarau tenat layu kan pauh,
Kering perigi dekat berandu;
Walaupun penat berjalan jauh,
Penatlah lagi hati merindu.
[5/24, 11:37 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Potong merata rumpun selasih,
Tampak selesa bagaikan baldu;
Pantun ku tinta buat kekasih,
khabarkan rasa dendam merindu.
[5/24, 11:52 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Pohon cempaka baru berputik,
Harum seperan bunga melati;
Walaupun seloka cinta romantik,
Sekadar hiburan pemanis hati.
[5/25, 3:58 AM] Rose Ps: 🌹
Bunga cempaka baru berputik, 
Harum setaman bunga melati;
Berseri muka setiap detik, 
Manis senyuman berbunga di hati.
[5/25, 6:29 AM] Aki Kodoroi@irin Ps: Rumpun cempaka tumbuh di sawah, 
Tepian kebun pohon meranti, 
Berseri muka ayu di wajah, 
Ukiran pantun penghibur hati. 🌹😎
[5/25, 6:03 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Dalam cempedak ulat mengicar,
Menghisap gula di buah serbat;
Guruh meledak kilat memancar,
Di susul pula hujan yang lebat.
[5/25, 6:25 PM] Rose Ps: 🌹
Buah cempedak manis rasanya, 
Masam pula buah mempelam; 
Guruh meledak itulah tandanya, 
Rintik mula membasahi alam.
[5/25, 6:33 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Anyaman rambat halus bersemi,
Menganyam semat disisi meja;
Hujan lebat membasahi bumi,
Membawa rahmat mudahkan kerja.

Di air benam ketulan garam,
Bubuh sebatas rasa minuman;
Sayur ku tanam tak perlu siram.
Di hujani batas segar tanaman.
[5/25, 9:43 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Buah kepayang di buat jamu,
Kalau dimakan pandai menyanyi;
Wahai sayang di mana kamu,
Janganlah biarkan group ini sunyi.

[5/25, 11:46 PM] Hana @Apis😝 Ps: *SELAMAT HARI JADI*

Subur cermai tanaman tuan,
Rendang menjadi teduhan merpati;
Salam damai salam perpaduan,
Selamat harijadi sahabat hati.

Kelana bertualang harungi lembah,
Banyak temukan tempat bergua;
Tarikh berulang usia bertambah,
Kita rayakan syukuri dan doa.

Pelabuhan bahtera di laut terjemur,
Menunggu sampan kembali pergi;
Moga sejahtera panjang umur,
Tarikh kedepan bertemu lagi.

Drpd: Hana🌹
[5/26, 8:45 AM] Rose Ps: 🌹
Tenang samudera di pagi hari, 
Naiki sampan memancing ikan; 
Salam sejahtera ikhlas ku beri,
Itulah ucapan kepada rakan.
[5/26, 10:00 AM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Sudah sepekan berbunga melati,
Putih serikan berkambang lagi;
Kepada rakan sahabat hati,
Daku ucapkan selamat pagi.
[5/26, 10:04 AM] Aki Kodoroi@irin Ps: Berbunga lebat bunga Dahlia, 
Di celah celagi bersarang kenari, 
Buat sahabat semoga ceria, 
Selamat pagi salam ku beri.. 🌹😎
[5/26, 12:34 PM] Hana @Apis😝 Ps: Hana🌹
Ikan disiang di atas meja,
Ikan tenggiri tulang menduri;
Hati seriang anak remaja,
Kesana kemari bebas sediri.
[5/26, 3:50 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Bayu berpuput berarak mendung, 
Bertiup angin membadai taman, 
Hilang berpaut dahan tumbang, 
Ambil kain dalam jemuran..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan