[5/14, 2:57 PM] Hana @Apisπ Ps: Peti belanga rawan serata,
Serum berlambak berlawang bumbu;
hati berbunga bertaman cinta,
harum semerbak merawang kalbu.
[5/14, 5:13 PM] Apple π Ann PS: ππππππ πππππ ππππππ πππππππ
ππππ ππππ
π πππ
ππ ππππππππ
πππππ
ππ πππππ ππππππππ ππππππ
πππ
ππ ππππ
π πππ ππππππ
[5/14, 5:26 PM] Hana @Apisπ Ps: Padi bertimbun sebelah sugi,
timun sejajan hadang berlain;
mandi bersabun belumlah lagi,
namun berhujan sedang bermain.
[5/14, 6:40 PM] Putera Agπ: Buatlah pantun yg sedap2 dan mantap sebab saya nak masukan dalam blog untuk rujukan masa depanπ
[5/14, 6:45 PM] Hana @Apisπ Ps: Baik bos, tu dua pantun sya di atas pantun terbaik baitu bos, cubo ko teliti, setiap baris 10 saja suku kata, setiap perkataan berima π€£
[5/14, 7:27 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Cecah kicap makan mempalam,
Untuk pembuka selera makan,
Saya ucapkan selamat malam,
Buat semua rakan taulanπ
Ini lah pantun paling sedapπ
Sesedap makan mempalam dicecah dengan kicap tiram sampai melilih air liur kalau tak makanπ€£
Ini bagus masuk dalam blogπ
ORANG KAMPUNGπͺ
[5/14, 7:28 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Atau pun iniπ
Kalau bukan jadi rezeki,
Dimulut masuk keluar juga,
Kalau bukan jodoh sendiri,
Dikahwin sudah bercerai jugaπ
ORANG KAMPUNGπͺ
[5/14, 7:33 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Seutas tali bikin ikat,
Letak di meja di tengah beranda,
Malam kembali buat sahabat,
Di mana saja kalian berada. πΉπ
Selamat malam sahabat pantun santun.. Tq kerana add saya di grp PS.
[5/14, 7:50 PM] Apple π Ann PS: tidur berbalam sampai kepagian
melempar dadu dalam sampua
Selamat malam juga diucapkan
selamat beradu pada semua
[5/14, 7:58 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Buah manggis masak di dahan,_
_Jatuh dititi di makan kuda;_
_Puan gadis cantik rupawan,_
_Membuat hati ku jadi tergoda._
[5/14, 8:01 PM] Datin Noa: Cewah
"Madah tuan, gadis cantik rupawan
Membuat hatiku jadi tergoda
Pujuk rayu pada berkenan
Rupa pinjaman aset pesona"π
[5/15, 8:57 AM] Apple π Ann PS: Jwp pntun ayg...skdr an smbil bljr...π
ππππ ππππ
ππ π΄ππππ ππππ
πππ
πππππππ ππππππ πππππ π
πππππ
π«ππ
ππ πππ
ππ πππππ ππππ
πππ
πππππππ ππππππ ππππππ ππππ πππππ€
Hinggap enggang dipohon cermai
Jatuh tertungkup ditepi jelapang
Bilang abang mari berdamai
Mengapa bertangkup tiada berlapang
Karya by Ann Ranau✌️ππ
[5/15, 9:16 AM] BB: Proton saga merah kelabu
Tidak selaju kereta ferari
Suara merdu mengamit kalbu
Sepuluh bintang markah diberi
To aki n applegreen
[5/15, 9:25 AM] Apple π Ann PS: Berkelip bintang cantik berseri
Daun palas dibuat anyaman
sepuluh bintang nilaian diberi
biar ikhlas terimaksih diucapkan
[5/15, 9:49 AM] Putera Agπ: π
*Struktur pantun* :
*Perkongsian ilmu*
Pantun empat kerat mempunyai empat baris .
Suku kata bagi setiap baris ialah dari sepuluh hingga dua belas suku kata
Rima akhir pantun mesti 'abab'
Terdiri daripada pembayang dan maksud
Dua baris atas ialah pembayang manakala dua baris bawah ialah 'maksud
Pastikan rima akhir setiap baris selari dengan rima 'abab' . Jika anda mahukan pantun yang lebih baik , samakan rima tengah baris pantun
*Contoh*
Buah *cempedak* di luar *pagar* ,
Ambil *galah* tolong *jolokkan*,
Saya *budak* baru *belajar* ,
Kalau *salah* tolong *tunjukkan*.
Semoleknya tiada penggunaan perkataan berulang
ππ½ππ
[5/15, 10:45 AM] SOLOMIN J: Masak kundur cuma berdiri,
Jalan berlenggang menjongok masakan,
Duduk tidur hanya sendiri,
Abang menghilang mencari makan.
Dalam padang orang ramai,
Tetap bersanggup jalan pemeriksaan,
Mimang abang ingin berdamai,
Biar bertangkup ikut keselesaan.
[5/15, 10:58 AM] Hana @Apisπ Ps: *_π―PANTUN SANTAIπ_*
Tepian pantai pepohon palma,
Tanahnya mampat tempat bertani;
Pantun Santai diberi nama,
group tempat pengkarya berseni,
Bunga dikalung cantik gubahan,
Tapak dikongsi rampai sepiring;
Group ulung kekal bertahan,
Pantun puisi tak pernah kering.
Mencari petai ulaman makan,
Jumpa seruntun tangkai menaik;
Pantun Santai banyak lahirkan,
Pengkarya pantun kualiti terbaik.
Kebun bertani buahan nona,
Kawasan selari taman botani;
Jiwa yang seni membawa Hana,
Masuk kemari mengasah berseni.
Duduk melantai buluh dilapah,
Tikar dijahit kembali cantik;
Dipantun santai banyak ku tumpah,
Manis pahit buruk dan baik.
Kutip lokan petik cendawan,
Dibatang lekap terhanyut naik;
Admin, rakan semua kawan.
Guru merangkap sahabat terbaik.
Pohon redup rendang melebar,
Rimbun daunnya ditengah pamah;
Penghulu group pentadbir sabar,
Tangani buahnya dengan berhemah.
HanaπΉ
[5/15, 11:05 AM] JEKIUS DOBOY Ps: Moi pasar momoli kinotuan,
Montok onsokon pitanga tadau,
Norikot no kagu tadau kokotuan,
Modsinding tokou sansayau sayauππ
ORANG KAMPUNGπͺ
[5/15, 11:18 AM] Hana @Apisπ Ps: Ib bawang liwogu opongimburuan,
Rokot dumala iaso e koruk;
Norikot no kagu tadau kokotuan,
Kada pisindala oruwan magawuk.
[5/15, 11:27 AM] SOLOMIN J: Ogumu kinotuan hilo tetemuan,
Alasuan tadau aiso tosianan,
Tadau keketuan ramayoon kegumuan,
Mensinding sumayau irie koubasanan.
[5/15, 11:34 AM] SOLOMIN J: Kada ouruan tokou mintuhun,
Tosorou osiou miagal tudukan,
Tadau kokotuan insan sentoun,
Okon mamarayou misindala oukan.
[5/15, 12:15 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Norikot nodi tadau kokotuan,
Tadau kokotuan ramayon kogumuan,
Otopot nogi tempinai Solomin,
Ramayon tokou insan sontounπππ€£
[5/15, 12:30 PM] Hana @Apisπ Ps: Serlah kebaya cantik berseri,
Butang ditaran kerang diukir;
Selamat hari raya aidil fitri,
Mumpung lebaran belum berakhir.
Permatang pauh bebunga tanjung,
Mengharum tiupan angin pejalan;
Peluang yang jauh kunjung mengunjung,
Bermaaf maafan sesama taulan.
Buah yang luruh buat membenih,
Semai ke huma tengah sempadan;
Buang yang keruh ambil yang jernih,
Rukun selama hayat di badan.
Bersuluh cahaya hijau berseri,
Pokoklah tin bercabang dua;
Selamat hari raya aidil fitri,
Maaf zahir batin pada semua.
@Aki Kodoroi@irin Ps
[5/15, 12:38 PM] JEKIUS DOBOY Ps: Momirapa tokou tuwa gorouk,
Samayan mangku sada do koruk,
Amu aramaiii nung auu magawuk,
Kada pondo gisom kalapikπππ€£
[5/15, 12:43 PM] Hana @Apisπ Ps: Kapuk kapas kulit bercekup,
Pokok terpaku duri melulu;
Terik mengecas letrik pun cukup,
Menyempat daku berkaraoke dulu.
π€£π€£π€£π€£ kopisanangan tadau kaamatan. Padi sya beli π€£
[5/15, 1:09 PM] Hana @Apisπ Ps: PANTUN DUSUN
Punti gorowuk pusas minggitar,
Yolo sangngawi sukod alangkas;
Soira magawuk sililiwd pintar,
Jumadi ngawi tulun tawakas.
Romodson rodson id tawi tawi,
Lo korumbatang aiso taladan;
Nunu boroson orotian ngawi,
Boros binatang tompuwan oilaan.
Lopot tadtaru id ruon do punti,
Moddosi otunu tangadau ontokon;
Kada kou tiru do miagal diti,
Koimburukai nunu nopo losokon.
[5/15, 2:38 PM] Hana @Apisπ Ps: Air perigi menampak bayang,
Riak yang kaku senang perhati;
Keindahan pelagi wajah mu sayang,
Mewarnai rindu ku jambatan hati.
[5/15, 3:14 PM] Hana @Apisπ Ps: Belinjau putik putih sejenis,
Kumbang teruja terjah rerama;
Engkau yg cantik engkau yg manis,
Gayamu manja menggoda sukma,
Lilin bersemu sutera bebenang,
Dicemar sekawan lebah kelulut;
riak wajah mu terlihat tenang,
bersikap rawan dibalik kemelut.
[5/15, 4:48 PM] Hana @Apisπ Ps: Berulur dua pokok sentang,
Menggesil tapir menyikat bulu;
salam ku semua selamat petang,
Siang hampir akan berlalu.
[5/15, 4:59 PM] Hana @Apisπ Ps: Udang geragau di jemur merata,
Kering luntang di kisar lagi;
Apakah mengigau wahai gomputa,
Sudah petang dibilang pagi.
[5/15, 5:17 PM] Hana @Apisπ Ps: Raja kecil dijunjung sembah,
Dayang mak inang darilah desa;
Dusun terpencil jauh di lembah,
Suasana tenang damaikan rasa.
Unggas meriang hinggap di bucu,
Mencengkam rapi berkerik ria;
Bermain riang anak dan cucu,
Menghibur sepi rawan bahagia.
[5/15, 5:31 PM] Hana @Apisπ Ps: Burung raja hinggap kelapa,
Bertenggek santun di pelepah tepi;
Goputa sengaja buat terlupa,
Agar pantun tidak menyepi.
[5/15, 5:46 PM] Hana @Apisπ Ps: Pulau tioman indah berseri,
Pantainya sesak karangan batu;
Santai dihalaman di petang hari,
Malas memasak dimanja menantu.
[5/15, 6:16 PM] Hana @Apisπ Ps: Meredah ranjau gagah perkasa,
Mentari penunjuk asli bersemi;
Epal hijau melambangkan rasa,
Cinta sesejuk hijauan bumi.
[5/15, 6:25 PM] Apple π Ann PS: anak rimau ternakan bangsawan
Awan berasap jiwa kecewa
Apple hijau sekadar gelaran
hanya diwassap kesukaan jiwa
[5/15, 6:34 PM] Hana @Apisπ Ps: Remai kelesa tercucuk paku,
Tempat bersandar lelah bertani;
Usahlah terasa wahai adik ku,
Namamu sekadar cetusan seni.
[5/15, 6:44 PM] Apple π Ann PS: sakit bisa terasa kaku
lengan berpulas kain tersingkap
Bukan terasa wahai kakakku
sekadar Mengulas kebenaran terungkap
[5/15, 6:51 PM] Apple π Ann PS: jangan bertangguh wahai siratu
tepian paya ada runtuhan
untung sungguh dimanja menantu
sedang saya menantu dikejauhanπ
[5/15, 7:01 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Buah pauh si buah mempelam,
Banyak gugur di tepi sawah,
Dari jauh ku kirim salam,
Hendak di tegur takut marah. πΉπ
[5/15, 7:05 PM] Apple π Ann PS: Bawah perhentian dihujung jeti
Membawa kapas bersama kopi
Kala kesepian beraja dihati
Hanya kipas peneman sepi
[5/15, 7:11 PM] Hana @Apisπ Ps: Keanjung kuala mengutip lokan,
raga ketampi terpenuh sarat;
Sekali sekala berpantun sakan,
Lama menyepi ilham berkarat.
[5/15, 7:12 PM] Apple π Ann PS: mengurai rambut gadis tioman
menepuk dada kecipa kecipu
Salam disambut mekar senyuman
marah tiada hanya tersipuπ
[5/15, 7:13 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Nampak rapi taman melawati,
Mari menjamu buah mengkudu,
Andai sepi bercanda di hati,
Atur bertemu melepas rindu. πΉπ
[5/15, 7:21 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Tepian kebun bersarang bangau,
Berlari kuda di waktu malam,
Selalu berpantun sambil bergurau,
Asahkan minda datang ilham. πΉπ
[5/15, 7:23 PM] Apple π Ann PS: anak rusa beribu unta
Termasuk paya ibu terpisah
Teringin rasa bertemu cinta
apakan daya jarak pemisahπ€
[5/15, 7:27 PM] Hana @Apisπ Ps: Bunga padi di makan mentedak,
Hilang berias semu merata;
Kalau tak sudi katakan tidak,
Usah berkias pengelak kata.
Masak merah asam gelugur,
Lengkit kelam renum nampaknya;
Takkan marah orang di,tegur,
Sekadar salam kan ada baiknya.
π€£π€£π€£
[5/15, 7:28 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Naik pedita ke tanjung jati,
Tepian taman tupai berkelahi,
Demi cinta tersemat di hati,
Segala rintangan sanggup ku tempuhi. πΉπ
[5/15, 7:34 PM] Hana @Apisπ Ps: Pergi pekan berjalan kaki,
Rambut menyanggah penyucuk sanggul;
Aki bukan sembarang aki,
Cintanya gagah hatinya unggul,
[5/15, 7:44 PM] Apple π Ann PS: Menonton kugiran mngundang berahi
pergi jati menjemput maharaja
Rintangan aliran boleh ditempohi
rintangan hati goyah beraja
[5/15, 8:00 PM] SOLOMIN J: Sampai kolam mencari ketua,
Baru disusul kawan berjiran,
Selamat malam untuk semua,
Daku timbul ambil kehadiran.
[5/15, 8:07 PM] Apple π Ann PS: buah mempelam dalam hidangan
buah mengkudu sedia dijamu
Selamat malam juga saya ucapkan
tautkan rindu dalam tidurmu
[5/15, 8:11 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Tepian kolam berenang berudu,
Sini sana duduk beriadah,
Berlalu malam selamat beradu,
Tidur lena mimpi indahπΉπ
[5/15, 8:16 PM] SOLOMIN J: Pasang knopi bermain dadu,
Sambil berhibur minum kopi,
Sedang bersepi sentiasa rindu,
Dalam tidur lagi termimpi.
[5/15, 8:33 PM] Apple π Ann PS: menonton berita melabuh tirai
Pasang pelita memetik macis
Sebelum mata melabuhkan kirai
Kemaafan dipinta andai terguris
[5/15, 8:46 PM] SOLOMIN J: Sembelih sapi dihujung tahun,
Lambat mati berpanyakit malaria,
Lama bersepi merikan berpantun,
Mesti sehati semoga ceria,
[5/15, 8:49 PM] Hana @Apisπ Ps: Liat tumbuh tunas mempelam,
Anai berkawal keletak keletuk;
Malam berlabuh baru berkelam,
Tidur awal belum mengantuk.
[5/15, 8:51 PM] Hana @Apisπ Ps: Di dahan kuini bertenggek tepi,
Burung kenari bercengkam santun;
Group ini lama tersepi,
Hadirkalah diri meriahkan pantun.
[5/15, 8:52 PM] Rose Ps: πΉ
Naik pedati ke Tanjung Jati,
Tanpa penyaman berpeluh dahi;
Ikhlaskan hati tulus sejati,
Berbekal iman susah ditempuhi.
[5/15, 8:53 PM] SOLOMIN J: Datuk pandai membuat keris,
Teman mualaf sungguh menarik,
Walau andai rasa terguris,
Saling memaaf itu terbaik.
[5/15, 9:18 PM] Hana @Apisπ Ps: Sentang seruntun bidara berduri,
Semu berlain bermacam rumput;
Bertukang pantun seorang diri,
Pemantun lain tiada menyahut.
[5/15, 9:29 PM] BB: To
Orkid hitam and
Aki kodoroi
Lampu pelita jadi pilihan
Walau bertahun tidak berganti
Suka ku baca pantun kalian
Ku kirim salam seikhlas hati
[5/15, 9:34 PM] Hana @Apisπ Ps: Ikat selasih bunga melati,
Pasukan kaca span sebuku;
Terima kasih sahabat hati,
Sudi membaca suka pantun ku.
[5/15, 9:34 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Tanam lengkuas dalam kebun,
Berarak embun di tengah sawah,
Sudah puas membaca pantun,
Mari berpantun minda di asah.
[5/15, 9:46 PM] Aki Kodoroi@irin Ps: Pohon selasih dahannya tumbang,
Terkena rambutan patah dahan,
Wajah kekasih sering terbayang,
Bila kesepian di buai kerinduan. πΉπ
[5/15, 9:46 PM] BB: To
Hana, Tony , ER πΉ
Lembing si gagah pahlawan Rentap
Berpuluh sudah musuh ditawan
Tiga nama palinglah mantap
Bab berpantun di blog si Tuan
[5/15, 9:53 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Pergi berkelah bermain pasir,_
_Sambil memukat si ikan haruan;_
_Berpantun tidaklah hamba mahir,_
_Cuma berminat sekadar hiburan._
[5/15, 10:04 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Tanam selasih di pinggir lautan,_
_Tanam mangga di pinggir paya;_
_Terima kasih atas pujian,_
_Puan juga apa kurangnya._
[5/15, 10:33 PM] Hana @Apisπ Ps: Belang melahir anak ketiga,
Kakak menyantun sabar menanti;
Di bilang mahir tidaklah juga,
Minat berpantun menghibur hati.
[5/15, 10:56 PM] Hana @Apisπ Ps: Berkilat bersih bekas sapuan,
Lelantai tangga disapu semuanya;
Terima kasih pujian puan,
Puan pun juga tiada kurangnya.
[5/15, 10:57 PM] Rose Ps: πΉ
Tenang rasanya melihat jelapang,
Rendang cempedak ditepi paya;
Berpantun hanya ketika lapang,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan