Khamis, 16 Januari 2020

Pantun santai 2020

[1/14, 9:48 AM] Minzam: Masak lada baru dibeku,
  Takut budak membuat inti,
Tolong ida balas cinta ku,
  Kalau tidak ku lari nanti.
[1/14, 9:52 AM] Caroline BB: Ayam penyet dimasak panas
Mari dijamu bersama sama
Cinta monyet tidak berbalas
Lari seribu hendak ke mana?
[1/14, 9:57 AM] Hana 1: Daun palma berkibar layang,
Jauh jerai nampak sebalik;
Pabila sama masih menyayang,
Rajuk bercerai pasti berbalik,
[1/14, 9:57 AM] Aci Ps: Minzam..

Kayu ditebang si pohon dara,
Diangkut kini bawa ke kota;
Ayuh abang berkasih mesra,
Di laman ini kita bercinta.

πŸ€­πŸ€­πŸ˜‚πŸ˜‚alahai...
[1/14, 9:59 AM] Minzam: πŸ˜³πŸ€”πŸ˜”πŸ˜”

Jualan laku hati senang,
  Sifat carewet jangan amali,
Cinta aku seteguh gunung,
  Cinta monyet jauh sekali.
[1/14, 10:02 AM] Hana 1: Gali kunyet ubinya dicari,
Letak diluyang batang dipenggal;
Walaupun monyet banyak isteri,
Semua disayang tiada ditinggal.
[1/14, 10:06 AM] Minzam: Bertelingkah parti kurang iman,
  Macam parti berlian permta,
Apa erti bercinta di laman,
  Dekat dihati jauh dimata.
[1/14, 10:06 AM] Aci Ps: πŸ’«Ida Adinda✨
Pohon beringin di taman puri,
Mentari berkilau di pagi nyaman;
Hamba ingin bermohon diri,
Terlebih gurau harap maafkan.
[1/14, 10:06 AM] Caroline BB: To. Tuan, Minzam

Berkaca Mata si abg Badang
Bersantai santai dipulau tiga
Jikapun cinta seteguh gunung
Brgempa bumi runtuhlah juga
[1/14, 10:11 AM] Hana 1: Mawar setaman tumbuh subur,
Mekar serata harum baunya;
Bercinta dilaman hati terhibur,
Berkasih dinyata yg sesungguhnya.
[1/14, 10:11 AM] Minzam: Kupas mangga campur tenggiri,
  Buang tulang dicampur kari
Saya juga memohon diri,
  Aku menghilang jangan dicari.
[1/14, 10:15 AM] Minzam: Gelas jatuh keluar bakit,
  Melihat termenung tak terduga,
Mimang runtuh sekit sekit,
  Namun gunung teguh juga.
[1/14, 10:17 AM] Hana 1: Pulang senja kepohon zaitun,
Pohon pedada penuh serat
Sambil bekerja kita berpantun,
Agar minda tidak berkarat.
[1/14, 10:28 AM] Hana 1: Baaaabah Adinda harus madukan doranglah tu klau begitu? Apa salahnya sekali sekala lelaki pula bermadu tiga, daripada semua merajuk bagus bemadulah semua kaan... Duniapun sudah terbalik
🀣🀣🀣🀣🀣🀣🀣
[1/14, 10:34 AM] Hana 1: Bubuh garam buat menjeruk,
Daun jasmin dapatkan pati;
Kalau C Minzam sudah merajuk,
Harap Solomin datang menggati,
[1/14, 10:36 AM] Solomin Adul: Ingin minum memakan maggi,
Tak sabar sendar dipintu,
Assalamu alaikum selamat pagi,
Apa khabar kamu disitu.
[1/14, 10:39 AM] Hana 1: Dibunga jasmin kumbang meniti,
Pagi cahaya redup muncul;
Kalau Solomin datang mengganti,
Bolehkah saya mengurat si Dzul.
[1/14, 10:42 AM] Solomin Adul: Mana ditunjuk itu dijuluk,
Buah asam pokok disana,
Apa dirujuk orang merajuk,
Sifat minzam jangan diguna.
[1/14, 10:43 AM] Niah Ps: 🍁Niah Qisniah@Si Cilik Lawa🍁
Pergi berendam dalam perigi,
Pagi menjelang di hujung perdu,
Wa'alaikumsalam selamat pagi,
Hadirnya abang terubat rindu.
[1/14, 10:44 AM] Hana 1: Rimbun salam tepi perigi,
Lintah naik mencari bini;
Waalaikumsalam selamat pagi,
Khabar baik juga disini.
[1/14, 10:47 AM] Hana 1: Anak koala mati diburu,
Ganas buaya dibuatnya jeruk;
Bosku pula jangan cemburu,
Tidak berdaya Hana memujuk.
[1/14, 10:50 AM] Dzul PS Ranau: dalam kotak surat baranak,
dicari lama tercampur majalah,
kalu tak dapat anak,
dapat mama jadi lah.
[1/14, 10:51 AM] Niah Ps: To: 1460

🍁Niah Qisniah@Si Cilik Lawa🍁
Berarak awan bagai berruntun,
Tika berkawal di subuh tadi,
Siapakah tuan bijak berpantun,
Bolehkah kenal andainya sudi.
[1/14, 10:53 AM] Hana 1: Pisau belati disangka gayang,
Habis tertawa semua lalat;
Jikalau hati sudah sayang,
Gula jawa rasa coklat.

Diabilang itu 🀭
[1/14, 10:56 AM] Caroline BB: πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†aikk

Merah delima pisau berlipat
Sakti keramat milik penghulu
Anak mama kalau x dapat
Nenek bertongkat adakah mahu?


πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†
[1/14, 10:56 AM] Dzul PS Ranau: kaki tertetak sungguh sialan,
dibungkus sirih terburu buru,
siapa tak sudih berkenalan,
takut kekasih nia cemburu.
[1/14, 11:00 AM] Caroline BB: Ini musafir pemburu cinta
Tujuh benua ku lalu lintas
Aku penyihir bermain kata
Madah pujangga diatas kertas
[1/14, 11:01 AM] Dear Kimvee: Lyn@kim..
Beli lesung sampai empat,
Berat diangkat letak di raga;
Daripada lansung tak dapat,
Nenek bertongkat disapu juga.πŸ˜‚
[1/14, 11:02 AM] Hana 1: Lama berpekan dibawah renek,
Kaki terikat rotan markisa;
Nenek bukan sembarang nenek,
Biar bertongkat otai berbisa.
[1/14, 11:05 AM] Dear Kimvee: Lyn@kim..
Baju kebaya hias permata,
Canti menawan bila bergaya;
Nenek punya ilmuan cinta,
Gadis perawan alah padanya.πŸ˜‚
[1/14, 11:05 AM] Dzul PS Ranau: sama kuli kawan berempat,
memakan lada tiada mengalah,
apa paduli nenek bertongkat,
daripada tiada hantam ajalah.
[1/14, 11:05 AM] Caroline BB: Burung merak burung geruda
Dimakan naga berbadan ular
Biar nenek bergigi dua
Dzul juga dikejar kejar

πŸ˜†πŸ˜†
[1/14, 11:10 AM] Dear Kimvee: Lyn@kim..
Dalam raga penuh arang,
Atas kereta dijadi jualan,
Hairan juga pemuda sekarang,
Nenek jelita jadi pujaan.
[1/14, 11:14 AM] Hana 1: Menyinsing fajar berwarna jingga,
Indah cahaya pagi sejangkal;
Hendak mengejar sibosku juga,
Sayang mukanya belum dikenal.
[1/14, 11:22 AM] Dear Kimvee: Lyn@kim..
Rajin nyonya jaja juadah,
Buah pinang dicari raja,
Pujuk hatinya lukiskan wajah,
Agar senang berkenal mesra.
[1/14, 11:26 AM] Caroline BB: Ada gajah ada bahaya
Dijalan raya berbatu batu
Lukisan wajah di alam maya
Bak putera raja itulah aku


πŸ˜ŽπŸ˜†πŸ˜ŽπŸ˜†πŸ˜ŽπŸ˜†πŸ˜†
[1/14, 11:41 AM] Dear Kimvee: Lyn@kim..
Berbagai cara menumpas lawan,
Tewas nahkoda gagah terkenal;
Walau  putera raja kacak menawan,
Potret tiada tetap tak kenal.
[1/14, 11:48 AM] Solomin Adul: Orang bertanya erti tertawan,
Ikhlas memberi jujur tebiat,
Apa gunanya kita berkawan,
Perkenalan diri tiada dibuat.
[1/14, 11:57 AM] Dear Kimvee: Lyn@kim
Rumun laga di dalam cawan,
Telur dadar jadi bekalan;
Bukan juga hati tertawan,
Cuma sekadar ingin kenalan.πŸ˜‚πŸ™
[1/14, 12:00 PM] Niah Ps: 🍁Niah Qisniah@Si Cilik Lawa🍁
Petik selasih kenanga jua,
Hujung taman dipetik jari,
Soal kekasih perkara kedua,
Ikhlas kenalan sesama sendiri.
[1/14, 12:09 PM] Dzul PS Ranau: masuk batu dalam gelas,
ingin kumpul penuh tajau,
jikalau bagitu cakapnya ikhlas,
saya dzul dari Ranau.
[1/14, 12:19 PM] Hana 1: Bulu retak burung kenari,
Gelak merpati tenggek sedahan;
Mati katak membunuh diri,
Sungguh simpati tiada kesihan.
[1/14, 12:24 PM] Caroline BB: Buah cempedak buah tarap
Apa rasa jadi masakan
Nasib katak pengsan sekejap
Cpr hana amat diperlukan


😌😌😌😌😌😌😎
[1/14, 12:26 PM] Hana 1: Tiang rampanau digosok lunau,
Berkilat batangnya dibuat teliti;
Dearah Ranau sawahpun ranau,
Kedua duanya menambat hati.
[1/14, 12:32 PM] Hana 1: Beiring kelinci berjalan rapat,
Satu merajuk di ijek tebuan;
Kata kekunci sukar didapat,
Hendak memujuk tiada laluan.
[1/14, 12:36 PM] Solomin Adul: Makan kuaci santai bersukan,
Ada meminta sama rakan,
Semua kunci tuhan berikan,
Cuma kita usaha dapatkan.
[1/14, 12:43 PM] Dzul PS Ranau: ikan tenggiri didalm baldi,
sempat berdiri menyubuk orang,
sepi sendiri sejak tadi,
sana kemari tiada sayang.
[1/14, 1:04 PM] Dear Kimvee: Lyn@kim..
Comel kelinci jalan berempat,
Dipinggir desa mencari makan;
Andai kekunci sukar mendapat,
Biar masa saja tentukan.
[1/14, 1:12 PM] Hana 1: Masukan lada sup mendidih,
Dalam ketuhar jenama nepon;
Usahlah dinda merasa sedih,
Diorang keluar tukar telepon.

Sup gelama dibubuh lada,
Sedap dibikin kari kerisik;
Merajuk cuma diada ada,
Saja mungkin gurau mengusik.
[1/14, 1:13 PM] Solomin Adul: Pasang atap hanya berdua,
Pasang terhenti banyak menunjuk,
Sudah siap makan semua,
Takut nanti ada merajuk.
[1/14, 1:49 PM] Hana 1: Atas beranda papanlah jati,
Menjemur lada dan biji maman,
Usahlah dinda berjauh hati,
Kamikan ada setia meneman.
[1/14, 2:10 PM] Solomin Adul: Minuman sejuk merbahaya dada,
Paduman mulia buat asas,
Kalau marajuk kekasih dinda,
Pujuk dia jangan terlepas.
[1/14, 2:23 PM] Dear Kimvee: Lyn@kim..
Rimbun bidara di tengah lembah,
Terbang melayang burung belatuk,
Jamu selera nasi bertambah,
Perut kenyang mata mengantuk.😴😴
[1/14, 2:27 PM] Solomin Adul: Pintu diketuk kalau berurusan,
Jangan mendadak mengejut sakit,
Mata mengantuk mesti dilayan,
Kalau tidak akan berjangkit.
[1/14, 2:42 PM] Niah Ps: 🍁Niah Qisniah@Si Cilik Lawa🍁
Ampap mayang berbaur pauh,
Kelat rasa pedas berapi,
Ranau Kundasang taklah jauh,
Aturkan masa bersua mengopi.
         πŸ€­πŸ˜πŸ˜
[1/14, 2:46 PM] Caroline BB: Orang Belanda jauh jauhan
Dtg tuaran pergi ke tamu
Kupi janda kupi jantan
Ku siapkan untuk tetamu
[1/14, 3:02 PM] Dzul PS Ranau: letak topi atas meja,
sungguh gembira dipanggil nama,
setakat ngopi gampang aja,
kenal mesra itu utama.
[1/14, 3:14 PM] Niah Ps: 🍁Niah Qisniah@Si Cilik Lawa🍁
Sawi Taiwan enak dimakan,
Tumis garing buat hidangan,
Jejaka Tuaran memberi aluan,
Puteri kundasang hulur undangan.
[1/14, 3:28 PM] Niah Ps: 🍁Niah Qisniah@Si Cilik LawA🍁
Pohon bidara di tepi laman,
Bawa ke sawah menyusur titi,
Kenal mesra bertambah kawan,
Terjalin ukhuwah sahabat sejati.
[1/14, 3:42 PM] +60 16-952 9418: Tengah bendang rimbun kuini,
Buahnya lebat dimkan ungka;
Hamba bertandang dilaman ini,
Sumandak kudat ingin seloka.
[1/14, 3:52 PM] Aci Ps: πŸ’«Adinda✨
Pinggiran lembah senja berlabuh,
Pandang sisi nyiur menari,
Sahut sapaan di tanjung bersegi;
Tersusun indah jari sepuluh,
Mohon permisi ku undur diri,
Lain kesempatan bersua lagi.
[1/14, 4:25 PM] Hana 1: Subur merimbun padi dihuma,
Tidak kemarau disiram hujan;
Seloka pantun indah berima,
Usik gurau erat kemesraan.
[1/14, 4:28 PM] +60 16-952 9418: Jklyn..
Pinggiran titi menghijau huma,
Indah pandangan laksana mimpi;
Warna bercorak bungaan kekwa,
Merintih hati rinduan sukma,
Kasih idaman jauh menyepi,
Cinta berjarak merana jiwa.
[1/14, 4:38 PM] +60 16-952 9418: Jklyn..
Tepian lurah sekawan merpati,
Sehala gua taman biara,
Pantun diluah mencuit hati,
Terhibur jua hati nan lara.
[1/14, 7:23 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_
_Tabur benih sebiji kacang,_
_Tumbuh dekat ditepi kuala;_
_Bercerai kasih bercerai sayang,_
_Dapat ke tidak bersatu semula._

🍁Niah Qisniah@Si cilik Lawa🍁
Tumbuh selasih di hujung padang,
Pohon dicantas buah dipetik,
Baja kasih siramlah sayang,
Kasih bertunas sayang berputik.

_*✨from tonny k✨*_
_Tanam selasih dimusim panas,_
_Tumbuh berjuta tidak terjaga:_
_Jika kasih sudah bertunas,_
_Harumlah cinta mekar bunga._
[1/14, 8:30 PM] Hana 1: 🌸🌸
Meliar serata rumput semalu,
Jangan meniti duri bahaya;
Katanya cinta rindu selalu,
Tidak terbukti bolehkah percaya?

Selamat malam warga PS
[1/14, 8:36 PM] Hana 1: 🌸🌸
Hinggap lelayang kepohon randu,
Kepohon pala pilihan kenari;
Jikalau sayang pasti merindu,
Merindu pula selalu mencari.
[1/15, 8:32 AM] +60 16-952 9418: Jklyn..
Segar bersih manisan madu,
Jamu serapat gadis serani;
Salam kasih curahan rindu,
Buat sahabat di laman ini.

Anggun dara pakai tiara,
Model terkini selendang bebulu,
Salam sejahtera penuh mesra,
Dipagi ini damai selalu.
[1/15, 10:24 AM] Hana 1: 🌸🌸
Petik selasih yg muda lembut,
Dihujung titi tanam yang tua;
Salam kasih sayang penyambut,
Sahabat hati sahabat semua.

Buah cermai buah bidara,
Penuh raganya asingkan dahulu;
Salam damai penuh mesra,
Sejahtera hendaknya diraih selalu.
[1/15, 3:26 PM] Hana 1: 🌸🌸
Mekar matang bunga melati,
Harum baunya hidu selesa;
Selamat petang sahabat hati,
Moga semuanya ceria sentiasa.
[1/15, 3:31 PM] Hana 1: 🌸🌸
Hias butang diatas topi,
Cantik jadi pakaipun nyaman;
Santai dipetang sambil mengopi,
Adakah sudi duduk meneman.
[1/15, 9:27 PM] Hana 1: 🌸🌸
LTepian kolam meragut bebiri,
Ragut selasih tinggalkan paku;
Waktu malam duduk sendiri,
Teringat kekasih melupakanku.

Setajam belati duri semalu,
Meliar dilembah bukit bertaut;
Sedih di hati diurung pilu,
Rindu bercambah tiada berpaut.

Rontok selasih dihempap duku,
Taufan menggamit meninggal kesan;
Tergamak kasih tinggalkan daku,
Tidak berpamit tidak berpesan.

*Selamat malam PS*
[1/15, 11:26 PM] Zukie: Sumulok bawang do suok,
Mogihum karabou poinlukug,
Ini malam kita jadi puok,
Besuk malam kita jadi longkug.
[1/15, 11:40 PM] Dear Kimvee: Kim..
Tabu dipalu bunyi bergema,
Siapa berani datang ke bangsal;
Kalau gelap berikan salam,
Siang berlalu malam menjelma,
Dihati kini rindukan bantal,
Mata dilelap selamat malam.
[1/15, 11:42 PM] Hana 1: 🌸🌸
Petik sekuntum putik salam,
Letak di timba rapi disusun;
Guruh berdentum ditengah malam,
Apakah tanda hujankan turun?
[1/15, 11:47 PM] Hana 1: Oki kayooo🀣
Sungai sook buaya pionlukug,
Sekali sekala makan kelapa;
Jikalau esok jadi longkug
Lusa pula nak jadi apa?
[1/15, 11:53 PM] Zukie: Mogihum karabou poinlukug,
Id kobuturan bo poingiyon,
Jikalau esok jadi longkug,
Lusa pula jadi sonsoluyon.
[1/15, 11:54 PM] Dear Kimvee: Mogom pengkusui hilod tukad,
Rikot koruang mudan korita,
Tokou mimpuok mitagad tagad,
Sampai osuab kakal sorita.
[1/16, 12:01 AM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*
_Sinar bulan menyilau awan,_
_Awan kelabu menjadi terang;_
_Tidur sendirian tiada kawan,_
_Dalam kelambu tidur melintang._

*_good night allπŸ™‹πŸ»‍♂_*
[1/16, 12:09 AM] Hana 1: Pohon ketapang rimbun daunya,
Tempatlah unggas bersama beruk;
Sosoluyon panjang tidurnya,
Nanti bangas nasi diperiuk.
[1/16, 12:15 AM] Hana 1: Babo barait om mingkuntau kuntau,
Momuhau ruti ahawando garak;
Sorita rinait kosubu tudau,
Tunggalon moti songirak irak.
[1/16, 12:19 AM] Hana 1: Sumur tepian menyubur maman,
Pedat ditepi selasih berandu;
Dari sendirian baik berteman,
Lama menyepi tiadakah rindu?

Selamat malam juga πŸ™‹πŸ»
[1/16, 12:35 AM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*
_Baik-baik menanam sirih,_
_Lain masa menanam cili:_
_Dalam bilik teringat kekasih,_
_Rindunya rasa sedih sekali._
[1/16, 12:50 AM] Hana 1: 🌸🌸
Telinga jenuh bunyian gendang,
Darilah pagi penat memukul;
Berat sungguh mata memandang,
Berat lagi bahu memikul.

Pohon pauh cemara berandu,
Rendang lebar berlilit markisa;
Kekasih jauh pastilah rindu,
Hanya bersabar menahan rasa.
[1/16, 12:53 AM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*
_Burung merpati suaranya merdu,_
_Jeritan rosa disangka landak;_
_Sayunya hati dihanyut rindu,_
_Bagai terasa dipukul ombak._
[1/16, 1:30 AM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*
_Gadis ayu anak penghulu,_
_Berbaju putih cantik berwarna;_
_Sungguh sayu hati ku pilu,_
_Rindu kekasih jauh disana._
[1/16, 1:46 AM] Hana 1: *_✨from tonny k✨_*
_Burung merpati suaranya merdu,_
_Jeritan rosa disangka landak;_
_Sayunya hati dihanyut rindu,_
_Bagai terasa dipukul ombak._

🌸🌸
Bersiul merdu dipohon bundu;
Burung kepipi riang gembira;
Orang dirindu mungkin beradu,
Menyulam mimpi bertemu putera.
[1/16, 1:51 AM] Hana 1: *_✨from tonny k✨_*
_Gadis ayu anak penghulu,_
_Berbaju putih cantik berwarna;_
_Sungguh sayu hati ku pilu,_
_Rindu kekasih jauh disana._

🌸🌸
Mendayu dayu siulan merdu,
Bertenggek lama dipucuk sena;
Pautlah bayu tiuplah rindu,
Sebutlah nama kekasih disana.
[1/16, 1:57 AM] Hana 1: 🌸🌸
Potong sedikit sehelai baldu,
Buatkan layar bersama tikar;
Walaupun sakit rasa merindu,
Indah melayar cinta yg mekar.
[1/16, 2:04 AM] Hana 1: 🌸🌸
Petik selasih terpijak semalu,
Duri berjumpa kaki bernana;
Rindu kekasih buatmu pilu,
Daku dilupa hampa merana.
[1/16, 7:14 AM] +60 16-274 8862: Bie.
Cengkerik nyanyi dibalik topi,
Berisik suara degusan kuda,
Dikamar sunyi selimut sepi,
Bayang asmara kelam tiada.
[1/16, 8:33 AM] Hana 1: 🌸🌸
Batang celagi dibuat sampan,
Siap bersampan simpan dipantai;
Bangun pagi mari sarapan,
Lepas sarapan berpantun santai.

Assalamualaikum dan selamat pagi PS πŸ™‹πŸ»
[1/16, 9:49 AM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*
_Burung merpati suaranya merdu,_
_Jeritan rosa disangka landak;_
_Sayunya hati dihanyut rindu,_
_Bagai terasa dipukul ombak._

🌸🌸
Bersiul merdu dipohon bundu;
Burung kepipi riang gembira;
Orang dirindu mungkin beradu,
Menyulam mimpi bertemu putera.

*_✨from tonny k✨_*
_Masak bubur kurangkan api,_
_Kurangkan lagi perisa kari;_
_Jikalau tidur dilamun mimpi,_
_Bangun pagi menyiksa diri._
[1/16, 10:33 AM] Hana 1: 🌸🌸
Pokok rendah mawar bermadu,
Batasnya bersih dipagar tepi;
Dipagi indah berteman rindu,
Wajah kekasih malam dimimpi.
[1/16, 11:06 AM] Aci Ps: πŸ’«Ida Adinda✨
Daun selasih jatuh ke kali,
Tertimpa batu lalu sepintas;
Terima kasih jemputku kembali,
Hanya itu ungkapan terlintas.
[1/16, 11:31 AM] Minzam: Kawasan bersih elak danggi,
  Bertompok kolam rasa curiga,
Terimah kasih bersama lagi,
  Mimpi semalam ternyata juga.
[1/16, 1:09 PM] Caroline BB: Ptg ptg pergi beriadah
Bawa kawan main bola
Mimpi smlm berlalu sudah
Mimpi ni malam apalah pula?
[1/16, 1:37 PM] Minzam: Kesihan budak baru terjatuh,
  Terampai tiarap basah peluh,
Mengapa tidak pergi jauh,
  Yang diharap tidak paduli.
[1/16, 1:46 PM] Minzam: Pasang konopi samaknya semalu,
  Sebelah kolam bersantai rakan,
Mimang mimpi semalam berlalu,
  Mimpi malam esok terangkan.
[1/16, 3:00 PM] Hana 1: 🌸🌸
Jalan jalan mencari zaitun,
Ke kota penang naik beca;
Pelan pelan kamu memantun,
Saya senang duduk membaca.
[1/16, 3:05 PM] Hana 1: *_✨from tonny k✨_*
_Burung merpati suaranya merdu,_
_Jeritan rosa disangka landak;_
_Sayunya hati dihanyut rindu,_
_Bagai terasa dipukul ombak._

🌸🌸
Bersiul merdu dipohon bundu;
Burung kepipi riang gembira;
Orang dirindu mungkin beradu,
Menyulam mimpi bertemu putera.

*_✨from tonny k✨_*
_Masak bubur kurangkan api,_
_Kurangkan lagi perisa kari;_
_Jikalau tidur dilamun mimpi,_
_Bangun pagi menyiksa diri._

🌸🌸
Tanam sepohon bunga selasih,
Jangan dipaksa liat tanahnya;
Angkat telefon hubungi kekasih,
Leraikan siksa dengar suaranya.
[1/16, 3:14 PM] Dear Kimvee: Burung merpati merdu berperi,
Terbang merata kebunan selasih;
Menghibur hati pantun diberi,
Bertema cinta pasangan kekasih.
[1/16, 3:31 PM] Hana 1: *Kim*
Burung merpati merdu berperi,
Terbang merata kebunan selasih;
Menghibur hati pantun diberi,
Bertema cinta pasangan kekasih.

🌸🌸
Gua puaka ditumbuh rumbia,
Tepian laut ditanjung jerai;
Ada berduka ada bahagia,
Ada bertaut ada bercerai.
[1/16, 3:35 PM] Caroline BB: Lihat mata jernih deraian
Dia berdiri  dihati sepi
Adapun cinta tak kesampaian
Tinggal sendiri sehingga kini
[1/16, 3:43 PM] Solomin Adul: Taman kali banyak cerita,
  Mendapat bini macam terancang,
Tepat sekali bertema cinta,
  Kerna sini kasih berpasang.
[1/16, 3:48 PM] Niah Ps: 🍁Niah Qisniah@Si Cilik Lawa🍁
Busana baldu sayang terkoyak,
Ambil semua dijahit rapi,
Hebatnya rindu dipukul ombak,
Rinduku jua tiada bertepi.
[1/16, 3:50 PM] Minzam: Pedihnya mata terasa kini,
Puas ubati pantang dihindari,
Kerana cinta aku disini,
Tiada simpati ku undur diri.
[1/16, 3:53 PM] Niah Ps: 🍁Niah Qisniah@Si Cilik Lawa🍁
Pasang surut ombak berlalu,
Sekali bah pantai pun bersih,
Usah diturut hati yg pilu,
Rindu bertambah petanda kasih.
[1/16, 4:12 PM] Minzam: Buah terung kecil bulat,
Campur kelapa sarapan pagi
Terus terang sudah terbuat,
Usaha apa terbaik lagi.
[1/16, 4:20 PM] Minzam: Hati merajuk jangan amali,
Jangan singing jadi penyakit,
Berbis memujuk susah sekali,
Saperti anjing menjalak bukit.
[1/16, 4:26 PM] Niah Ps: Berdikit dikit dahulu abang.. lama² membukit tu.. jgn cpt putus asa arr.. niah dan kawan² sentiasa menyokong tu dr belakang😌
[1/16, 4:38 PM] Minzam: Kesian budak sangat terseksa,
Dibuli rakan tidak dipisah,
Siapa tidak putus asa yang dimaksudkan tidak kisah.
[1/16, 4:43 PM] Minzam: Dari bongawan pergi miri,
Pandu kereta jenis iswara,
Maaf kawan ku undur diri,
Biar menderita dari sengsara.

πŸ€”πŸ€­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­
[1/16, 4:47 PM] Aci Ps: πŸ’«Ida Adinda✨
Camar melayang merentas alam,
   Bayu berdesir mengusap perlahan;
Kasih sayang sukar diselam,
   Bagai pasir di dasar lautan.
[1/16, 4:55 PM] Minzam: Naik kapal pergi ke seberang,
Membawa gula bersama santan,
Sedangkan aspal boleh ku ranang,
Inikan pula pasir dasar lautan.
😳🀭🀫😩😩😩😩
[1/16, 5:02 PM] Solomin Adul: Masak maggi serapan pagi,
Tak terdaya tersakit gigi,
Yang pergi biarkan pergi,
Kan saya ada lagi.
[1/16, 6:05 PM] Dear Kimvee: Kim..
Di tanah lata pohon rumbia,
Segulung tali batang diikat;
Gapailah  cinta raih  bahagia,
Cuba berkali sampai terpikat.
[1/16, 8:20 PM] Caroline BB: Kim..
Di tanah lata pohon rumbia,
Segulung tali batang diikat;
Gapailah  cinta raih  bahagia,
Cuba berkali sampai terpikat.

Reply

Basah pipi kalbu rinduan
Sedih tiada dapat mengerti
Pusara sepi banyak kenangan
Dialah juga tiada pengganti
[1/16, 9:53 PM] Hana 1: 🌸🌸
Hijau paku buat hiasan,
Rosak lagi siput merompak;
Pusara cintaku tidak bernisan,
Kemana pergi disana menapak.
[1/16, 10:10 PM] Hana 1: 🌸🌸
Badak sumbuh dihujung titi,
Tidak diburu pupus nantinya;
Patah tumbuh hilang berganti,
Mungkin yg baru kukuh tunasnya.

Kan...?
[1/16, 10:22 PM] Hana 1: *Bosku*
Lihat mata jernih deraian
Dia berdiri  dihati sepi
Adapun cinta tak kesampaian
Tinggal sendiri sehingga kini

🌸🌸
Luruh serata buah durian,
Digunung daik guling berpusu;
Adapun cinta tak kesampaian,
Lebihlah baik dari yg palsu.
[1/16, 10:32 PM] Hana 1: πŸ’«Ida Adinda✨
Camar melayang merentas alam,
   Bayu berdesir mengusap perlahan;
Kasih sayang sukar diselam,
   Bagai pasir di dasar lautan.

🌸🌸
Memerah mata tercucuk salam,
Mujurlah palma ubat tersedia!
Walaupun cinta sukar diselam,
Saling terima pasti bahagia.
[1/17, 7:16 AM] Hana 1: 🌸🌸
Hisap tembakau sedang bertani,
Sedut berbunyi agasnya suka;
Kutahu engkau ada disini,
Hanya sembunyi dibalik angka.

Selamat pagi PSπŸ™‹πŸ»
[1/17, 7:20 AM] Hana 1: 🌸🌸
Tangan kasar menyuap makan,
Lauk dijamah sayur kundur;
Tadi kepasar membeli ikan,
Balik kerumah sambung tidur.
[1/17, 8:05 AM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*
_Pukul gendang ikut irama,_
_Bunyinya merdu berdaya dayu;_
_Derita abang kian menjelma,_
_Kerana merindu hatiku sayu._
[1/17, 8:10 AM] Dear Kimvee: Setangkai melati dipetik nanti,
Bunga lili kuntumnya empat;
Cinta sejati teguh dihati,
Bertuah sekali siapa yang dapat.
[1/17, 8:16 AM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*
_Anak jawa menjual madu,_
_Madunya putih rasanya tawar;_
_Gementar jiwa menahan rindu,_
_Menanti kekasih bertanya khabar._
[1/17, 8:20 AM] Dear Kimvee: Kim.
Sekawan merpati terbang melayang,
Arah paya ke kebunan kekwa;
Tawani hati penuh sayang,
Terbit cintanya disegenap jiwa.
[1/17, 8:29 AM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*
_Petang-petang pergi menyelam,_
_Rezeki tiada hanyut perahu:_
_Rindu abang siang dan malam,_
_Mengapa dinda tak ambil tahu._
[1/17, 10:37 AM] +60 16-274 8862: Bie..
Ranum buah merahnya lada,
Dijual laku sambil bersembang,
Tidak diluah rindu di dada,
Tidak ku tahu hatimu abang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan