Khamis, 16 Januari 2020

November 2019 pantun santai

[11/1/2019, 6:09 AM] Aci Ps: 💫AciAdinda✨

Gunung Kinabalu menjulang tinggi,

Menggapai awan menyapa bayu;

Ku ucap selalu selamat pagi,

Agar kenangan tak jadi layu.


Bunga selasih sungguhlah indah,

Ditanam nyonya dekatlah pohon;

Allah itu Pengasih dan Pemurah,

Untuk hamba-Nya selalu memohon.


Pohon meranti tepi paya,

Selamat tempat untuk persinggahan;

Hati-hati di jalan raya,

Semoga selamat tempat tujuan.


Kain renda corak beralun,

Indah dipakai dara jelita;

Lama adinda tidak berpantun,

Ramai-ramai turutlah serta.

[11/1/2019, 7:07 AM] Wahidah Ahmad42: Jika disabah gunung kinabalu,

dijohor pula si gunung ledang,

Senyum bah biar selalu,

Sekali sekala nampaklah riang.



Atas batu burung berlegar,

Bulunya putih nampaklah terang;

Allah itu maha mendengar,

Maha pengasih maha penyayang.


Secawan sarbat letak di meja,

Minum berempat adik beradik;

kepada sahabat yang pergi berkerja,

semoga selamat pergi dan balik.

[11/1/2019, 7:09 AM] Wahidah Ahmad42: Buah pedada si buah turi,

Jatuh melantun tepi durian;

Kini kekanda hadirkan diri,

dilaman pantun bersama kalian.

[11/1/2019, 9:45 PM] Sahirin PS: 🌹Sejambak mawar merah🌹


Di penghujung senja..

Ku lewati lorong lorong sepi

Kembara pencarian tidak berteman

Mencari segumpal kasih abadi

Bersama sinar sang suria membelai alam

Mencari cinta yang hilang

Sesuci air bukit mengalir

Setenang gelora membadai jiwa..


Di taman puteri taman angsana..

Serumpun bunga haruman mewangi

Hendak di petik buat gadis idaman

Sejambak mawar merah untuk mu

Tanda kasih setia ke hujung nyawa..


Percintaan sejati walau ke hujung usia

Walau rintangan setia menanti

Bersama kenangan melerai senja

Di desa nan terpencil

Di puncak bukit penuh curam

Demi cinta tulus nan suci

Ingin ku gapai hasrat di hati..


Mekarnya sejambak mawar merah...


Hasil pena..

Irin @ Aki kodoroi

Lohan Ranau..

[11/1/2019, 9:49 PM] Sahirin PS: Gadis perawan berbaju kurung,

Sungguh menawan bersopan santun,

Mana kalian mari bersembang,

Tiada kawan kanda berpantun..🌹🌹

[11/1/2019, 9:59 PM] Abdul Rashid PS: Sungguh menawan bersopan santun,

Nampak indah menarik hati;

Tiada kawan hendak berpantun,

Ada sudah yg separuh mati.

[11/2/2019, 9:44 AM] Aci Ps: To;👑Boyking👑


💫AciAdinda✨

Bunga mawar dalam taman,

Berenang ikan dalam perigi;

Senyum mekar hamba berikan,

Dengan ucapan selamat pagi.


Gugur dedaunan dipuput bayu,

Berhembus lembut amat menguja;

Indah kenangan mengusik sayu,

Rindu bertaut kasih kupuja.

[11/2/2019, 10:32 AM] Wahidah Ahmad42: Sungguh tersohor akar seruntun,

Dibuat teman ubati panau;

Orang johor menjawab pantun,

untuk meneman sahirin di ranau.

[11/2/2019, 10:35 AM] Wahidah Ahmad42: Tambah butang tepian gaun,

Baju kemeja dipakai kuli;

Hamba datang untuk berpantun,

Jual sahaja sayakan beli.

[11/2/2019, 12:12 PM] Aci Ps: 🖊Abd Rashid

Sungguh menawan bersopan santun,

Nampak indah menarik hati;

Tiada kawan hendak berpantun,

Ada sudah yg separuh mati.


💫AciAdinda✨

Indah taman mainan puteri,

Santap di agam nasi beriani;

Meriahkan medan pantun digemari,

Aneka ragam indah berseni.

[11/2/2019, 12:37 PM] Aci Ps: Malu mentari mahu bersinar,

Titis hujan belum berhenti; 

Selamat tengahari apa khabar,

Semua rakan yang dihormati.

[11/4/2019, 8:59 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Bunga anggerik tidak bermadu,_

_Batang lembut ranting berdaun;_

_Wahai cik adik abang merindu,_

_Rindu berpaut sudah bertahun._

[11/4/2019, 9:05 PM] Aci Ps: *✨from tonny k✨*

_Bunga anggerik tidak bermadu,_

_Batang lembut ranting berdaun;_

_Wahai cik adik abang merindu,_

_Rindu berpaut sudah bertahun._


💫AciAdinda✨

Batang lembut ranting berdaun,

Mari dicantas gunalah parang;

Rindu berpaut sudah bertahun,

Kasih bertunas semakin sayang.

[11/4/2019, 9:10 PM] Nadia37(mayave): Bunga anggerik tidak bermadu,

Batang lembut ranting berdaun

Jika benar kata hatimu

Lerai kanlah rindu dihujung pantun...



Naa kan Sia tak pandai🙈🙈😂😂

[11/4/2019, 9:15 PM] Tonny Kinta: *✨from tonny k✨*

_Bunga anggerik tidak bermadu,_

_Batang lembut ranting berdaun;_

_Wahai cik adik abang merindu,_

_Rindu berpaut sudah bertahun._


💫AciAdinda✨

Batang lembut ranting berdaun,

Mari dicantas gunalah parang;

Rindu berpaut sudah bertahun,

Kasih bertunas semakin sayang.


_*✨from tonny k✨*_

_Ada cerita si hulubalang,_

_Konon menyerang istana sultan;_

_Andainya cinta kita terhalang,_

_Kasih sayang bolehkah bertahan?_

[11/4/2019, 9:21 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Dalam rimba bersarang merpati,_

_Dalam rumah bersarang halang;_

_Pantun hamba menagih simpati,_

_Rinduku luah buat tersayang._

[11/4/2019, 9:24 PM] Sahirin PS: Bunga melati dilereng cerun,

Berbunga cantik musim luruh;

Rindu di hati ingin berpantun,

Ingin petik hendak berpauh..🌹🌹

[11/4/2019, 9:34 PM] Datin Noa 1: "Rindu di hati ingin berpantun

Ingin petik hendak berpauh

Selamat malam santai pertonton

Pada yg jauh rakan diper kukuh"


Slmt mlm ps😊

[11/4/2019, 9:37 PM] Aci Ps: *✨from tonny k✨*

_Bunga anggerik tidak bermadu,_

_Batang lembut ranting berdaun;_

_Wahai cik adik abang merindu,_

_Rindu berpaut sudah bertahun._


💫AciAdinda✨

Batang lembut ranting berdaun,

Mari dicantas gunalah parang;

Rindu berpaut sudah bertahun,

Kasih bertunas semakin sayang.


_*✨from tonny k✨*_

_Ada cerita si hulubalang,_

_Konon menyerang istana sultan;_

_Andainya cinta kita terhalang,_

_Kasih sayang bolehkah bertahan?_


💫AciAdinda✨

Jalan berbatu merayap landak,

Lalu menyisih anaknya berdua;

Kupohon restu pada yang berhak,

Moga kasih bersatulah jua.

[11/4/2019, 9:39 PM] Minzam: Makan lada bersama nyonya,

Waktu petang lepas membersih,

Jikalau adinda tiada berpunya,

Boleh abang menumpang kasih,

[11/4/2019, 9:57 PM] Sahirin PS: Hasrat terkubur musnah impian..

Hilang pendoman jiwa kekosongan;

Hati lebur di tinggal teman,

Hilang teman hilang kenangan..

[11/4/2019, 9:59 PM] Aci Ps: 🖋Gebul

Makan lada bersama nyonya,

Waktu petang lepas membersih,

Jikalau adinda tiada berpunya,

Boleh abang menumpang kasih,


💫AciAdinda✨

Buah kuini dimakan nyonya,

Darilah rimba diam menyepi;

Hamba ini tiada berpunya,

Tapi hamba takut bermain api.

[11/4/2019, 10:01 PM] Datin Noa 1: "Hati lebur di tinggal teman

Hilang teman hilang kenangan

Walau tiada tetap pantun berkorban

Hilang sekejap bukan halangan"😊

[11/4/2019, 10:06 PM] Sahirin PS: Tq...


Bersama impian tidak bertepi..

Dalam kepayahan menabur bakti..

Di sudut kegelapan mencari cahaya

Walau lurah semakin curam

Walau cabaran setia menanti

Jiwa tetap tabah menghadapinya..

[11/4/2019, 10:11 PM] Assah Teratai Unggu: Dedaun bertabur di tengah halaman,

budak berlari penyapu di tangan,

hati lebur di tinggal teman,

sepilah diri dalam kenangan.

[11/4/2019, 10:14 PM] Aci Ps: 🖋Sahirin

Bunga melati dilereng cerun,

Berbunga cantik musim luruh;

Rindu di hati ingin berpantun,

Ingin petik hendak berpauh..🌹🌹


💫AciAdinda✨

Bawa parang bersihkan taman,

Taman permainan di tepi kota;

Pantun dikarang untuk hiburan,

Eratkan jalinan antara kita.

[11/5/2019, 6:34 PM] Aci Ps: Di atas meja letaklah talam,

Makan tertib sambil berehat;

Di ambang senja kuucap salam,

Salam Maghrib selamat istirehat.

[11/6/2019, 9:36 AM] stndly PS: Mari ke kebun sama meninjau,

Pucuk  tumbuh bertambah senang;

Rumput kering sudah menghijau,

Segala makhluk nampaknya riang.

[11/6/2019, 9:38 AM] stndly PS: Awan di langit nampak bersesak,

Hujan mendekat sudah terasa;

Awan hitam  nampak berarak,

Angin sejuk dapat dirasa.


Sudah bersua hujan dinanti

Turunnya hujan inilah masa;

Hujan mencurah legalah hati,

Damailah jiwa sejuk terasa.

[11/6/2019, 2:56 PM] Abdul Rashid PS: Hujan mencurah legalah hati,

Damailah jiwa sejuk terasa;

Kalau hujan tak berhenti,

Amatlah sejuk tidak selesa.

[11/6/2019, 4:00 PM] Niah Ps: Singgah berniaga negeri Melaka,

Negeri diigau memanda menteri,

Titah patik titah berantai,

Paparan kisah baginda Tengku,

Terpinga-pinga ku seketika,

Bagai mengigau di siang hari,

Aku diculik ke pantun santai,

Terima kasih dinda addkan aku.

[11/6/2019, 5:01 PM] Aci Ps: 🍁Niah🍁

Singgah berniaga negeri Melaka,

Negeri diigau memanda menteri,

Titah patik titah berantai,

Paparan kisah baginda Tengku,

Terpinga-pinga ku seketika,

Bagai mengigau di siang hari,

Aku diculik ke pantun santai,

Terima kasih dinda addkan aku.


💫AciAdinda✨

Bersama kakak pergi ke taman,

Gaun dipakai tidak terkata,

Corak berbatik fisyen sendiri,

Memukau mata memikat hati;

Mimpi tidak ilusi pun bukan,

Pantun santai grup nyata,

Silakan cik kenalkan diri,

Agar kita tahu identiti.

[11/6/2019, 5:13 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Sambal berlada terasa lada,

Dibuat bekal pergi ke ladang,

Siap membawa sayur saderi,

Hebat tiada lawa pun tiada,

Niah berasal dari Kundasang,

Si cilik lawa gelar diberi.

[11/6/2019, 5:28 PM] Jauti Masniah: Tumbuh kiambang di.tepi danau.

Lada putih tumbuh di ladang.

Masniah berasal dari ranau.

Niah berasal dari kundasang.



Selmt petang dari ibu

[11/6/2019, 6:55 PM] Sahirin PS: Mencari ketam di anak sungai,

Bersama dara pergi menyelam;

Selamat malam pantun santai,

Jiwa lara wajah nan muram..🌹🌹


Assalamualaikum..

Slmt mlm sahabat pantun..


Salam kenal org baru...😎😎

[11/6/2019, 7:04 PM] Sahirin PS: Pahlawan melaka gagah berani,

Hang tuah hulu belang,

Amat setia pada sultan,

Selamat datang bertemu disini,

Apa khabar orang kundasang,

Hamba ucapkan selamat berkenalan..

[11/6/2019, 7:25 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik lawa🍁

Bersama dara pergi menyelam, 

Dendang seloka serat bererti,

Jiwa lara wajah nan muram, 

Usah berduka hiburkan hati.

[11/6/2019, 7:27 PM] Aci Ps: 🖋it's me ttie

Mari ke kebun sama meninjau,

Pucuk  tumbuh bertambah senang;

Rumput kering sudah menghijau,

Segala makhluk nampaknya riang.


Sudah bersua hujan dinanti

Turunnya hujan inilah masa;

Hujan mencurah legalah hati,

Damailah jiwa sejuk terasa.


💫AciAdinda✨

Dalam talam berisi sagu,

Ditumbuk lumat lalu bertabur;

Irama alam turut berlagu,

Segala rahmat diucap syukur.


Jalan berbatu tidak selamat,

Di hujung teluk lagi berbalam;

Hujan itu membawa rahmat,

Buat makhluk seluruh alam.

[11/6/2019, 7:27 PM] Assah Teratai Unggu: Alhamdulillah..

Teratai mahu cuba jugalah pantun enam kerat..


Kuih talam enak dimakan

berlapis dua tiada berinti

adunan senang tepung dipalu

 Selamat malam hamba ucapkan

buat semua sahabat sejati

moga riang santai selalu


Maaf ya klu x sesuai..

🤭

[11/6/2019, 7:31 PM] Tonny Kinta: To;✨Tonny K✨


🍁Si Cilik Lawa🍁

Sebak dada menahan tangisan,

Sendu jua kian meruntun,

Hadirmu kanda dinda nantikan,

Ingin bersua di persada pantun.


_*✨from tonny k✨*_

_Anak muda menjual nangka,_

_Dibeli seikat dengan ibunda,_

_Hadir kanda hanya seketika,_

_Hendak merawat rindumu dinda,_


Tentera berkuda mengiring Tengku,

Singgah berhenti di lereng gunung,

Menjelmalah kanda dambaan hatiku,

Menghibur hati dinda yang walang.


_*✨from tonny k✨*_

_Tersusun nada lagu sejati,_

_Mengusik minda luahan kata;_

_Mengapa kanda seorang dinanti,_

_Apakah dinda dah jatuh cinta?_

[11/6/2019, 7:34 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny K✨_*

_Anak muda menjual nangka,_

_Dibeli seikat dengan ibunda,_

_Hadir kanda hanya seketika,_

_Hendak merawat rindumu dinda._


From;🍁Si Cilik Lawa🍁

Pasang Tenda diluar musim,

Tenda putih di hujung jati,

Rindu dinda tidak bermusim,

Gemersik merintih di relung hati.


_*✨from tonny k✨*_

_Pesan madu minta dikirim,_

_Letak dimeja jangan dibuka;_

_Jikalau rindu tidak bermusim,_

_Kurawat saja hati nan luka._

*----------------------------------*

*_✨ from tonny K✨_*

_Tersusun nada lagu sejati,_

_Mengusik minda luahan kata,_

_Mengapa kanda seorang dinanti,_

_Apakah dinda dah jatuh cinta?_


From;🍁Si Cilik Lawa🍁

Dalam dilema hati berkata, 

Malam gelap duduk teruja, 

Tanpa tanda rasa berdosa,

Kanda umpama sebutir permata,

Kian kugilap kian kupuja,

Salahkah dinda menyimpan rasa?


_*✨from tonny k✨*_

_Hendak bergaya segan terasa,_

_Tidak ceria bagai nak mati,_

_Jikalau hati terasa suka;_

_Apa salahnya menyimpan rasa,_

_Kanda setia akan menanti._

_Ruangan hati masih terbuka,_

[11/6/2019, 7:34 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Tanam selasih di dalam taman, 

Taman berkasih indahnya amat,

Tiada serabut malahan subur,

Terima kasih ucapan aluan,

Alhamdulillah sihat wal'afiat,

Salam kusambut tangan ku hulur.

[11/6/2019, 7:35 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny K✨_*

_Bunga anggerik tidak bermadu,_

_Batang lembut ranting berdaun,_

_Wahai cik adik abang merindu,_

_Rindu berpaut sudah bertahun._


From;🍁Si Cilik Lawa🍁

Dara berangan mari temui,

Si dara kembang muda remaja,

Siapa gerangan yang dirindui,

Adakah ruang untukku bermanja?


*_✨from tonny k✨_*

_Naik pedati pergi ke kedah,_

_Tahun depan ke Indonesia;_

_Rasa dihati ingin ku luah,_

_Rinduku simpan biarlah rahsia._

[11/6/2019, 7:46 PM] Aci Ps: 🖋Abd Rashid

Hujan mencurah legalah hati,

Damailah jiwa sejuk terasa;

Kalau hujan tak berhenti,

Amatlah sejuk tidak selesa.


💫AciAdinda✨

Dalam taman bersiar si nyonya,

Bunga setangkai dipetik lalu;

Sebalik kejadian ada hikmahnya,

Kita tak lalai syukuri selalu.

[11/6/2019, 7:56 PM] Aci Ps: 🌹Assha Ramli

Alhamdulillah..

Teratai mahu cuba jugalah pantun enam kerat..


Kuih talam enak dimakan

berlapis dua tiada berinti

adunan senang tepung dipalu

 Selamat malam hamba ucapkan

buat semua sahabat sejati

moga riang santai selalu


Maaf ya klu x sesuai..

🤭


 💫AciAdinda✨

Kuih dimakan berinti pulut,

Dikunyah lumat berhati-hati,

Agar ditelan terasa nikmat;

Kuhulur tangan salam kusambut,

Genggam erat semat di hati,

Mesra ikatan antara sahabat.


Selamat malam sahabat😁🌹

[11/6/2019, 8:13 PM] Niah Ps: ✨Tonny K✨

Pesan madu minta dikirim,

Letak di meja jangan dibuka,

Jikalau rindu tidak bermusim,

Kurawat saja hati nan luka.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Bunga kembang di pergunungan,

Aneka muka kuntuman mawar,

Kanda seorang jadi igauan,

Dinda berduka kandalah penawar.

[11/6/2019, 9:03 PM] Aci Ps: To;👑Boyking👑


💫AciAdinda✨

Adik suka dengar cerita,

Kisah teladan si anak angsa;

Suka duka adat bercinta,

Semua insan pasti merasa.


Tanam kelapa di ceruk desa,

Bersama teman ingin mengambil;

Buat apa menjeruk rasa,

Buat rombongan hantarlah wakil.


Anak tapir sedang menggali,

Gali lubang sambil bercakaran;

Sudah takdir suratan azali,

Kita merancang Tuhan tentukan.


from 👑boyking👑


dipokok beringin menambat unta

keluar peluh seluruh badan

jika ingin merasa cinta

perlu menempuh segala cabaran


naik pedati pergi bongawan

mandi dilaut hari jumaat

niat dihati nak hantar rombongan

tapi takut tersalah alamat


menyingkap tabir di depan pintu

terlihat mama bersama nyonya

andai takdir sudah begitu

kena terima apa adanya


💫AciAdinda✨

Masak cucur bersama nyonya,

Letak di meja sebagai hidangan;

Ikhlas dan jujur itulah kuncinya,

Kasih dibaja kita semaikan.


Cedera puteri lukanya parah,

Darah dikesat berhati-hati;

Alamat kuberi penunjuk arah,

Takkan sesat ikut gerak hati.


Bawa peti darilah Goa,

Pastikan ia dikunci nanti;

Pasrahkan hati panjatlah doa,

Moga bahagia di ambang menanti.

[11/6/2019, 9:58 PM] Niah Ps: ✨Tonny K✨

Hendak bergaya segan terasa, 

Tidak ceria bagai nak mati, 

Jikalau hati terasa suka, 

Apa salahnya menyimpan rasa,

Kanda setia akan menanti,

Ruang hati masih terbuka.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Tarik pedati mari dibantu,

Kuda ditepuk lari beriringan,

Hayun cemeti itulah cara, 

Resah hati tidak menentu,

Bimbang bertepuk sebelah tangan,

Kanda dinanti memula bicara.

[11/6/2019, 10:11 PM] Niah Ps: ✨Tonny K✨

Naik pedati pergi ke Kedah, 

Tahun depan ke Indonesia,

Rasa di hati ingin ku luah,

Rinduku simpan biarlah rahsia.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Sepi desa tempat melaram,

Tempat semadi si dara lawa,

Luahkan rasa usah dipendam,

Kelak menjadi selumbar di jiwa.

[11/7/2019, 10:27 AM] Niah Ps: Pagi juga..

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu rindukan, 

Rindu bersemi biarlah nampak,

Di lupa jangan dalam kenangan.

[11/7/2019, 2:05 PM] Aci Ps: To; Abang Tuan Tanah


💫Adinda✨

Jauh melaut bulan di air,

Hendak diceduk tidak tercapai;

Hendak berpaut di dada takdir,

Rasa kecamuk diamuk badai.


✌😀🤭

[11/7/2019, 3:04 PM] Niah Ps: To; Tuan Tanah

 

🍁Si Cilik Lawa🍁

Buah zukini ku petik dulu,

Mari digoreng pemanis lidah,

Kuah kental dimasak tadi,

Hamba ini menumpang lalu,

Siapa gerangan si tuan tanah,

Ingin ku kenal kiranya sudi.

[11/7/2019, 6:50 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Malam kelam menanti bulan,_

_Indah sekali duduk berdua;_

_Selamat malam saya ucapkan,_

_Kepada ahli group semua._


_Terbang helang tinggi diawan,_

_Menuju utara mencari kawan;_

_Selamat datang kami ucapkan,_

_Salam sejahtera salam kenalan._


_Petik keladi di pagi hari,_

_Diatas bukit untuk dijual:_

_Jikalau sudi kenalkan diri,_

_Intro sedikit kami nak kenal._


_Langit biru nampak diawan,_

_Cahaya mentari bersinar sinar;_

_Orang baru janganlah segan,_

_Kenalkan diri kirimkan gambar._


_Sungguh berani si tuan puteri,_

_Masuk ke gua bertudung biru;_

_Hamba disini perkenalkan diri,_

_Kepada semua sahabat baru._


_Jenama sony susah dicari,_

_Ada dikedah kalau nak beli;_

_Saya tonny nama diberi,_

_Asal sabah daerah tamparuli._


_Atas batang si burung helang,_

_Membuat sarang ditepi paya;_

_Saya bujang jiwa penyayang,_

_Siapa yang sudi pm lah saya._


🙋🏻‍♂🤭🤭🤝🏻

[11/7/2019, 7:10 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Beli manggis disurabaya,_

_Tinggi harga minta dikurang;_

_Walaupun manis cantik bergaya,_

_Budi juga dipandang orang._

[11/7/2019, 7:21 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Pergi kota naik kereta,_

_Jalan seorang dipagi hari;_

_Kalau cinta katakan cinta,_

_Tidaklah abang tercari cari._

[11/7/2019, 7:24 PM] Rosita 3: Seribu satu pohon beringin.

Hanya satu si pohon rindu.

Seribu malam terasa dindin.

Hanya  waja mu yang aku rindu.


Buah renum buahnya mekar.

Tertiup angin daunnya goyang.

Rinduku ini belum lagi pudar.

Sebelum berjumpa dengan sayang.


Kau bagaikan sebuah jalan.

Jalan yang berliku-liku.

Bagiku kau adalah rambulan.

Bersinar terang menyinar hidupku.


🙋🏻🙋🏻🙋🏻

[11/7/2019, 8:15 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Pohon beringin tidak terjaga,_

_Diluar pagar di pinggir desa;_

_Hati ingin memetik bunga,_

_Takut disambar ular berbisa._

[11/7/2019, 8:17 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Cik melati pergi ke surau,_

_Naik kuda bersama bonda;_

_Rasa hati hendak ke pulau,_

_Perahu ada pendayung tiada._

[11/7/2019, 8:20 PM] Assah Teratai Unggu: Keluar makan bersama bonda,

makan jagung terasa kenyang,

demi buktikan kasihnya kanda;

tanpa pendayung sanggup berenang.


😅🤭

[11/7/2019, 8:23 PM] Tonny Kinta: Lautan berapi sanggupku renang

Gunung tinggi kan kudaki demi cintamu

🤭🤭🤭 tapi kopi panas bila sya minum sya tiup² juga bila sya naik meja gayat juga sya🤣🤣🤣

[11/7/2019, 8:32 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Dulu ayahanda pendikar sakti,_

_Sehingga bonda tergila angau;_

_Jikalau dinda ingin nak bukti,_

_Nantikan kanda di hujung pulau._


🤭🤭

[11/7/2019, 8:59 PM] Minzam: Dekat kolam bersantai mantua,

pekerja mogok diawal pagi,

Selamat malam untuk semua,

Insaallah esok bersama lagi.

[11/7/2019, 9:07 PM] Assah Teratai Unggu: Alhamdulillah sihat juga dear..


Benang disulam benang sutera,

menjadi kain dijahit kebaya,

Kasih mendalam bertukar lara;

hati semakin tidak percaya.


Siap kain menjadi kebaya,

dengan lengkap sulam berukir,

Hati semakin tidak percaya;

janji diungkap selalu mungkir.


Selamat malam dear...

[11/7/2019, 9:08 PM] Assah Teratai Unggu: Anak punai si anak merpati,

terbang bermain melayang-layang,

Janji tertunai gembiranya hati;

kasih semakin berbisik sayang.


Terbang bermain melayang-layang,

burung merpati terlanggar awan,

Kasih semakin berbisik sayang;

setia menanti rindu merawan.

[11/7/2019, 9:16 PM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Indah suasana di tepi kuala,_

_Airnya dalam ingin ku renang;_

_Bagai mana hati tak gila,_

_Tidur malam terbayang bayang._

[11/7/2019, 9:28 PM] Tonny Kinta: Alhamdulillah sihat juga dear..


💖From teratai💖

Benang disulam benang sutera,

menjadi kain dijahit kebaya,

Kasih mendalam bertukar lara;

hati semakin tidak percaya.


_*✨from tonny k✨*_

_Letak sagu diatas bangku,_

_Diambil budak bawa berkelah;_

_Jangan diragu kesetiaan diriku,_

_Cintaku tidak pernah berubah._


💖From teratai💖

Siap kain menjadi kebaya,

dengan lengkap sulam berukir,

Hati semakin tidak percaya;

janji diungkap selalu mungkir.


*_✨from tonny k✨_*

_Pak haji pernah bermimpi,_

_Bermimpi seorang puteri sultan;_

_Kerana janji kanda menyepi,_

_sebab jarang kanda tunaikan._


Selamat malam dear...


_Selamat malam juga dear😊_

[11/7/2019, 9:31 PM] Minzam: sungguh meriah tanjung aru,

banyak berjalan aman sausana,

Salam Niah orang baru,

Boleh kenalan asal mana,

[11/7/2019, 9:42 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Laea🍁

Mengilai tawa sahut sahutan,

Dipagi syawal berdondang sayang, 

Si cilik lawa dari pergunungan,

Niah berasal desa kundasang.

[11/7/2019, 9:43 PM] Tonny Kinta: 💖From teratai💖

Anak punai si anak merpati,

terbang bermain melayang-layang,

Janji tertunai gembiranya hati;

kasih semakin berbisik sayang.


*_✨from tonny k✨_*

_Bawa haji pergi ke pantai,_

_Melihat suasana ombak melata;_

_Jikalau janji sudah ku tunai,_

_Akan ku bina istana cinta_


💖From teratai💖

Terbang bermain melayang-layang,

burung merpati terlanggar awan,

Kasih semakin berbisik sayang;

setia menanti rindu merawan.


*_✨from tonny k✨_*

_Warna putih buah mengkudu,_

_Sejernih air si air mata;_

_Sedalam kasih mengejar rindu,_

_Rindu terukir terbina cinta._

[11/7/2019, 10:05 PM] Tonny Kinta: 💖From teratai💖

Lebah madu bersarang di sana,

di pohon mempelam sarangnya di tepi,

 Selamat beradu wahai arjuna;

lenalah dalam selimut mimpi.


_*✨from tonny k✨*_

_Mahligai kota sudah terbina_

_Bersusun bata di tepi tepi;_

_Andai kata tidur ku lena,_

_Bermesra kita dialam mimpi._

[11/8/2019, 7:22 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Angin pagi bertiup permai,

Menyapa wajah sayup sayupan,

Selamat pagi pantun santai,

Salam dariku di pergunungan.

[11/8/2019, 7:45 AM] Jauti Masniah: Pulut di masak bersama santan.

Buat bekalan pergi kehutan.

Ku sambut salam dari pergunungan.

Ku kirim salam dari putatan.


Selmt pagi semua dari cempaka baby.

[11/8/2019, 9:02 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Tanam selasih di tepi perigi,_

_Pohonnya tinggi diikat tali;_

_Terima kasih ucapan pagi,_

_Selamat pagi juga kembali._

[11/8/2019, 9:32 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Dalam kalam coretan beribu,

Nama diseru bertalu talu,

Wa'alaikumsalam buatmu ibu,

Meniti deru di angin lalu.

[11/8/2019, 9:46 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Busana bersih bawa ke jeti,

Kain halus lama tersidai,

Terima kasih pujaan hati,

Ingatan tulus dah memadai.

[11/8/2019, 10:00 AM] Jauti Masniah: Dari jauh ku terbayang suasana gunung berjerebu.

Terima kasih anak tersayang.

Ucapkan salam pada ibu.


Dari ibu penyanyang.

[11/8/2019, 10:40 AM] Aci Ps: _*✨from tonny k✨*_

_Pergi kota naik kereta,_

_Jalan seorang dipagi hari;_

_Kalau cinta katakan cinta,_

_Tidaklah abang tercari cari._


💫Adinda✨

Belikan jamu untuk si dia,

Untuk nyonya juga dipilih;

Tebarkan sayapmu ke serata dunia,

Tiba saatnya engkau memilih.

🤭🤭🤭


Makan putu tersedu-sedu,

Sambil makan bermain dadu;

Cinta itu umpama madu,

Bila ditelan terasa hempedu.


Jauh terbang si burung helang,

Awan bersela bayu beredar;

Asmara kecundang jiwa melayang,

Rawan berjela kasih yang pudar.


☺☺☺

[11/8/2019, 2:45 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Pantun Jenaka


Bunga lalang disinar mentari,

Terbang dibawa bayu petang;

Tikus berdendang sambil menari,

Kucing ketawa memukul gendang.


Buah betik ubi keledek,

Buat nyonya dilenyek-lenyek;

Anak itik terkekek-kekek,

Melihat ibunya terkedek-kedek.


Kain berlipat di atas peti,

Lalu dibiar jatuh bertabur;

Katak melompat senang hati,

Melihat ular tidur berdengkur.


Ulam dihidang dimasak lemak,

Bercampur bayam juga kacang;

Musang hilang dalam semak,

Melihat ayam bawa senapang.


🌞🐈🐀🦆🐓🐸🐍🦊

💫Adinda✨

[11/8/2019, 2:45 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Bunga di bawa menuju kota, 

Membawa lengkap bagai di minta, 

Paras lawa berbudi tinggi,

Idaman setiap teruna pencinta.

[11/8/2019, 3:44 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Tuai madu di pohon selasih,

Di petang sepi lalu diikat;

Mencanai rindu di benak kasih,

Mengusap mimpi sebuah hakikat.

[11/8/2019, 4:19 PM] Niah Ps: 💫Adinda✨

Tuai madu di pohon selasih,

Di petang sepi lalu diikat,

Mencanai rindu di benak kasih,

Mengusap mimpi sebuah hakikat.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Pohon perdu di ambang sana,

Mencari madu di suram malam,

Luahkan rindu di hujung pena,

Rindu beradu di dada kalam.

[11/8/2019, 4:19 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Bunga melur dihinggap kumbang,

Di tepi pantai jarak sedepa;

Salam dihulur di petang menjelang,

Di pantun santai tiada kulupa.

[11/8/2019, 5:49 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Tuai madu di pohon selasih,

Di petang sepi lalu diikat,

Mencanai rindu di benak kasih,

Mengusap mimpi sebuah hakikat.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Pohon perdu di ambang sana,

Mencari madu di suram malam,

Luahkan rindu di hujung pena,

Rindu beradu di dada kalam.


💫Adinda✨

Buah delima mari tanamkan,

Dipetik puteri putera menanti;

Melantun gema di dada bertebaran,

Kalam baiduri terpatri sejati.

[11/8/2019, 5:49 PM] Tonny Kinta: 💫Adinda✨

Tuai madu di pohon selasih,

Di petang sepi lalu diikat,

Mencanai rindu di benak kasih,

Mengusap mimpi sebuah hakikat.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Pohon perdu di ambang sana,

Mencari madu di suram malam,

Luahkan rindu di hujung pena,

Rindu beradu di dada kalam.


*_✨from tonny k✨_*

_Tenun kain dengannya kapas,_ _Warna corak berwarna-warni;_

_Rasanya ingin kata di lapas,_

_Mengapa tidak kanda berani,_

[11/8/2019, 5:54 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Jika leman kekasih orang,_

_Dipalit dengan tenun aksinya;_

_Tiada teman minta disayang,_

_Jiwa kesepian apakan daya._

[11/8/2019, 7:47 PM] Aci Ps: To; Ah Ting Chi


💫Adinda✨

Sayang selasih bawa beradu,

Indah malam hiasilah kita;

Suratan kasih dibarah rindu,

Bayang suram di ufuk derita.

[11/8/2019, 8:59 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Bunga berduri di hujung laman,

Harum ada mekar di tepi,

Kanda sendiri dinda temankan,

Bebaskan kanda di penjara sepi.

[11/8/2019, 9:07 PM] Aci Ps: 💫AciAdinda✨

Kilauan permata di atas baldu,

Bagai padi indahnya hamparan;

Hilang di mata berlagu rindu,

Tersemat abadi di lipatan kenangan.





Reply...James 😌


Surat sudah lamaku tunggu

Kiriman Ada dari surabaya

Katamu indah umpama lagu

Bisakah hamba coba percaya.






@⁨Aci Ps⁩ 😌😌


💫Adinda✨

Dedaun layu diramas kera,

Di pokok jati dahan bercabang;

Bukan merayu lafaz bicara,

Ikhlas di hati tiadalah songsang.


James ☺☺☺

[11/8/2019, 9:37 PM] +60 17-896 8227: To; Ah Ting Chi


💫Adinda✨

Sayang selasih bawa beradu,

Indah malam hiasilah kita;

Suratan kasih dibarah rindu,

Bayang suram di ufuk derita.




Bukit suram tanahnya rata,

bukan mudah untuk pendakian,

Bayang suram di ufuk derita;

berakhir sudah sebuah percintaan.

[11/9/2019, 11:29 AM] Niah Ps: ✨Tonny K✨

Tenun kain dengannya kapas,

Warna corak berwarna-warni,

Rasanya ingin kata dilepas,

Mengapa tidak kanda berani.


🍁Si Cilik Lawa🍁 

Panorama desa angin menderu,

Hamparan tersedai setia menanti,

Luahkan rasa lontarkan seru,

Agar terungkai gumpalan di hati.

[11/9/2019, 12:09 PM] Niah Ps: 💫Adinda✨

Buah delima mari tanamkan,

Dipetik puteri putera menanti,

Melantun gema di dada bertebaran,

Kalam baiduri terpatri sejati.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Pusaran masa didalam igau,

Berdayung berkayuh jangan tersadai,

Letusan rasa didada galau,

Ku paut kukuh di puing badai.

[11/9/2019, 12:12 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Tuai madu di pohon selasih,

Di petang sepi lalu diikat,

Mencanai rindu di benak kasih,

Mengusap mimpi sebuah hakikat.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Pohon perdu di ambang sana,

Mencari madu di suram malam,

Luahkan rindu di hujung pena,

Rindu beradu di dada kalam.


*_✨from tonny k✨_*

_Tenun kain dengannya kapas,_ _Warna corak berwarna-warni;_

_Rasanya ingin kata di lapas,_

_Mengapa tidak kanda berani,_


💫Adinda✨

Sebuah desa di hujung negeri,

Di teluk bayu dikunjung bila;

Berbisik rasa tersentuh naluri,

Dibuai sayu dipancar sila.

[11/9/2019, 4:50 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Bunga melur dihembus semilir,

Mekar kembang bunga dahlia;

Salam dihulur senyum diukir,

Selamat petang riang ceria.

😀😀😀

[11/9/2019, 7:01 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Senja hilang dipeluk malam,

Rembulan bertemu sinarnya bintang;

Salam sayang kasih bersulam,

Rindu bertamu bersama bayang.

[11/10/2019, 11:02 AM] Aci Ps: *_✨from tonny k✨_*

_Jika leman kekasih orang,_

_Dipalit dengan tenun aksinya;_

_Tiada teman minta disayang,_

_Jiwa kesepian apakan daya._


💫Adinda✨

Pudar bulan sudah beradu,

Pungguk menyepi menung terbawa;

Kepada Tuhan tempat mengadu,

Sirnalah sepi terisilah jiwa.

[11/10/2019, 11:13 AM] Assah Teratai Unggu: Rembulan bertemu sinarnya bintang,

terang beradu di buai mimpi,

Bayang wajah mu sering datang;

terubatlah rindu dikala sepi.

[11/10/2019, 11:44 AM] Assah Teratai Unggu: Tenun kain dengannya kapas,

warna corak berwarna-warni,

Rasanya ingin kata dilepas;

mengapa tidak kanda berani.


Warna corak berwarna-warni,

kain berenda mempesona mata,

Mengapa tidak kanda berani;

bukankah kanda pencinta wanita.

🤭😅

[11/10/2019, 11:47 AM] Aci Ps: To; Ah Ting Chi


💫Adinda✨

Sayang selasih bawa beradu,

Indah malam hiasilah kita;

Suratan kasih dibarah rindu,

Bayang suram di ufuk derita.



🖋Ah Ting Chi

Bukit suram tanahnya rata,

bukan mudah untuk pendakian,

Bayang suram di ufuk derita;

berakhir sudah sebuah percintaan.


💫Adinda✨

Bukan mudah untuk pendakian,

Jalan merentas penuh selasih;

Berakhir sudah sebuah percintaan,

Tinggal landas buatmu kasih.

✌🤭😁

[11/10/2019, 11:54 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Kain baldu sulam di tepi,

Kelibat kekasih busana dipakai,

Berlabuh rindu di dekapan sepi,

Jiwa merintih bergelut badai.

[11/10/2019, 12:04 PM] Sahirin PS: 🌹aki kodoroi🌹

Pohon selasih berdaun lebat,

Daunnya cantik gugur sehelai;

Ceria di wajah bersama sahabat,

Mawar di petik cinta ku semai..🌹🌹

[11/10/2019, 12:20 PM] +60 17-896 8227: 🖋Si Niah..

Kain baldu sulam di tepi,

Kelibat kekasih busana dipakai,

Berlabuh rindu di dekapan sepi,

Jiwa merintih bergelut badai.


🌻 Ah Ting


Rasa letih berlari ke kedai,

rehat sekejap menunggu kereta,

Jiwa merintih bergelut badai;

janji diungkap ditabur nista.

[11/10/2019, 12:34 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Duduk cerita beramai-ramai,

Saling membantu menjadi satu,

Benih cinta abang dah semai,

Hamparan waktu jua penentu.

[11/10/2019, 12:44 PM] +60 17-896 8227: 🖋 Ah Ting


Terang rembulan menyuluh alam,

burung hantu berdendang sayu,

Tidak tertahan rindu mendendam;

cintanya satu si gadis ayu.

[11/10/2019, 12:45 PM] +60 17-896 8227: 🖋 Ah Ting


Hujan gerimis di hujung senja,

dingin terasa hingga ke malam,

Wajah manis bersuara manja;

ingin sentiasa memberi salam.

[11/10/2019, 12:58 PM] Sahirin PS: Madah berkait permainan pujangga..

Hendak di selit..bertemu juga..

Pantun mantap ayat berbunga..

Menjadi idola pengemar pantun...

[11/10/2019, 1:04 PM] Niah Ps: 🌻 Ahli Ting

Rasa letih berlari ke kedai,

Rehat sekejap menunggu kereta, 

Jiwa merintih bergelut badai;

Janji diungkap ditabur nista.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Anak dara membawa panji,

Dihias kain sulam berrenda,

Berduka lara di tugu janji,

Bertahun kian ditunggu tiada.

[11/10/2019, 1:07 PM] Sahirin PS: Di hamparan terantak usang..

Angin berpuput sepoi sepoi

Melewati wajah sang musafir

Menghitung hari demi hari

Walau usia di penghujung senja

Namun di desa nan terpencil

Tetap setia menanti hingga ke senja


Pohon pohon merimbun hijau

Deruan air sungai membeli kesunyian

Berteman hati pilu nan kesepian

Melewati lorong lorong gelap..

Menanti timbulnya sinar mentari pagi...

[11/10/2019, 1:38 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Gubahan terkini amatlah molik,

Diedar banyak  di serata laman,

Membaca bila terasa bosan,

Pengemar seni pemantun cilik,

Tiada layak menjadi ikutan,

Inikan pula mendapat pujian.

[11/10/2019, 1:40 PM] Jauti Masniah: Aduhai putri.pantun

Mantap juga ni.

Ganti hana puteri pantun di grup.santai

[11/10/2019, 1:41 PM] Sahirin PS: Anggap lah pujian pencetus semangat terun berkarya..berpantun..agar warisan budaya pantun tidak terpinggir..

[11/10/2019, 1:47 PM] Sahirin PS: Nampak rendang pohon merimbun,

Ladang kebun turut di pagari;

Mari bersembang semarak pantun,

Agar pantun terus di gemari..🌹🌹

[11/10/2019, 1:56 PM] Assah Teratai Unggu: Sayap bakar sedap dimakan,

dibubuh madu dengan sebati,

diPesan dan khabar sering dititipkan;

bermukimlah rindu di teratak hati.

[11/10/2019, 6:04 PM] stndly PS: bubuh lada berulam penggaga

hidangan desa membuka selera

hidup selalu bersyukur pada dia

tanda selalu turun rahmat dan kurnia

[11/10/2019, 6:58 PM] Minzam: tanam kentang dihujung tahun,

hanya peria berbuah tahan,

selamat petang untuk pemantun,

semoga ceria tugasan seharian.

[11/11/2019, 11:47 AM] Hana 1: Semat celagi dibilang jari,

Tangga peria hiasan untaian;

Selamat pagi menjelang tengahari,

Semoga ceria tugasan harian.

[11/11/2019, 11:52 AM] Hana 1: Cedokkan setimba cencaru gelama,

Belida ketepi tanda kiraan;

Maafkan hamba baru menjelma,

Ada menyepi tiada perantaraan.

[11/11/2019, 2:42 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Di tasik cinta kembang teratai,

Dipetik dara lepas beradu,

Bersua bercinta rindu terlerai,

Abadi asmara cinta berpadu.

[11/11/2019, 2:47 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Semai padi baja tak lupa,

Sawah berbalam saujana pandangan,

Manis budi, akhlak dan rupa,

Seiring salam yang berpanjangan.

[11/11/2019, 2:58 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Dara lawa pakai kebaya,

Bersopan santun ayu nan ramah,

Halus mulus umpama ratu,

Desakan jiwa tercetus karya,

Laman pantun pengerat ukhuwah,

Takkan lupus dimamah waktu.

[11/11/2019, 3:04 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Tepung dirata agar serasi,

Jadi santapan puteri beradu,

Seuntai kata serat berisi,

Buat pedoman di ranjau rindu.

[11/11/2019, 4:44 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

GERANGAN DILATA TANDUS SEJATI,

SEMALU MATI BERPISAH BENDANG;

RENUNGAN MATA TEMBUS KEHATI,

LALU DIHATI RESAH MENGUNDANG.


DAHAN JATI BERANGIN KELAUT,

BERKALUT BATU LAUTAN SERATA;

BELAHAN HATI INGIN BERPAUT,

BERTAUT SATU BULATAN CINTA.

[11/11/2019, 7:48 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Berputik insaf di maya padah,

Sirna kesah menuju puncak,

Andai kilaf penyebab gundah,

Singkirkan resah kasih semerbak.


Senja berkabut mendung kelabu,

Pasang lentera penyuluh dibawa,

Sirna kabut selubung kalbu,

Raih cinta semayam di jiwa.

[11/11/2019, 8:07 PM] σɦɱɳαɓαℓµ💕: Di jaga rapi bunga serasi,

     mekar kenanga sepanjang jalan;

malam sepi menjadi saksi,

     Pungguk setia merindu bulan

🙋‍♂


Selamat mlm PS.

[11/11/2019, 8:12 PM] Datin Noa 1: "Malam sepi menjadi saksi

Pungguk setia merindu bulan

Cctv dinda jangan disangsi

Kalam merintih tiada teman"


Slmt mlm ohm😊

[11/11/2019, 8:28 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Muda belia mengangkat tandu,

Tandu dirangkul usah berlalu,

Jika setia didakap rindu,

Mengapa muncul tidak selalu?

🤭😊😊

[11/11/2019, 8:45 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Ada di rimba rumput semalu,_

_Dimakan rusa di awal pagi;_

_Mohon hamba left dahulu,_

_Ada masa berjumpa lagi._

[11/11/2019, 8:58 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Halwa dibawa mari hidangkan,

Santapan anda bersama dara,

Tak selawa yang disangkakan,

Gurau senda pengubat lara.

[11/11/2019, 9:31 PM] σɦɱɳαɓαℓµ💕: MengUkir tatu dalam badan,

     Burung garuda serta rerama;

sahabat itu umpama bulan,

     Cahaya tiada yakin bersama.

🙋‍♂selamat mlm juga datin

[11/11/2019, 9:32 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Pergi ranau menjual herba,_

_Untung tiada tak puas hati;_

_Hamba bergurau mahu mencuba,_

_Rupanya ada orang simpati._


🤭🤭🤭

[11/11/2019, 9:45 PM] Datin Noa 1: "Sahabat itu umpama bulan

Cahaya tiada yakin bersama

Andai seni tidak berteman

Umpama lagu tanpa irama"

[11/11/2019, 11:24 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

_Kalam surut kaduk dicari_

_Antan ditalam sulit beradu_

_Malam melarut duduk sendiri,_

_Ingatan silam mengulit rindu._

[11/12/2019, 7:22 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Dingin amat bayu berhembusan,

Membelai diri di pagi hening,

Ucapan selamat aku tebarkan, 

Salam dari pergunungan Kundasang.


🤚Hye... Hye...😀

[11/12/2019, 8:25 AM] Wahidah Ahmad42: Di air tohor budak menyelam,

Tinggal yang dua main di paya.

Dari johor melambai salam,

moga semua sihat hendaknya.

[11/12/2019, 9:22 AM] Tonny Kinta: _*✨from tonny k✨*_

_Dalam kereta kain tersusun,_

_Tidak terjaga semua hilang;_

_Walau harta banyak bertimbun,_

_Budi juga dipandang orang._


_Jadilah diri sendiri, biar hidup susah yang penting jangan susahkan orang lain. Syukuri dan terima segala seadanya. Tak perlu jadi orang lain hanya untuk, disukai, di sayangi, dan dicintai. Walau banyak kekurangan, biar banyak kelemahan, jangan risau, selagi engkau menjadi orang baik dan tak suka ganggu hidup orang lain engkau tetapi dihormati. Biarlah miskin dan tidak punya harta, tetapi jika anda seorang yang suka menolong orang, baik hati, tak suka fitnah dan taat kepada firman Tuhan, maka besar hartamu di syurga menantimu._

[11/12/2019, 9:36 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Pohon perdu di ambang sana,

Mencari madu di suram malam,

Luahkan rindu di hujung pena,

Rindu beradu di dada kalam.

[11/12/2019, 9:57 AM] Aci Ps: 🖋Abang Tuan Tanah

Di jaga rapi bunga serasi,

     mekar kenanga sepanjang jalan;

malam sepi menjadi saksi,

     Pungguk setia merindu bulan

🙋‍♂


Selamat mlm PS.


💫Adinda✨

Hendak pulang berteman nyonya,

Kaki cedera mengusung tandu;

Rindu diundang tiada taranya,

Dibadai gelora kasih berpadu.

[11/12/2019, 10:04 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Pergi ke danau berteman tiada,

Tempat terkenal kasih dipadu,

Senda gurau sapaan kanda,

Risau ditinggal dinda merindu.

[11/12/2019, 10:09 AM] Aci Ps: 🌸Hana🌸

_Kalam surut kaduk dicari_

_Antan ditalam sulit beradu_

_Malam melarut duduk sendiri,_

_Ingatan silam mengulit rindu._


💫Adinda✨

Malam kelam jendela dibuka,

Bayang menyisih tidak berteman;

Rindu dendam berkalung duka,

Menjadi serpih kuntum kenangan.

[11/12/2019, 10:18 AM] Aci Ps: 🖋 Ah Ting


Terang rembulan menyuluh alam,

burung hantu berdendang sayu,

Tidak tertahan rindu mendendam;

cintanya satu si gadis ayu.


💫Adinda✨

Hujan renyai direda dulu,

Terpadam lantera rebah bersama;

Rindu dilerai di angin lalu,

Paduan asmara di tasik sukma.

[11/12/2019, 10:29 AM] Aci Ps: 🖋 Ah Ting


Hujan gerimis di hujung senja,

dingin terasa hingga ke malam,

Wajah manis bersuara manja;

ingin sentiasa memberi salam.


💫Adinda✨

Melebur besi usah digagau,

Kepada siapa hendak diberi;

Dalam ilusi bayang nan igau,

Lembut menyapa menyentap naluri.

[11/12/2019, 10:41 AM] Aci Ps: 🌹wahidahahmad

Di air tohor budak menyelam,

Tinggal yang dua main di paya.

Dari johor melambai salam,

moga semua sihat hendaknya.


💫Adinda✨

Kota lama di tepi jeti,

Sepintas lalu hendak dilihat;

Salam diterima seikhlas hati,

Syukur selalu sihat walafiat.

[11/12/2019, 10:59 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Buah kuini padat berisi,

Dibawa cikgu bakul tersangkut,

Tanpa seni pincang puisi, 

Kecundang lagu irama ke laut.

[11/12/2019, 11:11 AM] Niah Ps: ✨Tonny K✨

Dalam kereta kain tersusun

Tidak terjaga semua hilang;

Walau harta banyak bertimbun,

Budi juga dipandang orang.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Kuih keria gula Melaka,

Hidangan dibuat teruna muda,

Harta dunia hiasan belaka,

Budi disebut kelak tiada.

[11/12/2019, 11:26 AM] Aci Ps: *_✨from tonny k✨_*

_Jika leman kekasih orang,_

_Dipalit dengan tenun aksinya;_

_Tiada teman minta disayang,_

_Jiwa kesepian apakan daya._


💫Adinda✨

Hisap madu kumbang di taman,

Hinggap di tepi pisang berangan;

Lagu rindu mari dendangkan,

Sirna sepi adinda temankan.

[11/12/2019, 11:41 AM] Aci Ps: To; James 125


💫Adinda✨

Batang palma mari dikerat,

Lalu diikat dibuat atap;

Berbisik sukma kata keramat,

Indah kalimat rindu terungkap.

[11/12/2019, 1:40 PM] Datin Noa 1: "Tanpa seni pincang puisi

Kecundang lagu irama ke laut

Cantik sungguh pantun berisi

Pastikan indah pabila disebut"

[11/12/2019, 3:32 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Tanam padi padi marisa,

Subur dijaga buah menjadi;

Orang berbudi kita merasa,

Ada juga tak kenang budi.


😇Roh...anie👻

Pulang petani membawa nona,

Memetik jenuh terik dihirup;

Dahulu hani sekarang hana,

Hanie terbunuh hana yang hidup.


😂😂😂😂

Jalan kereta jauh dikira,

Bukit dinaik tinggi sujana;

Hanie derita hana gembira,

Lebihlah baik menjadi hana.


😂😂😂😂😂😂

[11/12/2019, 5:13 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨


Pantun Berkait

LARA


Dedaun selasih yang melayah,

Ke pangkuan kita lalu dikutipnya;

Teratak kasih kian goyah,

Diterpa derita deras arusnya.


Ke pangkuan kita lalu dikutipnya,

Indah aneka tepian beranda;

Diterpa derita deras arusnya,

Menganga luka lebar di dada.


Indah aneka tepian beranda,

Duduk perawan sambil berpantun;

Menganga luka lebar di dada,

Merintih rawan kian meruntun.


Duduk perawan sambil berpantun,

Teruna tiba darilah kota;

Merintih rawan kian meruntun,

Undang hiba menitis air mata.


Teruna tiba darilah kota,

Menyapa dara penuh kemesraan;

Undang hiba menitis air mata,

Tanda lara kian berpanjangan.


Menyapa dara penuh kemesraan,

Membawa kuini juga melati;

Tanda lara kian berpanjangan,

Bermukim kini di lubuk hati.


Membawa kuini juga melati,

Hati suka tersenyum manis;

Bermukim kini di lubuk hati,

Melamar duka yang menghiris.


Hati suka tersenyum manis,

Sambil menatap wajah nan mulus;

Melamar duka yang menghiris,

Di hujung harap yang terputus.


🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

Karya asli;💫Adinda✨

[11/12/2019, 5:53 PM] Datin Noa 1: Pantun spontan berkait



"Teratak kasih kian goyah

Di terpa derita deras arusnya

Yakini cinta itu rahsia

Sama2 di gelombang gelora"


"Diterpa derita deras arusnya

Menganga luka lebar di dada

Mengapa hidup beranjau sengketa

Kerna ujian itu pasti trduga"


"Menganga luka lebar di dada

Merintih rawan kian meruntun

Hilang racau jauhi nestapa

Kasih dan sayang tetapkan rukun"


"Merintih rawan kian meruntun

Undang hiba menitis air mata

Dalam hidup hadap lah santun

Kiasan dilema indahnya kata"


" undang hiba menitis air mata

Tanda lara kian berpanjangan

Jangan mengeluh dibibir cuma

Kelak merana berpisah jangan"


"Tanda lara kian berpanjangan

Bermukim kini di lubuk hati

Biar derita jadi halangan

Kusimpul  kasih sampai ke mati"


"Bermukim kini di lubuk hati

Melamar duka yang menghiris

Dimana sumpah dimana janji

Dapatkah ditunai seindah manis?"


"Melamar duka yang menghiris

Di hujung harap yang terputus

Kalau tersentuh hati terguris

Cari penawar cinta yg tulus"


Sentuhan pemuisi🌹🌹🌹❤noavieza❤

[11/13/2019, 11:26 AM] Jemmy James: To; James 125


💫Adinda✨

Batang palma mari dikerat,

Lalu diikat dibuat atap;

Berbisik sukma kata keramat,

Indah kalimat rindu terungkap.



Reply...James


Jauh di sana siulan merdu

Nyaring serimba bisa di kota

Sejauh mana ungkapan rindu

Bolehkah hamba percaya kata.





@⁨Aci Ps⁩ 😌😌

[11/13/2019, 12:33 PM] Aci Ps: To; James 125


💫Adinda✨

Batang palma mari dikerat,

Lalu diikat dibuat atap;

Berbisik sukma kata keramat,

Indah kalimat rindu terungkap.



Reply...James


Jauh di sana siulan merdu

Nyaring serimba bisa di kota

Sejauh mana ungkapan rindu

Bolehkah hamba percaya kata.





@⁨Aci Ps⁩ 😌😌



💫Adinda✨

Ke hujung desa pikat si merbuk,

Bertemu kanda di lereng gunung;

Di benak rasa rindu merasuk,

Di sekitar minda nama dilaung.


@⁨Jemmy James⁩ 🤭🤭

[11/14/2019, 6:15 AM] Jemmy James: Frm@⁨Aci Ps⁩ 


Ke hujung desa pikat si merbuk,

Bertemu kanda di lereng gunung;

Di benak rasa rindu merasuk,

Di sekitar minda nama dilaung.


@⁨Jemmy James⁩ 🤭🤭


Reply...James


Melayang kemana siburung merbuk

Hinggap di dahan pohon delima

Sejauhlah mana rindu merasuk

Sedang laungan tiada bergema.





@⁨Aci Ps⁩ 😌

[11/14/2019, 7:15 AM] Minzam: Assalamu alaikum selamat pagi semuanya disitu ah🙋‍♂


kueh sedap buah kesukun,

apa kurang dibuat sayur,

saya harap sentiasa rukun,

agar senang tanda masyhur.

[11/14/2019, 7:17 AM] Aci Ps: Waalaikumsalam, selamat pagi..


Kawad satu platun

Lurus dalam barisan

Hidup mesti santun

Agar ramai kawan.

😁😁😁

[11/14/2019, 7:21 AM] Aci Ps: Pandu kereta jalan tersekat,

Penuh gula terlebih muatan;

Grup dicipta mencungkil bakat,

Bakat pula anugerah Tuhan.

[11/14/2019, 7:31 AM] Minzam: sayang ayam mati mengejut,

tertelan guli bercampur nasi,

menyampai salam aku takut,

tak dipeduli terasa sangsi.

[11/14/2019, 7:54 AM] σɦɱɳαɓαℓµ💕: Merimbun dahan pokok celagi,

     Berbuah lebat tepian paya;

 Assalamulikum dan Selamat pagi,

     Sehat walafiat semua hendaknya.


Ayam serama mengais di cerun,

     Sampai malam bertengek di titi;

Sudah lama tidak berpantun,

     Rindu mencengkam dalam hati.


 Perut lapar mari sarapan,

     warung nonya mampir di jemput;

apa kabar rakan taulan,

     harap semuanya sehat walafiat.

🙋‍♂

[11/14/2019, 8:05 AM] Hana 1: Menjadi kolam satu perigi,

Ikanlah sepat penuh dalamnya;

Waalaikumsalam selamat pagi,

Sehat walafiat juga hendaknya.


Tinggi zaitun separah beranda,

Tempatlah merbuk selalu melambai;

Walaupun pantun terapi minda,

Pabila sibuk kadang terabai.


Burung raja burung tempua,

Mungkin berangan makan pulasan;

Semoga saja sehat semua,

Mudah dengan segala urusan.

[11/14/2019, 8:09 AM] Hana 1: Terjumpa lagi sebuah gua,

Dilungkut pakis juga jerangau;

Selamat pagi assalam semua,

Hari khamis tamu keningau.

[11/14/2019, 9:02 AM] Aci Ps: Abang Zukie..


Parkir kereta di tepi padang,

Bila terpandang kawan lama;

Pucuk dicita ulam mendatang,

Kopi dihidang nikmati bersama.

✌😀🤭

[11/14/2019, 9:49 AM] Aci Ps: Abang Zukie..


Buah kana dipetik nona,

Mari diletak tepi belikat;

Macam mana adinda ke sana?

Alamat tak ada takut tersesat.

🤭🤭🤭

[11/14/2019, 11:15 AM] Niah Ps: To;🎋SM SOLOMIN J🎋


🍁Si Cilik Lawa🍁

Bukit berbalam jauh pandangan,

Kenangan datang lantas menerpa,

Di dada malam ku kesepian,

Hati walang dirundung nestapa.

[11/14/2019, 11:21 AM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Pantun Jenaka


Pecah bendul hancur berkecai,

Tak berdaya berdiri lagi;

Buaya gundul menangis berderai,

Melihat kerbau memberus gigi.


Angin kus-kus si mergastua,

Menjadi-jadi di dalam gua;

Kucing dan tikus menari berdua,

Sambut harijadi nenek tua.


Ikan tuna dicampur timun,

Si ikan toman pembuka selera;

Anak teruna duduk melamun,

Menunggu pinangan si anak dara.


Sangat berselera memakan putu,

Makan seorang rasa terbuai;

Lotong dan kera mencari kutu,

Padi dan jagung senyum melambai.


Semoga terhibur😃😃


🌾🐁🌾🐈🌾🐊🌾🐃🌾🐒

Mantad dogo;💫Adinda✨

[11/14/2019, 3:00 PM] Niah Ps: To;✨Tonny K✨


🍁Si Cilik Lawa🍁

Sulam berenda busana bonda,

Menawan hati gubahan teliti,

Bercorak lawa warna kelabu,

Ilusi bersenda di benak minda,

Rindu meniti di tangkai hati,

Merintih jiwa membadai kalbu.

[11/14/2019, 4:16 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Tepian titi tumbuh selasih,

Tiada terjumpa kering beradu;

Sering kunanti kalibat kasih,

Tidak menyapa tiadakah rindu?


Burung kepipi terbuta mata,

Didahan jamu dipagut sawa;

Diam menyepi hilangkah cinta,

Mukinkah jemu merasuk jiwa,?


Tanam selasih tertuba mati,

Akarlah paku pesat belenggu;

Wahai kekasih teganya hati,

Sedang diriku setia menunggu.

[11/14/2019, 4:22 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Kutip bertih goreng kering,

Tanam keladang sebesar besin;

Kucing putih menangis gering,

Lemah ditedang siikan masin.

[11/15/2019, 3:32 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Masak bubur gula tak lupa,

Minum petang aneka jamuan, 

Salam ku hulur sapa menyapa,

Selamat petang kepada kalian.

[11/15/2019, 3:35 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Bunga melur dihembus semilir,

Mekar kembang bunga dahlia;

Salam dihulur senyum diukir,

Selamat petang riang ceria.

😀😀😀

[11/15/2019, 3:36 PM] Hana 1: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Masak bubur gula tak lupa,

Minum petang aneka jamuan, 

Salam ku hulur sapa menyapa,

Selamat petang kepada kalian.


🌸Hana🌸

Bunga melur pohon cemara,

Berulur batang pucuk bertemu;

Salam dihulur kusambut mesra,

Selamat petang juga buatmu.

[11/15/2019, 3:38 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Jauh melaut bulan di air,

Hendak diceduk tidak tercapai;

Hendak berpaut di dada takdir,

Rasa kecamuk diamuk badai.

[11/15/2019, 3:39 PM] Hana 1: 💫Adinda✨

Bunga melur dihembus semilir,

Mekar kembang bunga dahlia;

Salam dihulur senyum diukir,

Selamat petang riang ceria.

😀😀😀


🌸Hana🌸

Hinggap but-but kepohon palas,

Berlilit peria didahan melintang;

Salam disambut senyum dibalas,

Sama ceria selamat petang.

[11/15/2019, 3:46 PM] Hana 1: 💫Adinda✨

Jauh melaut bulan di air,

Hendak diceduk tidak tercapai;

Hendak berpaut di dada takdir,

Rasa kecamuk diamuk badai.


🌸Hana🌸

Guna belati mepotong pisai,

Bukan berlendir getahnya landai;

Gumpalkan hati buat perisai,

Redhokan takdir tepislah badai.

[11/15/2019, 4:42 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Hendak diceduk tidak tercapai,

Menggapai hanya dalam terpaksa,

Rasa kecamuk diamuk badai,

Sujud pada-Nya luahkan rasa.

[11/15/2019, 6:59 PM] Aci Ps: 💫Adinda✨

Jauh melaut bulan di air,

Hendak diceduk tidak tercapai;

Hendak berpaut di dada takdir,

Rasa kecamuk diamuk badai.


🌸Hana🌸

Guna belati mepotong pisai,

Bukan berlendir getahnya landai;

Gumpalkan hati buat perisai,

Redhokan takdir tepislah badai.


💫Adinda✨

Tumbuh baboa di lereng berbatu,

Berteluk pantai panjat tak berani;

Panjatkan doa pada-Nya satu,

Menitilah damai di hati nurani.

[11/15/2019, 7:05 PM] Aci Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Hendak diceduk tidak tercapai,

Menggapai hanya dalam terpaksa,

Rasa kecamuk diamuk badai,

Sujud pada-Nya luahkan rasa.


💫Adinda✨

Berjalan musafir di tanah lembab,

Bersama bekal bahu terbeban;

Doa dan zikir penawar mujarab,

Sabar dan tawakal mari simpulkan.

[11/16/2019, 9:25 AM] Niah Ps: 💫Adinda✨

Berjalan musafir di tanah lembab,

Bersama bekal bahu terbeban,

Doa dan zikir penawar mujarab,

Sabar dan tawakal mari simpulkan.


🍁Si Cilik Lawa🍁

Kalimah tersirat di gema takbir,

Cuba menyingkap tiada berdaya,

Tiada kudrat melawan takdir,

Bersimpuh mengharap keredhaan-Nya.

[11/16/2019, 7:23 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Anak unta mabuk kecubung,

Kerana lapar takut diburu;

Putus cinta boleh disambung,

Putus selipar beli yang baru.


😂😂😂😂

[11/17/2019, 8:53 PM] Hana 1: Tepian kolam disusun batu,

Silau timbul mentari timbul;

Selamat malam juga disitu,

Wahai Gebul kenapa kau gebul.

[11/17/2019, 9:03 PM] +60 17-896 8227: Hujan turun di malam hari,

rasa dingin lena beradu,

hamba berpantun seorang diri,

hati semakin di ulit rindu.

[11/17/2019, 9:05 PM] +60 17-896 8227: Buah niyur menjadi santan,

santan berlada sayur umbut,

Salam dihulur tanda ingatan;

apakah ada sudi menyambut?

[11/17/2019, 9:08 PM] Minzam: baju sama berambut jambul,

hati bangga riang sedang,

walau nama ku gebul,

pandai juga buat kandang.

[11/17/2019, 9:12 PM] Hana 1: Tenun sabut dipintal tali,

Pintal berseni bahan kelapa;

Salam disambut salam kembali,

Hamba disini senang disapa.

[11/17/2019, 9:16 PM] Hana 1: Pucuk zaitun dimakan bebiri,

Sugul paktani ladang terganggu;

Tuan berpantun tidak sendiri,

Saya disini sedang menunggu.

[11/17/2019, 9:22 PM] +60 17-896 8227: Jalan di tepi banyak berduri,

ke tepi sikit jalan berair,

 Apakah bermimpi di siang hari;

makna terselit tolongkan tafsir.

[11/17/2019, 9:25 PM] Hana 1: Mekar merekah bunga matahari,

Berulur melati tengah pokoknya;

Mimpi apakah disiang hari,

Hingga hati tertanya tanya?

[11/17/2019, 9:33 PM] Hana 1: Balut dibahu kain selendang,

Buat pendinding serangan nyamuk;

Kalau tak tahu buat kandang,

Nanti sikambing marah mengamuk.

[11/17/2019, 9:36 PM] Jauti Masniah: Ular berlingkar di tepi belukar.

Hendak.menghendap si burung helang.

Jika mimpi di patuk ular.

Makna nya atingku di pinang orang.


Selmt mlam.

🤣🤣

[11/17/2019, 9:50 PM] +60 17-896 8227: Mekar merekah bunga matahari,

Berulur melati tengah pokoknya;

Mimpi apakah disiang hari,

Hingga hati tertanya tanya?..


Jangan mandi sungai berbuaya

ramai takut nanti dimakan,

Mimpi menjadi tanda tanya;

melihat laut dikelilingi ikan.

[11/17/2019, 10:02 PM] Hana 1: Mekar merekah bunga matahari,

Berulur melati tengah pokoknya;

Mimpi apakah disiang hari,

Hingga hati tertanya tanya?..


Jangan mandi sungai berbuaya

ramai takut nanti dimakan,

Mimpi menjadi tanda tanya;

melihat laut dikelilingi ikan.


Nasi kandar bersama nona,

Bunga ditepi jarak sekaki;

Saya sekadar meneka makna,

Maksud mimpi murah rezeki.

[11/17/2019, 10:21 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Putik belimbing bercedu cedu,_ _Bunga kunda berangkai rangkai;_

_Kepala pening kerana merindu,_

_Hajat kanda selalu tak sampai._

[11/17/2019, 10:21 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Tanjung darat bukit seringan,_

_Tempat taman raja bersantai;_

_Besar niat di dalam angan,_

_Mudah-mudahan hajat tercapai._

[11/17/2019, 10:25 PM] +60 17-896 8227: Rasa hangat berlari di padang,

hingga muka menjadi merah,

Perlukah diingat kasih kecundang,

sedangkan luka masih berdarah.

[11/17/2019, 10:31 PM] Hana 1: *_✨from tonny k✨_*

_Putik belimbing bercedu cedu,_ _Bunga kunda berangkai rangkai;_

_Kepala pening kerana merindu,_

_Hajat kanda selalu tak sampai._


🌸Hana🌸

Air mendidih mengopi nenda,

Pahit terasa dimanis tapai;

Jangan sedih sabarlah kanda,

Suatu masa hajat tercapai.


Naik kuda kekampung hulu,

Hendak mencari setangkai mawar;

Usahlah kanda risau dahulu,

Takkan lari gunung dikejar.

[11/17/2019, 10:33 PM] +60 17-896 8227: *_✨from tonny k✨_*

_Tanjung darat bukit seringan,_

_Tempat taman raja bersantai;_

_Besar niat di dalam angan,_

_Mudah-mudahan hajat tercapai._


Tenunan halus corak lama,

penuh teliti benang terjuntai,

Berusaha terus doa bersama;

hajat pasti akan tertunai.

[11/17/2019, 10:34 PM] Jauti Masniah: Rasa hangat berlari di padang.

Mari berteduh di pohon meranti.

Apa di ingat kasih kecundang.

Cari yang lain sebagai ganti.

[11/17/2019, 10:38 PM] Hana 1: *Ah Ting*

Rasa hangat berlari di padang,

hingga muka menjadi merah,

Perlukah diingat kasih kecundang,

sedangkan luka masih berdarah.


🌸Hana🌸

Burung bayan bulunya merah,

Lari kehilir sarangnya roboh;

Usah dilayan hati berdarah,

Alasan takdir tiada jodoh.

[11/17/2019, 10:43 PM] +60 17-896 8227: Main bola bersama kawan,

ada jatuh terkejar-kejar,

Hati mula rindu merawan;

makin utuh cinta mekar.

[11/17/2019, 10:50 PM] Hana 1: *Ah Ting*

Main bola bersama kawan,

ada jatuh terkejar-kejar,

Hati mula rindu merawan;

makin utuh cinta mekar.

🌸Hana🌸

Pucuk dicita sambal beralas,

Ulam dilipat kuah direnang;

Andai cinta sudah berbalas,

Cepatlah cepat pergi meminang.

[11/17/2019, 10:58 PM] +60 17-896 8227: Cuaca sejuk atas bukit,

tebal kabus berhati-hati,

Tidak terpujuk hati yang sakit;

cinta tulus telah dikhianati.

[11/17/2019, 11:08 PM] Hana 1: Bunga melati kuntum melebar,

Madunya hangat kumbang tercari;

Gumpalkan hati bentengkan sabar,

Tongkatkan semangat teruslah berdiri.

[11/18/2019, 10:12 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Sumur perigi berair cetek,

Termangu di tepi kendi dibawa,

Tersemat rapi dalam genggaman, 

Melangkah pergi di hati terdetik,

Di danai sepi hampa kecewa,

Izinku menyepi dalam keterasingan.

[11/18/2019, 10:54 AM] Hana 1: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Sumur perigi berair cetek,

Termangu di tepi kendi dibawa,

Tersemat rapi dalam genggaman, 

Melangkah pergi di hati terdetik,

Di danai sepi hampa kecewa,

Izinku menyepi dalam keterasingan.


🌸Hana🌸

Peramkan jeruk simpan ketepi,

Seminggu buka sudah menghitam,

Jangan kelapa ditambah beri;

Jauhnya rajuk mengasing sepi,

Mungkinkan luka hatinya dalam,

Kecewa hampa tidak terperi.

[11/18/2019, 1:06 PM] Hana 1: Burung kenari sungguh pemalu,

Selalu datang kepintu gua;

Tengahari mula berlalu,

Selamat petang sahabat semua.

[11/18/2019, 3:16 PM] Abdul Rashid PS: Kari kentang cicah roticanai,

Untuk belia berkunjung datang;

Selamat petang juga Hana,

Sudah sediakah minuman petang.

[11/19/2019, 8:27 AM] Hana 1: Bujak kijang lukanya tembus,

Dapat satu bawalah pulang;

Kopi bujang keladi rebus,

Hanya itu jamuan petang.

[11/19/2019, 8:42 AM] Hana 1: Pohon celagi tenggek tempua,

Didahan rendah kebun petani;

Selamat pagi teman semua,

Moga indah dihari ini.

[11/19/2019, 8:42 AM] Zukie: Biduk lalu kiambang melintang, 

Di laut dalam memancing ikan, 

Keladi rebus jamuan petang, 

Jamuan pagi cuba terangkan.

[11/19/2019, 8:48 AM] Hana 1: Dekat perigi membuang semak,

Dukung sibungsu lambat berjalan;

Jamuan pagi nasi lemak,

Kopi susu tak ketinggalan.

[11/19/2019, 8:51 AM] Zukie: Burung bersiut atas meranti, 

Terbang rendah si rama-rama, 

Alangkah senang rasa di hati, 

Kalau dapat sarapan bersama.

[11/19/2019, 8:59 AM] Hana 1: Ikat benang batang jerangau,

Potong rata tanam kehuma;

Senang- senang datanglah keningau,

Boleh kita mengopi bersama.

[11/19/2019, 9:29 AM] Zukie: Tinggi-tinggi si burung bangau, 

Cari makan di waktu petang, 

Saya ingin datang ke keningau,

Andai tiada aral melintang.

[11/19/2019, 9:59 AM] Hana 1: Sembunyi haruan dicelah jerangau,

Takutkan raja anak buaya;

Kalau tuan sampai keningau,

Wasap saja dinombor saya,


🤣🤣🤣🤣

[11/19/2019, 10:05 AM] Zukie: Asam manis si buah kana, 

Buat jus di dalam cawan, 

Kalau saya sampai di sana, 

Tentu saya mencari puan.

[11/19/2019, 10:09 AM] Hana 1: Pakai kebaya butang leleput,

Sungguh selesa duduk semayam;

Tengahari saya masak siput,

Nak cuba rasa resepi tomyam.

[11/19/2019, 10:12 AM] Zukie: Ikan mati terkena tuba, 

Berbagai ikan termasuk keli, 

Masakan begini belum ku cuba, 

Pasti rasanya sedap sekali.

[11/19/2019, 10:18 AM] Hana 1: Nila biru cedok setimba,

Dekat perigi basuhan biasa;

Sayapun baru hendak mencuba,

Belumlah lagi pernah merasa.

[11/19/2019, 11:22 AM] Zukie: Gadis sopan cantik bahasa, 

Di samping jejaka gagah perkasa, 

Klu puan belum biasa, 

Marilah kita sama merasa.

[11/19/2019, 11:25 AM] Zukie: Cengkerik terbang di hutan rimba, 

Di atas pokok ternampak rusa, 

Kalau puan blum mencuba, 

Jomlah kita sama merasa.

[11/19/2019, 3:56 PM] Aci Ps: *_✨from tonny k✨_*

_Putik belimbing bercedu cedu,_ _Bunga kunda berangkai rangkai;_

_Kepala pening kerana merindu,_

_Hajat kanda selalu tak sampai._


💫Adinda✨

Dari Goa kiriman diutus,

Simpulan diikat tali secekak;

Tulus doa harapan tak putus,

Moga hajat hampa pun tidak.

[11/19/2019, 4 PM] Aci Ps: *_✨from tonny k✨_*

_Tanjung darat bukit seringan,_

_Tempat taman raja bersantai;_

_Besar niat di dalam angan,_

_Mudah-mudahan hajat tercapai._


💫Adinda✨

Malam sepi gelap nan pekat,

Mari dihulur pasang pelita;

Angan nan mimpi digubah hakikat,

Hasrat tak luntur hajat dicita.

[11/20/2019, 4:42 PM] Aci Ps: Bunga melur indah berkembang,

Dipetik Lekir pemikat si dara;

Salam dihulur selamat petang,

Senyum diukir penambat mesra.

[11/21/2019, 7:51 AM] Abdul Rashid PS: Kalau buat tapai,

Kena masukkan ragi;

Saya baru sampai,

Hai selamat pagi  🙋‍♂.

[11/21/2019, 7:54 AM] Zukie: Tangkap anak tupai 

Masuk dalam raga 

Oo baru tuan sampai 

Selamat pagi juga

[11/21/2019, 8:10 AM] Abdul Rashid PS: Duduk atas kerusi

Teringat masa dulu

Ada  nasi  basi

Nak makan taklalu.

[11/21/2019, 8:13 AM] Zukie: Duduk atas kerusi 

Jaga masuk parit 

Jangan makan basi 

Nanti cirit birit

[11/21/2019, 8:22 AM] σɦɱɳαɓαℓµ💕: 🙋🏻‍♂

Intan permata bersinar cerah,

     Nampak tersisip di batu gemala;

kalau cinta di anggap sampah,

     boleh ke kutip kitar samula.

😘selamat pagi PS ilobu

[11/21/2019, 8:51 AM] Datin Noa 1: "Kalau cinta di anggap sampah

Boleh ke kutip kitar semula

Bila rindu bisa menyapa

Duri dan ranjau sanggup di redah"


Morning alls n ohm😊😊😊😘

[11/21/2019, 8:56 AM] Zukie: Duduk termenung atas beranda 

Sambil melihat burung merpati 

Kalau rindu sudah melanda 

Badan bernyawa serasa mati

[11/21/2019, 9:06 AM] Datin Noa 1: Wow...


"Kalau rindu sudah melanda

Badan bernyawa serasa mati

Suda lama tidak bersua

Asyik merindu si jantung hati"🤗

[11/21/2019, 1:20 PM] Hana 1: 2

Bunga melati kuntum berandu,

Helaian paku digubah karang;

Merana hati mengutai rindu,

Belahan jiwaku dilarikan orang.

[11/21/2019, 1:54 PM] Hana 1: Intan permata bersinar cerah,

Memantulkan inai dijari pula;

Kalau cinta dianggap sampah,

Patutlah ramai kitar semula.

[11/21/2019, 2:01 PM] Hana 1: Berangan atas kerusi,

Pahat bukit bulat;

Makan nasi basi

Dapat sakit berat

[11/21/2019, 3:21 PM] Aci Ps: 🖋Abang Tuan Tanah

🙋🏻‍♂

Intan permata bersinar cerah,

     Nampak tersisip di batu gemala;

kalau cinta di anggap sampah,

     boleh ke kutip kitar samula.

😘selamat pagi PS ilobu


💫Adinda✨

Pasang pelita mari dibantu,

Jauhkan tabir siap sedia;

Jika cinta nilainya begitu,

Lafaz di bibir hanya sia-sia.

✌🤭

[11/21/2019, 3:27 PM] Abdul Rashid PS: Makan nasi basi,

Dapat sakit berat,

Bolih kawan mesi,

Duduk dalam wad.

[11/21/2019, 3:52 PM] Zukie: Sudah lama tidak bersua, 

Asyik merindu si jantung hati, 

Kalau dulu kita berdua, 

Kini aku tinggal sendiri.

[11/21/2019, 5:30 PM] Datin Noa 1: "Kalau dulu kita berdua

Kini aku tinggal sendiri

Masa lalu kisah mendua

Skrng hilang rasa sepi"🤭

[11/21/2019, 6:00 PM] Zukie: Masa lalu kisah mendua, 

Sekarang hilang rasa sepi, 

Mari kembali kita berdua, 

Supaya hilang rindu di hati.

[11/21/2019, 9:47 PM] Datin Noa 1: "Mari kembali kita berdua

Supaya hilang rindu dihati

Masa kini pula bercanda

Sekian lama tetap menanti"🤭

[11/21/2019, 10:00 PM] Zukie: Masa kini pula brecanda, 

Sekian lama tetap menanti, 

Kalau dapat kita berdua, 

Saya sangatlah senang hati.

[11/22/2019, 7:44 AM] σɦɱɳαɓαℓµ💕: 🙋‍♂


Tumbuh kepayang tepian gua,

     berbuah kalat gugur di paya;

Salam sayang untuk semua,

     sehat walafiat Moga hendaknya,


😘selamat pagi PS

[11/22/2019, 4:53 PM] Aci Ps: 🖋Abang Tuan Tanah

🙋‍♂



Tumbuh kepayang tepian gua,

     berbuah kalat gugur di paya;

Salam sayang untuk semua,

     sehat walafiat Moga hendaknya,


😘selamat pagi PS


💫Adinda✨

Hinggap rerama di pokok ketapang,

Berpindah ia di pohon dedalu;

Salam diterima selamat petang,

Sihat ceria gembira selalu.

✌😀

[11/22/2019, 11:12 PM] Hana 1: Akanku lahirkan segenap rasa cintaku didalam puisi agar pembaca tahu jiwa ku mendalam dan melimpahkan tasiknya ke taman kasih,

Dan biarkan rasa cinta ini menyegar terbaja mekar menjadi cinta sejati.


Biarkan sepi ini menjadi damai dan tenang

Sehingga melahirkan mimpi- mimpi terindah dalam jiwa

Biarkanlah agar esok ketika aku tiada lagi

Mungkin ada pembaca masih mengenang tiap bait lafaz cintaku

Atau ada yang sudi menyimpan lakaran usang ini.

Rasa cinta itu lahir dalam lubuk hati ini pabila tersemaikan nurani semurni putih salju.

Anugerah yang terindah darinya Esa Tesemat disegumpal hati.


Effah Hanie

11:09am

[11/23/2019, 7:34 PM] Hana 1: Sungguh kelam didalam gua,

Ruangnya lebar berdinding batu;

Selamat malam untuk semua,

Apa khabar orang disitu.

[11/23/2019, 7:39 PM] Hana 1: Semak berlalang kebun petani,

Penat si kuda tolong menyagkul;

Mana menghilang orang disini?

Sungguh tiada seorang muncul.

[11/23/2019, 8:53 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Kalau tuan menggali halia,_

_Dapat seikat jual di kota;_

_Kita insan hidup di dunia,_

_Harap dapat sahabat berjuta._


_Sahabat yang baik ialah, dia yang tahu kelemahan kita tetapi tetap terima kita, dia tahu kekurangan kita tetapi tetap mahu berkawan dengan kita, dia tahu kisah silam kita yang buruk tetapi dia sokong kita dan ajak kita untuk terus berbuat baik. Kita harus hormati sahabat seperti itu..._


*_selamat malam semua ps_*

[11/23/2019, 8:54 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Tanam pisang berbuah lebat,_

_Tanam keladi sayang dicuri;_

_Bukan senang dapat sahabat,_ _Sahabat berbudi sukar dicari._

[11/23/2019, 9:12 PM] Sahirin PS: Di balik jelingan mata mu..

Tersimpan seribu rahsia..

Disebalik senyuman mu..

Penawar sakit yg mujarab..

[11/23/2019, 9:18 PM] Hana 1: Selendang puan jurai kesiku,

Penutup rupa bila beradu;

Kerana tuan sahabat baikku,

Tidakku lupa malah ku rindu.

[11/23/2019, 9:18 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Dari desa pergi ke hulu,_

_Jalan berbakau mencari selasih;_

_Hidup sentiasa happy selalu,_

_Senyumlah walau hati bersedih._


_Hidup ini pilihan, apa yang membuatmu sedih, tinggalkan, dan apa pun yang membuatmu bahagia dan dapat tersenyum selalu pertahanankanlah itu..._

[11/23/2019, 9:28 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Warna jernih cecair madu,_

_Dibuat ubat pencuci kuku;_

_Terima kasih kerana merindu,_

_Dikaulah sahabat setia padaku._

[11/23/2019, 9:28 PM] Sahirin PS: Indah malam bersinar cahaya..

Indah senyuman terukir dibibir..

Sambut salam dari saya..

Di dalam taman kenangan terukir..

[11/23/2019, 9:29 PM] Hana 1: Tepian huma duduk merenung,

Kicau membingit burung dilupai;

Harapan cuma setinggi gunung,

Bintang dilangit belum tercapai.


Naah dpt idea pantun, tq 😍

[11/23/2019, 9:33 PM] Datin Noa 1: "Salam tersambut dari saya

Di dalam taman kenangan terukir

Salam teman dijawab jua

Selagi janji tidak mungkir"😊

[11/23/2019, 9:35 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Ikan gelama disambar rambat,

Masak bersama sayur selasih;

Sekian lama kita bersahabat,

Sama sama menyimpul kasih.

[11/23/2019, 9:40 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Sejuk dingin di waktu petang,_

_Waktu berlari di jalan raya;_

_Hasrat ingin mencapai bintang,_

_Yakinkan diri pasti berjaya._

[11/23/2019, 9:41 PM] Minzam: Tanam peria bawah jambatan,

tumbuh subur tanah gambut,

mesti ceria dalam persahabatan,

sayang ditabur jangan kedekut.

[11/23/2019, 9:43 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Reneh paku sampai mendidih,

Kelat terasa jika diminum;

Walau jiwaku sentiasa sedih,

Bibir sentiasa mengorak senyum.

[11/23/2019, 9:48 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Tepi kolam tinggi rambutan,

Tempat lelayang tali menyangkut;

Iklas dalam persahabatan,

Tentulah sayang tidak kedekut.

[11/23/2019, 9:52 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Pakai kebaya sigadis lampai,

Berkain sengit melangkah lalang;

Apakan daya tangan tak sampai,

Bintang dilangit awan penghalang.

[11/23/2019, 9:57 PM] Minzam: Luas ladang tanah gambut,

Kacang soya tanam dipaya,

Kalau sayang tidak kedekut,

Coba saya baru percaya.

[11/23/2019, 10:02 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Tanam padi huma dipamah,

Pakailah topi anyaman lama;

Kalau sudi datanglah rumah,

Boleh mengopi borak bersama.

[11/23/2019, 10:13 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Mudik kehilir pukat gelama,

Bawa sedia pukat yg baru;

Si mata air bawalah sama,

Nanti dia pula cemburu.

[11/23/2019, 10:25 PM] Minzam: Suara kuat orang banyak mengata,

Tak berdaya macam kena selesma,

Apa buat membawa air mata,

Tunggu saya kita nangis besama.

[11/23/2019, 10:41 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Sayang kenari matanya buta,

Tidak berdaya sudah berusia;

Inginku lari didunia nyata,

Apakan daya aku manusia.

😭😭😭

[11/24/2019, 6:32 AM] Jauti Masniah: Tikar.mengkuang cantik anyaman.

Tersusun rapi di dalam bakul.

Dunia nyata hanya pinjaman.

Di padang Mashar kita berkumpul.


Selmt pagi semuaa 

Dari ibu.😄

[11/24/2019, 6:38 AM] Minzam: Dari membakut jalan pergi inanam,

Mencari kundur pening pusing keliling,

Siapa penakut bekal menjadi imam,

Pantang undur kecuali dibubut anjing.

[11/24/2019, 6:39 AM] Minzam: Badan lemah tidak berpeluh,

Memakan lada tiada berpantang,

Bersyukur rumah tidak jauh,

Semoga tiada ular melintang.

[11/24/2019, 8:24 AM] Hana 1: Tanam sebatang pokok kektus,

Jangan anggerek dimakan kuda;

Ular melintang sudah pupus,

Gebuk bertenggek hari-hari ada.

[11/24/2019, 12:05 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Disangka lalang rupanya jerangau,

Sarang kenari dipohon jati;

Jalan jalang pigi keningau,

Hendak mencari sicinta hati.

[11/24/2019, 5:38 PM] Tonny Kinta: *_✨ from tonny k✨_*

_Pohon durian pohon selasih,_

_Tumbuh dihulu merata-rata;_

_Jikalau tuan ingin berkasih,_

_Kenali dahulu artinya cinta,_


_*(CINTA SEJATI)*_

_Cinta sejati itu.._

_Bukan dari bagaimana cara kita menemukannya.._ _Melainkan dari bagaimana kita memperlakukan, menjaga dan mempertahankannya.._

[11/25/2019, 2:55 PM] Tonny Kinta: *_✨from tonny k✨_*

_Kucing kurap kucing balang,_

_Tidur dikain disangka munsang;_

_Apa harap orang sekarang,_

_Sudah kahwin mengaku bujang._

[11/27/2019, 11:07 AM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Menangis sendu di pinggir desa,

Sendu terhenti menjengah pagi,

Duduk di taman si tasik Chini,

Renung pelangi tangan melambai,

Lambaian rindu mengamit rasa,

Memaksa hati bertamu lagi,

Kunjungi laman nan sepi ini,

Selamat pagi pantun santai.

[11/28/2019, 12:38 PM] Hana 1: Hinggap kenari dipohon jati,

Berbulu biru berbalung julai;

Selamat tengahari sahabat hati,

Siow baru muncul bei.

[11/28/2019, 12:53 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Padi huma tanah dicangkul,

Cangkul dibawa teruna jauhari,

Maaf diterima lambatnya muncul,

Sehati sejiwa selamat tengahari.

[11/28/2019, 1:20 PM] Abdul Rashid PS: Tebang kenari masuk kepekan,

Anak kera meloncat menari;

Slmt tengahari juga diucapkan,

Pada saudara serta saudari.

[11/28/2019, 1:43 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Meriah acara detik dua belas,

Tari menari longlai berlinggang,

Senyum mesra sapa berbalas,

Selamat tengahari menuju petang.

[11/28/2019, 7:56 PM] Datin Noa 1: "Tumbuh meranti tepian pantai

Padi indah di tengah sawah

Adakah terkunci cinta berantai

Maukah jasad  bertemu nyawa?🤗

[11/28/2019, 8:43 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Duduk di pantai memerah akal,

Menyusun kata serat di dada,

Tiada hasad tersirat di bawa,

Cinta berantai bukanlah aral,

Amukan cinta membadai melanda,

Ibarat jasad beroleh nyawa.

[11/28/2019, 9:15 PM] Datin Noa 1: "Amukan cinta membadai melanda

Menyusun madah serat  terasa

Kasih dn sayang pemangkin gelora

Andai terseru pasti menjelma"

[11/29/2019, 12:06 PM] Rose Pantun Santai: Hijau merata di depan mata.

Kicauan berbalas irama desa.

Seruan cinta dan lafaz cinta.

Tidak berbalas jangan terasa.

[11/29/2019, 12:28 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Kiambang indah di laman desa,

Harum wangian semerbak selalu,

Cinta tak diendah bukan terasa,

Kalbu terkilan berbaur silu.

[11/29/2019, 12:29 PM] Datin Noa 1: "Cinta ku seru cinta ku lafaz

Tidak berjawab nada berbalas

Hati tersentuh pabila terungkap maaf

Hilanglah rindu rasa cinta bertunas"

[11/29/2019, 12:47 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Tiada khilaf meredah selasih,

Meliar tumbuh mari dipetik,

Andai maaf titian kasih,

Cinta berlabuh tunas berputik.

[11/29/2019, 2:21 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Enak perasa digaul umbut,

Capai tetiba tersilap ambil,

Dia yang Esa maaf disambut,

Inikan hamba daif dan kerdil.

[11/29/2019, 6:42 PM] Rose Pantun Santai: 🙊

Embun bertitisan sejuk sakan,

Bermulanya pagi suria terang;

Mulia insan ikhlas memaafkan,

Kemana pergi disenangi orang.

[11/29/2019, 7:09 PM] Hana 1: 🌸moyang anggun😂

Subur salam tepian jalan,

Lorong keladang diteres cangkul;

Selamat malam sahabat taulan,

Kadang kadang nenek muncul.

[11/29/2019, 8:03 PM] Abdul Rashid PS: Pergi klenik waktu petang,

Sakit kepala aduh ayoyo;

Mujurlah nenek yang datang,

Tidak pula hantu toyo.

[11/29/2019, 8:18 PM] Hana 1: 🌸moyang anggun😜

Ulam selasih makan pengalas,

Mencari paku tepian sungai;

Terima kasih sapa berbalas,

Terasa diriku sangat dihargai.

[11/29/2019, 9:07 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Lurut benang tiada selaras,

Benang mewah sulam pakaian,

Budi dijunjung santun digalas,

Tulus ukhwah nak ku sajikan.

[11/30/2019, 12:53 PM] Hana 1: *🌸nenek anggun🥰*


Hinggap lelayang dipohon rendah,

Dahan melintang dipintu gua;

Salam sayang salam terindah,

Selamat petang teman semua.

[11/30/2019, 1:01 PM] Zukie: Merdu suara pukulan rebbana, 

Lagu ciptaan ahmad nawab, 

Wahai puteri nun di sana, 

Selamat petang salam ku  jawab.

[11/30/2019, 1:48 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Tumbuh selelah bunga selasi,

Serumpun padi serumpun paku;

Alhamdulillah terima kasih,

Kerana sudi jawab salamku.

[11/30/2019, 2:19 PM] Zukie: Sepi melanda di waktu malam, 

Rasa di hati terasa bosan, 

Tentu ku sudi menjawab salam, 

Tanda hormat sesama insan.

[11/30/2019, 2:27 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Puteri berdandan cantik menawan,

Busana digubah amatlah indah,

Maaf memaafkan suatu tuntutan,

Penghapus gelisah rasa bersalah.

[11/30/2019, 2:34 PM] Niah Ps: 🍁Si Cilik Lawa🍁

Dara mandi tasik berlokan,

Timba digalas muara di tuju,

Ikhlas budi kita hulurkan,

Budi berbalas semurni salju.

[11/30/2019, 8:10 PM] σɦɱɳαɓαℓµ💕: Berbuah duku lebat belaka,

    Bersarang madu tempat dituai;

Singgah ku hanya seketika,

     Menitip rindu pantun santai.

🙋‍♂

[11/30/2019, 9:18 PM] Datin Noa 1: "Singahku hanya seketika

Menitip rindu pantun santai

Sekejap  sekadar cuma

Terubat jua rindu memadai"


#slmtmlmps

[11/30/2019, 10:24 PM] Hana 1: Luas lorongnya sampai kehuma,

Semak melebat ditebas himpun;

Walaupun hanya seketika cuma,

Asal terubat rindu perpantun.

[11/30/2019, 10:53 PM] Hana 1: 🌸Hana🌸

Memetik maman terjumpa kundur,

Tepi perigi berentang jalan;

Wahailah teman sudahkah tidur,

Bersunyi lagi dalam kumpulan,


Waktu petang pulang kanggaru,

Ditempat biasa gubuk  bersemi;

Selamat datang temanlah baru,

Moga selesa bersama kami.


Gulai cencaru sehidang makan,

Resam petani tika berhuma;

Oranglah baru sudi kenalkan,

Teman disini semua perama,


Dapat pirana gembira bangau,

Seminggu berjaga menanti lama;

Saya Hana asal keningau,

Tinggal juga ditempat sama.


Bakar haruan berminyak zaitun,

Sapu sebelah dikit- dikitnya;

Jikalau tuan minat berpantun,

Pantun santailah tempat tepatnya.