Ahad, 30 Jun 2024

pantun² hana Kim,jakius,Tony,dll

[07/12/2023, 5:14 pm] Hana🌹Mey Ly: Pulaskan topi letak di meja,
Pastikan meja tiada habuk;
Sunyi sepi menjelang senja, 
Apakah kerja masih sibuk.
[07/12/2023, 5:18 pm] Hana🌹Mey Ly: Mengorek kentang untuk dimakan,
Isinya lebat protennya kaya;
Selama petang saya ucapkan, 
Pada sahabat ada di maya.
[07/12/2023, 5:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Padi malinja biji persegi,
Susah merpati parunya tumpul;
Sudahlah senja sunyilah lagi,
Kekasih hati tiada muncul.
🤣🤣🤣
[07/12/2023, 5:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Memetik paku terpijak semalu,
Duri selisih pedih terasa;
Sedang hatiku rindu selalu,
Apakah kasih tidak merasa.
[22/12/2023, 7:57 pm] Hana🌹Mey Ly: Tepian di kali berjuntai ranting,
redup teduhkan ungka bersantai;
selamat kembali sahabat Ating,
harap meriahkan pantun santai
[22/12/2023, 8:01 pm] Hana🌹Mey Ly: Rumput sapi ladang petani,
Terselit maman tumbuh serutun;
Sunyi sepi hamba di sini,
Tiada teman berbalas berpantun.
[22/12/2023, 8:06 pm] Hana🌹Mey Ly: Hidangkan roti kuih bahulu,
Inti tersumbat buah zaitun;
Rindu seperti waktu dahulu,
Ramai sahabat minat berpantun.
[22/12/2023, 9:01 pm] Hana🌹Mey Ly: Bedak talkum bubuh di talam,
Sebotol dua harum teratai;
Assalamualaikum selamat malam,
Sahabat semua di Pantun Santai.
[22/12/2023, 10:17 pm] +60 11-1413 1424: Mari menyalam dalam kolam,
  Jangan mindur rasa berfaedah,
Walaikum salam selamat malam,
  Daku tidur nyanyak sudah.
[22/12/2023, 10:24 pm] Hana🌹Mey Ly: Ditebing gua meliar kundur,
Dekat bertani petikpun senang;
Panjatkan doa sebelum tidur,
Daku di sini harap dikenang.
[23/12/2023, 5:44 am] Hana🌹Mey Ly: Tepi perigi pepaku tumbuh,
Berumpun rapi menyubur lagi; 
Selamat pagi di awal subuh,
Mari mengopi sarapan pagi.
[23/12/2023, 8:57 am] Hana🌹Mey Ly: Rumpun pisai bersiput babi,
Bergayut mapan sukar berlari;
Baru selesai mengorek ubi,
Untuk sarapan di pagi hari.
[23/12/2023, 9:03 am] Hana🌹Mey Ly: Berinsut sesak unggas kuala,
Setelah senja kuranglah lasak;
Masak memasak malaslah pula,
Tunggu sahaja adikku masak.
🤣🤣🤣🤣
[23/12/2023, 9:42 am] Hana🌹Mey Ly: Ladang pamah pokok durian,
Tumbang dikerja siorang masai;
Duduk di rumah tinggal sendirian,
Semua kerja cepat selesai.
[23/12/2023, 10:15 am] Hana🌹Mey Ly: *from:Hana🌹*

_Dekat perigi bersarang merpati,_
_Di pohon kuini sedang mengeram;_
_Selamat pagi sahabat hati,_
_Hamba di sini sakit demam._

_Tepian jalan bermain merpati,_
_Tertancap kuku pokok selasih;_
_Rasa terkilan hancurnya hati,_
_Apa salahku dibuang kekasih._

_Kuis melantun biji mutia,_
_Kerangnya hendak isi di sagai;_
_Walau bertahun aku setia,_
_Sedikit tidak pula dihargai._

🤣🤣🤣🤣🤣
[23/12/2023, 11:00 am] Hana🌹Mey Ly: Larat paku pokoknya sesak,
Pokoklah maman tempian huma;
Ubi kayuku siapa di masak,
Jemputlah teman makan bersama.
🤣
[23/12/2023, 7:15 pm] Hana🌹Mey Ly: Gulai gelama dipanggang udang,
Buat menjamu pengalas roti;
Malam menjelma rindu mengundang,
Dimana kamu kekasih hati.

Selamat malam semua
[23/12/2023, 7:37 pm] Putera Ag🐅💥: BerjaLan ke titi menuju telaga,
     Membawa gayung  berisi bacang;
Jangan hati penuh curiga,
     Kasih sayang hanya seorang.


Mlm juga semua
🙋🏽‍♂️🤭
[23/12/2023, 7:43 pm] Hana🌹Mey Ly: Batu geliga tepian jalan,
Pecah sebelah kekiri ruang;
Bukan curiga tapi terkilan,
Tanpa bersalah aku di buang.

Mt mlm juga
[24/12/2023, 2:45 pm] Hana🌹Mey Ly: Ikan siakap makan berkicap,
Lobak sebatang dibagi dua;
Hadir sekejap saja nak ucap,
Selamat petang sahabat semua.
[30/12/2023, 8:43 pm] Hana🌹Mey Ly: Rumput sapi rapi jagaan,
Kambing berdua tidak merana;
Mengapa sepi tanpa sapaan,
Sahabat semua kamu di mana.

Remai mempelam tidak di makan,
Dipotong mahu keluar lendir;
Selamat malam saya ucapkan,
Manalah tahu ada yang hadir.
[30/12/2023, 9:16 pm] Hana🌹Mey Ly: Tiang beranda batanglah tagai,
Dihujung tangga sebutir mutia;
Setiamu kanda dinda hargai,
Kubalas juga dengan setia.
[08/01, 8:01 am] Jauti Marasin PS: Bersandar lah engkau di pelukan ku.
Dan luahkan segala resah mu.
Bisikan ke telinga ku.
Perlahan bersama hembusan nafas mu yang hangat
[08/01, 9:51 am] Mohd Chalet: Pagi hari pergi ke sawah,
Waktu petang baru nak pulang,
Nampak di mata hidup mewah,
Namun hutang keliling pinggang.
[08/01, 10:24 am] Hana🌹Mey Ly: Larat seruat rumpun pandan,
Lungkut jerpaya rebah melintang;
Apa nak buat nasip badan,
Ingin kaya terpaksa hutang.
[08/01, 9:20 pm] +60 11-1413 1424: Makan timadang dulu selapas makan untuk penghadaman yang setimbang dengan nya
[14/01, 7:40 am] Mohd Chalet: Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.
[14/01, 8:03 am] Hana🌹Mey Ly: Kirin kanan pohonlah pinang,
Pohon kelapa jauh di huma;
Aku berkenan hendak meminang,
Sayangnya hampa tidak diterima.
🤣🤣
[14/01, 10:42 am] Mohd Chalet: Terbang melayang burung merpati
Berhenti singgah di tepi kota
Walau sayang sepenuh hati
Orang berubah apa nak kata.
[14/01, 12:16 pm] Hana🌹Mey Ly: Berputik merah pokok akasia,
Merimbun rendah dibukit lembah;
Menjadi lumrah sifat manusia,
Hatinya mudah berubah ubah.
[14/01, 2:46 pm] Jekius L: Berputik merah pokok akasia,
Merimbun rendah dibukit lembah;
Menjadi lumrah sifat manusia,
Hatinya mudah berubah ubah.

Memasang khemah dihutan belantara,
Menanti hujan akan berteduh,
Memang lumrah sifat manusia,
Tapi tidak semua berubah ubah🙏
[15/01, 7:09 am] Hana🌹Mey Ly: Ayu bersari menuju pekan,
Anaklah dara jalan berdua;
Di pagi hari saya ucapkan,
Salam sejahtera buat semua.
[15/01, 3:32 pm] Hana🌹Mey Ly: Semak diparun tanaman lada,
Tinggal pulasan hanya sepohon;
Hujan turun line pun tiada,
Subgguhlah bosan tiada telefon.
🤣🤣
[15/01, 3:32 pm] Hana🌹Mey Ly: Tumbuh paku cuma seruntun,
Bertangga tangga terhadang kaca;
Biarlah aku berpantun pantun,
Nantikan juga kamurang baca.
🤣😂🤣😂🤣
[15/01, 3:32 pm] Hana🌹Mey Ly: Hinggap merbuk di pohon petai,
Mahu tak mahu hendak bersiul;
Kucubuk cubuk kuintai intai,
Manalah tahu line nya muncul.
[15/01, 3:32 pm] Hana🌹Mey Ly: Bunga teratai daun selasih,
Tangan mengutus didalam balang;
Hendak mengintai khabar kekasih,
Talian putus bayangpun hilang.
[15/01, 3:32 pm] Hana🌹Mey Ly: Makan bendi sambal berpisah,
Kelak berbaki tiada sepadan;
Hendak mandi mandilah basah,
Janganlah daki lekat di badan.
🤣😂🤣😂
[17/01, 12:51 pm] Putera Ag🐅💥: Besar selarung sawah di buat, 
     Tanah warisan usahanya sungguh;
Titipkan senandung pernah berkhlawat,
     Bawah rambulan gerhana penuh.

🙋🏽‍♂️🅾️⏸️Ⓜ️
[17/01, 12:57 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohon cendana dupa berduka,
     Setanggi randu asap kelana;
Bulan gerhana mengimbas duka,
     Manis dirindu lara merana.
[17/01, 1:17 pm] Hana🌹Mey Ly: Rimbun berbalam daun kedundung,
    Bawahnya gelap pohonnya randu;
Malangnya malam selubung mendung,
    Rambulan malap kelam merindu.

Hana🌹
[17/01, 1:21 pm] +60 17-896 8227: Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi didalam paya,
Hodoh buruk dimata orang,
Cantik manis dimata saya..

Ating chi..🥰
[17/01, 1:24 pm] +60 17-896 8227: Limau purut lebat dipangkal,
Batang selasih condong uratnya,
Hujan ribut dapat ditangkal,
Terpaut kasih apa ubatnya?..
[17/01, 1:26 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohon kepayang jangan ditebang,
   Tampak berseri sedang berputik;
Makin sayang padamu abang,
   Terasa diri sungguhlah cantik.

Hana🌹
[17/01, 1:36 pm] Hana🌹Mey Ly: Pasang pelita hidangkan buah,
    Senang menjamu oleskan garam;
Selagi cinta tidak kau luah,
    Tiada hatimu rasa tenteram.
[17/01, 1:53 pm] Putera Ag🐅💥: Lautan dalam jangan di renang,
    Girang berganti dilibas naga;
Meski  malam di selubungi mendung,
     Tabah menanti di pintu syurga.

🙋🏽‍♂️🅾️⏸️Ⓜ️
[17/01, 2:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Pauh mentimun jenang senasib,
    Banji tersulam meluncur cincai;
Jauh melamun mengenang nasib,
    Janji semalam hancur berkecai.

Hana🌹
[17/01, 2:39 pm] Jekius L: Sungguh lebat daun melati,
   Lebat lagi daun selasih,
Kalau terpaut kasih dihati,
   Ubatnya senang jumpa kekasih🤣

Klu 👆ngam ka
[17/01, 7:17 pm] Putera Ag🐅💥: Ikanlah kelah di libas tambakul,
     Anak haruan termasuk bubu;
menanti lelah bulan tak muncul,
     Berarak awan mendung kelabu.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[17/01, 8:53 pm] Hana🌹Mey Ly: _Letak sejajar bebola gasing,_
    _Telah berhenti baru amati;_
_Akhirnya fajar telah menyinsing,_
     _Pungguk menanti hingga kemati._

     Hana🌹
[19/01, 7:20 pm] +60 17-896 8227: Ada tomato di atas kaca,
Kaca diayun sebelum diukur,
Selamat malam para pembaca,
Mari berpantun sebelum tidur..
[19/01, 7:40 pm] Putera Ag🐅💥: Menjadi bubur nasi di cangkir,
     Penat menyental terkena cawan;
Marilah tidur mengungkap takdir,
     Baring sebantal mimpi berlainan.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[19/01, 8:24 pm] Hana🌹Mey Ly: Jalan melawat kesawah padi,
Jumpa serumpun subuh berbalam;
Saya terlewat memasak tadi,
Apa apapun selamat malam.
[19/01, 8:31 pm] Hana🌹Mey Ly: Burung kenari terbang berdua,
Hinggap di pinang berbuah banyak;
Tidur sendiri berbantal dua,
Berbaring tenang terlena nyenyak.
[20/01, 9:26 am] Bie💖Kim: Diasin rata si ikan kelah,
Dibilas bersih air perigi,
Bersyukur kita padaNya Allah,
Kita masih bernafas lagi.

Tanggal teritip dipahat palu,
Batang rumbia penongkat jeti,
Salamku titip diangin lalu,
Buat si dia arjuna hati.❤️
[20/01, 9:30 am] +60 17-896 8227: Datang pergi penjual kelapa,
Hujan lebat dihari senja,
selamat pagi aku menyapa,
Kepada sahabat dimana saja..
[20/01, 9:34 am] +60 17-896 8227: Naik kereta rodanya dua,
Dari selatan menuju utara,
Pagi ku buka dengan doa,
Salam sihat dan sejahtera..
[20/01, 9:35 am] Bie💖Kim: Dapat buruan seekor kera,
Buru di bakau kulit disiat,
Salamnya tuan disambut mesra,
Semoga dikau sihat walafiat.
[20/01, 9:39 am] Bie💖Kim: Bayang terlihat di dalam tandas,
Siapalah dia pantau periksa,
Badan sihat fikiran cerdas,
Nikmat kurnia yang Maha Esa.
[20/01, 9:40 am] Hana🌹Mey Ly: Alhamdulillah syukur pada-Nya
Bernafas lagi di waktu ini

Harum talkum bunga celagi,
Boleh pengubat campak berantai;
Assalamualaikum selamat pagi,
Semua sahabat di Pantun Santai.
[20/01, 9:49 am] Bie💖Kim: Makan siput di kedai cina,
Isi dibuka siput terlantun,
Akanku jemput tuan ke sana,
Di Pantun Seloka kita berpantun.😂😂
[20/01, 9:49 am] Hana🌹Mey Ly: Alhamdulillah syukur pada-Nya
Bernafas lagi di waktu ini

Harum talkum bunga celagi,
Boleh pengubat campak berantai;
Assalamualaikum selamat pagi,
Semua sahabat di Pantun Santai.

Sambal pegaga ulamlah duku,
Rasa sekata diulik mayang;
Salamku juga Dewi juitaku,
Bersulam cinta dan kasih sayang.
🤣😂🤣
[20/01, 9:53 am] Bie💖Kim: Bunga melati putih merata,
Bunga dahlia gugur di tanah,
Girangnya hati bersulam cinta,
Semoga bahagia sampai ke jannah.
[20/01, 9:56 am] Hana🌹Mey Ly: Pohon celagi merimbun lebat,
Putik putiknya bersusun seni;
Selamat pagi juga sahabat,
Syukur rahmat-Nya di pagi ini.
[20/01, 10:01 am] Hana🌹Mey Ly: Merangkak pijat didinding gua,
Datang kera tangkap melumat;
Doa kupanjat buat semua,
Sehat sejahtera beroleh rahmat.
[22/01, 12:55 pm] Hana🌹Mey Ly: Baik baik menanpi padi,
Jangan selerak beras terabur;
Hendak berbaik bala menjadi,
Budi ditolak cinta berkubur.
[22/01, 12:55 pm] Hana🌹Mey Ly: Merebus tarap menjadi bubur,
Buat makanan anjing sekarat;
Usah di harap cinta yang kabur,
Hanya permainan buaya darat.
[22/01, 12:55 pm] Hana🌹Mey Ly: Menebas larat belukar subur,
Hanya jempayang bekas kelinci;
Cinta ibarat telah berkubur,
Kasih dan sayang bertukar benci.
[22/01, 1:05 pm] Hana🌹Mey Ly: Tidak berduri sipohon cermai,
Dijeruk sulfat jangan yang sulfur;
Bermegah diri pujaan ramai,
Jangan kurafat jalinan kufur.
[22/01, 3:16 pm] Jekius L: Anak itek matanya buta,
   Dibagi dedak segenggam beras,
Hendak berbaik bala menimpa,
   Budi ditolak cinta tak ikhlas
[22/01, 3:16 pm] Jekius L: Kuku kuda sangatlah lebar,
   Tangkas dan laju bila berlari,
Kalau cinta ibarat terkubur,
   Tinggalkan pergi cari pengganti🙏
[22/01, 3:16 pm] Jekius L: Buah rambai boleh dirasa,
   Buah kelat jangan sekali,
Buaya sungai jangan dibela,
   Buaya darat jangan dekati 🙏🤣
[22/01, 3:59 pm] Hana🌹Mey Ly: Bendi belendir bila dikerat,
Ulamkan dalca didalam gelas;
Cinta yang hadir tanpa bersyarat,
Manakah punca tiada iklas?
[22/01, 4:03 pm] Hana🌹Mey Ly: Luruh bertabur bunga melati,
Pokoknya rendah dibuat sidaian;
Cinta berkubur cinta sejati,
Tidak semudah tukar pakaian.
[22/01, 4:07 pm] Hana🌹Mey Ly: Basah disangai batanglah cengal,
Harus di kerat membuang pati;
Buaya sungai senang di kenal,
Buaya darat sukar memasti.
😂🤣😂
[23/01, 8:48 am] Putera Ag🐅💥: Siulan jengkrik  atas balkoni,
     Suasana aman kian dingin;
lebih baik saat  kini
     banding dengan hari kemarin.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️ morning all
[23/01, 10:12 am] Hana🌹Mey Ly: Kapak sebilah belah kayunya,
Sebatang dahan pokok rambutan;
Alhamdulillah syukur adanya,
Rahmat Tuhan beri kesihatan.

Hana🌹
[24/01, 8:44 am] Putera Ag🐅💥: Mendayung sampan hujan gerimis,
     Sambil menjerit sampai di danau;
Pagi sarapan kopi manis,
     Terasa pahit tanpa engkau.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[24/01, 9:03 am] Hana🌹Mey Ly: _Memakai topi dedaun jenis,_
      _Daun senduduk disulam rata;_
_Semoga kopi terasa manis,_
    _Sudahku duduk di depan mata._

Hana🌹
[24/01, 9:19 am] +60 11-6922 5586: Burung kelicap tepian perigi
  Pokok peria dililt semalu
Salam diucap selamat pagi
  Semoga ceria sihat selalu


Pantun nukilan:
Ann🙏🏽

Don't copy!
[24/01, 9:30 am] Hana🌹Mey Ly: _Bunga telang berkembang lagi,_
    _Kembangnya lama dari kesuma;_
_Salam bersulang selamat pagi,_
   _Ceria bersama riang bersama._

_Hana🌹_
[24/01, 9:44 am] +60 11-6922 5586: Terbang rerama dipohon kurma
   Jatuh di kawah terbang kebarat
Ceria bersama riang bersama
  Semoga ukwah terjalin erat

Pantun nukilan
Ann🙏🏽

Don't copy!
[26/01, 8:51 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️santai

Intan permata sorok di peti,
     Bersama tasbih bersalut suasa;
Mencari cinta di ralung hati,
     Mungkin masih yang tersisa.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️morning all
[28/01, 9:23 am] Mohd Chalet: Banyak pinang antara pinang
Pinang sirih dikacip sudah 
Banyak kenang antara kenang
Kenang kasih mengubat gundah
[29/01, 7:27 pm] Putera Ag🐅💥: Tersalah kain hendak di rendam,
     Bersama labuci penuh berdaki;
Orang Lain akan faham,
     Cinta suci tanpa memiliki.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️🥰
[29/01, 9:00 pm] +60 11-6922 5586: Dihias labuci pakaian turki,
   Disulam warna jadikan pamiran.
Cinta suci tanpa memiliki,
   Semua kerana ketentuan tuhan.

Nukilan:Ann💐
[31/01, 9:20 am] Jekius L: Hermit topi pakai memandu,
   Hanya guna dijalanraya,
Selamat pagi dihari rabu,
   Apa khabar orang disana.

Buah kiwi buah  manggis,
   Mari kupas buat pewarna,
Semoga kopi terasa manis,
   Lagi manis minum bersama🙏🤣
[31/01, 12:30 pm] Mohd Chalet: Batang pauh dari Marudu
Buah lebat banyak yang gugur
Dari jauh asyik merindu
Sudah dekat malu nak tegur
[31/01, 12:41 pm] +60 11-6922 5586: Buluh perindu dubawa kehulu,
   Batu bersurat jadi peringatan.
Asyik merindu tetapi malu,
   Alamat hasrat tidak kesampaian.
[03/02, 8:29 am] Hana🌹Mey Ly: Dahan celagi tenggek tempua,
Bertumpang paku melekat mapan;
Selamat pagi sahabat semua,
Di sini aku baru sarapan.

Burung hereng nampak kebulur,
Sudahpun lama tiada tumbal;
Bihun goreng sosej dan telur,
Makan bersama lada sambal.

Hana 🌹
[03/02, 8:40 am] Bie💖Kim: Pohon dedalu daunnya lebar, 
Angin menerjah layang ke awan, 
Rasa malu jantung berdebar, 
Memandang wajah sungguh rupawan.
[03/02, 11:04 am] Putera Ag🐅💥: Merimbun lebat pokok sedunduk,
     Renum ciku berbuah besar;
Sudah merapat teringin memeluk,
     Tangan kaku hati berdebar.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[03/02, 12:31 pm] Bie💖Kim: Gadis siam memetik paku, 
Baju basah bagai disiram, 
Didalam diam berdiri kaku,
Jiwa gelisah tidak tenteram.
[04/02, 12:55 pm] Mohd Chalet: Anak merpati terbang perlahan,
   hinggap di peran tepian huma;
bergetar hati dihari pernikahan,
  terlihat kehadiran kekasih lama.
[05/02, 7:08 am] Putera Ag🐅💥: Bermain dadu sebelah malam,
     Atas jeti empat sekawan;
Biar rindu terus mencengkam,
     pujuk hati pesrah suratan.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️morning all my beloved friends.
[05/02, 9:10 am] Bie💖Kim: Tewas saldadu dada tertikam, 
Gendang dipalu tanda amarah
Andai rindu terus mencengkam,
Akan selalu jiwa gelisah.

Kim
[05/02, 10:40 am] Hana🌹Mey Ly: Taburlah sekam parutan bonglai,
Letak nyirunya beralas papan;
Rindu mencengkam ragapun longlai,
Hanya pada-Nya sandar harapan.

Hana🌹
[05/02, 10:43 am] Hana🌹Mey Ly: Berbintil mutia menguak kerang,
Sentiasa sedia dibawa kelana;
Aku yang setia dianya curang,
Dia bahagia saya merana.🤣

Hana🌹
[10/02, 9:39 am] Putera Ag🐅💥: 🔥💫💥🐍🐍🐍

Hujan turun barai barai
     Sekawan ambuk makan dadih
Mari berpantun ramai ramai
     Walau sesibuk jangan bersedih

 Berbunga sukun tepian angsana, 
     Tumbuh merapat pinggir kota;
selamat tahun baru cina,
     Kunjung mengerat siraturrahim kita.


🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[10/02, 9:59 am] Hana🌹Mey Ly: Waktu petang mengail haruan,
Umpan di lantun jangan berbual;
Saya dah datang sahut seruan,
Membeli pantun juga di jual.

Makan bihun sirap rebina,
Minum duluan tekaknya lemah;
Selamat tahun baru Cina,
Tuan puan jemputlah kerumah.

Hana🌹
[11/02, 8:22 am] Putera Ag🐅💥: Permata cincin di jari ibu,
     Berukir naga taktha mahkota;
Rindu semakin mencangkam kalbu,
     Pintu syurga menanti cinta.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[13/02, 9:35 pm] Mohd Chalet: Jika keruk buah kelapa
Pegang elok setiap masa
Biar buruk dilihat rupa
Jangan buruk budi bahasa
[13/02, 9:43 pm] +60 11-6922 5586: Daun salam buah mempelam
  Makan malam sambil bersalam
Berjabat salam diawal malam
   Kuberi salam selamat malam

Ikan karuk ikan turongou 
Sudah kegeruk masih kerongou


😆😆😆pantun serabut
Dri ann ranau🙏
[13/02, 9:53 pm] Mohd Chalet: Banyak tabuan membuat sarang
Elok waspada kala menimba
Buruk tuan matanya orang
Tidak pada matanya hamba
[13/02, 10:19 pm] Jauti Marasin PS: Ambil mempelam di tengah malam 
Besuk pagi di buat ulam 
Saya bilang selamat.malam.
Dari jauh ku kirim salam.

Mantad dogo hati semenanjung ampang
[13/02, 11:41 pm] Tony Ps: *_✨ from Tonny k✨_*
_Berlumba-lumba pergi ke kebun,_
_Terpijak duri dawai bertegar;_
_Lama hamba tidak berpantun,_
_Datang kemari bertanya khabar._

_Anak kembar jalan berdua,_
_Berbaju batik pergi menjarat;_
_Apa khabar sahabat semua,_
_Semoga baik sihat walafiat._
[14/02, 12:19 am] Jauti Marasin PS: Anak kembar pergi sekolah.
Jalan berdua berpegang tangan.
Kami di sini sehat sejahtera.
Tapi hati selalu kangan.
[18/02, 7:35 pm] Hana🌹Mey Ly: Hari tu anak rancangan anak sulung sya p tawau tapi diorang yg lain tidak mau, mau juga p paragliding pula di ranau
😖😖😖 Ndk la sya merasa injak tanah Tawau ni
[18/02, 7:49 pm] Hana🌹Mey Ly: Subur serata dedaun picai;
Ku buka kata gong xi fa cai.

Melur sebatang di kerat kerat,
Semai sepohon tata berseni;
Selamat datang hadirin hadirat,
Dimajlis tahun baru cina ini.

Na ini ja sya mampu buat, sya tidak pandai pantun creatif dan sya juga tidak pandai ucapan mcm mana tu majlis taun baru
[18/02, 8:15 pm] Hana🌹Mey Ly: Sabut berungguh dipangkal kuini,
Rapuh bersemu dikuis jangan;
Letihnya sungguh di hari ini,
Sambut tetamu takcukup tangan.
[18/02, 8:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Tupai melalak nampak pepaya;
Terserlah terang ranum sekali;
Cina ciplak sakan beraya,
Mengalah orang cina yang asli.
🤣🤣🤣
[19/02, 8:07 pm] Mohd Chalet: Dilitup kabut akan buana 
Terasa dingin zahir nubari 
Memang lembut bertiup pawana
Tak mungkin meranti tumbang sendiri
[19/02, 9:21 pm] Hana🌹Mey Ly: Hujan menanti bayu berpuput,
Awan berlagak mendungnya dingin;
Selagi meranti belumlah reput,
Tetaplah tegak dikencang angin.
[19/02, 9:41 pm] Mohd Chalet: Buah mempelam buah semangka
Pangkal dibalut ikatan sabut 
Pabila alam membisik murka 
Pawana lembut menjadi ribut
[20/02, 5:24 am] Hana🌹Mey Ly: Silat mentedak junjung ke muka,
Kaki bersila atas jeriji;
manakan tidak alam tak murka,
adat susila dilanggar keji.
[20/02, 5:41 am] Hana🌹Mey Ly: Silat mentedak junjung ke muka,
rodat ruadat sesembah lamar;
manakan tidak alam tak murka,
Pengkeji adat buana tercemar.
[20/02, 4:00 pm] Hana🌹Mey Ly: Silat mentedak junjung ke muka,
rodat ruadat tok laksamana;
manakan tidak alam tak murka,
Pengkeji adat cemar buana.
[20/02, 6:46 pm] Mohd Chalet: Pohon kenanga tumbuhnya rimbun
Bikin terpaut indah buana 
Hembus pawana bersama embun
Raga nan kusut jadi pesona
[21/02, 8:09 pm] Hana🌹Mey Ly: Berbalam balam di gunung alab,
Merimbun labu berbuah lebat;
Selamat malam salamku jawab,
Salammu ibu salam tuk sahabat.
[23/02, 6:03 pm] Hana🌹Mey Ly: Gulai dibubuh daun salam,
Elak yang rosak harus teliti;
Senja berlabuh menjelang malam,
Selesai masak hidangan nanti.
[23/02, 6:03 pm] Hana🌹Mey Ly: Duduk semeja mengoder makan,
menunggu datang sikawan karib;
Salam senja saya ucapkan,
Sudah petang menjelang maghrib.
[23/02, 6:25 pm] Hana🌹Mey Ly: Kait sebatang dahan melati,
Rias ketangga tatakan tertib;
Selamat petang sehabat hati,
Tak lupa juga salam maghrib.
[24/02, 8:13 am] Putera Ag🐅💥: 🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️

Jalan beralun menuju perigi,
     Jelas terlihat tepian rumah;
Ucapan santun selamat pagi,
    siraturrahim erat sampai jannah.

🥰🥰🥰
[24/02, 8:25 am] Bie💖Kim: Kalung mutiara cincin berlian, 
Dari mulia sangat berharga, 
Salam sejahtera teman sekalian,
Semoga berbahagia bersama keluarga.

Sekawan tekukur di atas dahan, 
Di pinggir gua sedang berihat, 
Puji syukur kepada Tuhan,
Kita semua sihat walafiat.

Kim
[24/02, 8:51 am] Hana🌹Mey Ly: Tersadai melur di atas papan,
segarlah lagi sekuntum dua;
salam dihulur santun ucapan,
selamat pagi sahabat semua.

Pedati kuda tampak selesa,
ditata rias cantik berseni;
bersyukur pada yang maha Esa,
masih bernafas di hari ini.
[07/03, 7:23 pm] Hana🌹Mey Ly: Membeli batang bahannya rendang,
sebotol kicap campur kedalam;
baru sekarang daku bertandang,
saja nak ucap selamat malam,


Mencampur ragi tepungnya kentang,
biskutlah kering rangup dikemam;
darilah pagi hingga kepetang,
duduk baring diriku demam.
[12/03, 7:14 am] Hana🌹Mey Ly: Tepi perigi bercabang dua,
pokoklah pandan bergantung suasa;
selamat pagi sahabat semua,
salam Ramadhan dan berpuasa.
[12/04, 7:26 pm] Mohd Chalet: Aidilfitri

Matahari terbit ceria
Tambah seri hilir dan hulu
Aidilfitri hari bahagia
Bukan hari bersedih pilu
[15/04, 9:11 am] Putera Ag🐅💥: Membaca buku alkisah bunian,
     Jauh malam sepi di laman;
Doa ku semua kalian,
     Afiat dalam lindungan tuhan.

🗣️ilobu
[15/04, 10:05 am] Hana🌹Mey Ly: Kolam sebelah rumpun selasih,
     Ikan haruan di kolam dua;
Alhamdulillah terima kasih,
     Doa mu tuan untuk semua.

Hana🌹
[26/04, 5:25 pm] Mohd Chalet: Tajam sumba menusuk sukma 
Tentulah kidum sekadar angan
Andai laba hasrat utama 
Tentulah hukum jadi dagangan
[27/04, 6:43 am] Putera Ag🐅💥: Pokok celagi tumbuh berbatu,
     Bersarang pipit atas dahan;
Selamat pagi dihari sabtu,
   Kopi pahit buat santapan.☕🫖🥧


🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[27/04, 7:34 am] Hana🌹Mey Ly: Tanam jerangau dekat dekatkan,
dekatkan lagi tepi perigi;
dari Keningau juga ucapkan,
salam di pagi selamat pagi.

Hana🌹
[27/04, 7:50 am] Hana🌹Mey Ly: Menanam peria tepi perigi,
bakar dahulu semak bertimbun;
senyum ceria di awal pagi,
sarapan dulu sebelum kekebun.

Hana🌹
[28/04, 10:11 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️


Pergi perigi sambil berlagu ,
     tandu sekampit buah pulasan;
Selamat pagi dihari minggu,
      Kopi pahit buat santapan.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[28/04, 11:30 am] Hana🌹Mey Ly: Rumput serabut lungkut terigu,
Batang rerambat suburlah lagi;
Salamku sambut dihujung minggu,
Biarpun lambat selamat pagi.

Hana🌹
[03/05, 8:23 am] Putera Ag🐅💥: Berkhayal di jeti ajak berkelana,
    Menjinjing bakul  penuh pulasan;
Bertahun menanti entah kemana,
     bidadari muncul dari kayangan.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[03/05, 9:34 am] Hana🌹Mey Ly: Keropok lekor kuahkan kari,
Kuah diminta hulurkan tangan;
Hamba seekor anak bidadari,
Gadis jelita dari kayangan.

🤣🤣🤣
[03/05, 10:15 am] Caroline Lombiting Bb: Keropok lekor kuahkan kari,
Kuah diminta hulurkan tangan;
Hamba seekor anak bidadari,
Gadis jelita dari kayangan.

🤣🤣🤣

From gurangak🗣️

Air sebaldi harganya mahal,
 Ambil di kota atas pergunungan;
Jikalau sudi bolehkah kenal,
 Gadis jelita asal kayangan?
[03/05, 10:22 am] Hana🌹Mey Ly: Jalan berliku di tanah rata,
Tanahlah gurun banyak beranjau;
Apiz namaku baru di cipta,
Setelah turun dibumi hijau.
[03/05, 10:45 am] Caroline Lombiting Bb: Jalan berliku di tanah rata,
Tanahlah gurun banyak beranjau;
Apiz namaku baru di cipta,
Setelah turun dibumi hijau.,


From gurangak 🗣️

Tasik keruh airnya tenang,
Ada teratai banyak beribu;
Pantas sungguh Pantun dikarang,
Dibalas santai ayatnya padu.
[05/05, 2:55 pm] Putera Ag🐅💥: 🗣️.Menuai serai di hari rabu,
Sampai banir menyusur parit; 
     Sungguhlah tersadai rasa seribu,
Kopi secangkir terasa pahit.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[05/05, 3:16 pm] Putera Ag🐅💥: 🗣️...
menganyam manik  atas bahtera,
     ukir berliku sampai kepala;
Jeritan jengkrik penaman setia,
     Rindu membeku kepada siapa.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[05/05, 4:09 pm] Hana🌹Mey Ly: Menangguk di kuala hendak tenggiri,
Telur di reban dicuri jiran;
Sekali sekala berhibur diri,
Usah dibeban rasa dan pikiran.
[05/05, 4:13 pm] Hana🌹Mey Ly: Rendang cemars di jalan seliku,
Depan seberang pula pedada;
Rindu melara pedih membeku,
Rindukan orang yang telah tiada.
[06/05, 8:43 am] Putera Ag🐅💥: 🗣️ _pantun santai_

Penuh seraga berisi halia,
     Bunga kantan wangi aroma;
Harta  berharga kepada manusia,
     Kesihatan badan  paling utama.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[07/05, 5:10 am] Henry Ps: Malam yang indah tiada ertinya
Jiwa ku resah mengenang dikau
Angin yang berlalu menyentuh hatiku
Bagai terdengar suara kasih mu
[07/05, 11:46 pm] Wahidahahmad4220: Pergi beraya ke rumah kawan,
tangan berjabat terasa malu;
doa saya buatmu tuan,
semoga sihat ceria selalu.
[07/05, 11:50 pm] Wahidahahmad4220: Berkain jarang anak pak uda,
jalan terjengkit memegang sari;
rindu orang sudah tiada,
memanglah sakit tidak terperi.
[10/05, 8:47 pm] Putera Ag🐅💥: Gosok gigi ketika mandi,
     Waktu malam tergigit pen;
Jangan lagi kesana kesini,
     Duduk tenteram sampai pencen😅

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[10/05, 8:55 pm] SOLOMIN JAMIRIN: Lahad datu pergi sandakan,
  Waktu petang bersama rakan,
Mimang bagitu tetap diharapkan,
  Henpon hang tidak dielakkan.
[12/05, 11:40 am] Mohd Chalet: Cahaya mentari tidakkan padam
Cerah menawan sejak bahari 
Cinta nan murni usah dipendam
Kelak beragan memakan diri
[12/05, 8:30 pm] +60 14-910 3651: Buah kuini tumbuh disebrang,
   Ufuk mentari serna menghilang,
Kesana kesini bukan sembarang
  Kerna mencari sesuatu yang hilang..

 Pantun Nukilan:ann ranau2024..
✴️✴️🌹🌹

Assalamualaikum n slmt mlm...maaf bru terbeli pntun nya..🤭😅
[13/05, 6:32 am] Putera Ag🐅💥: 🗣️🅿️ℹ️

Keluar niaga menuju gerai,
     Membawa ragi kuih raya;
Assalamualikum  warga pantun santai,
     Selamat pagi sehat semuanya.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[13/05, 7:08 am] Hana🌹Mey Ly: Suburnya salam ladang sebelah,
Subur setelah tumbang bulian;
Waalaikumussalam warahmatullah,
Sejahteralah kita sekelian.
[13/05, 7:24 am] Hana🌹Mey Ly: Bunga selasih penghias sajian,
Cantik paduan bunga melati;
Terima kasih atas pujian,
Tuan dan puan yang di hormati.
[13/05, 8:15 am] Wahidahahmad4220: Tumbuh mempelam bersama ceri,
akarnya tohor tidak berbaja ,
waalaikumsalam jawapan diberi,
kami dijohor sihat sahaja.
[13/05, 8:16 am] SOLOMIN JAMIRIN: Didalam kolam ikan keli,
  Burung tekukur dirumput semalu,
Walaikum salam juga kembali,
  Alhamdulillah syukur sihat selalu.
[13/05, 9:25 am] Hana🌹Mey Ly: Pohon calagi tempatlah kera,
Pohon bulian tempat merpati;
Selamat pagi damai sejahtera,
Pada sekelian sahabat hati.
[13/05, 9:52 am] Hana🌹Mey Ly: Pohon calagi tempatlah kera,
Pokok bulian tempat merpati;
Selamat pagi damai sejahtera,
Pada sekelian sahabat hati.
[13/05, 10:02 am] Hana🌹Mey Ly: Buah meranti padat berunggu,
Merkah serata tiada bersemu;
Engkau menanti aku menunggu,
Luahan cinta rasa hatimu,
[13/05, 10:07 am] Hana🌹Mey Ly: Cantik jelita bunga di tangan,
Turuni tangga sikit tertawa;
Walaupun cinta banyak rintangan,
Ku juang hingga kehujung nyawa.
[13/05, 10:12 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️

Bunyi riuh bawah jeti,
     Ada nahas sampai karam;
Campakan jauh rindu di hati,
     Wasap melepas segala terpendam.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[13/05, 10:26 am] Hana🌹Mey Ly: Tersedak asap jaga beradu,
Kamar tempati terbakar lalang;
Sudahku wasap melepas rindu,
Rindu di hati tak kurang hilang.
[13/05, 11:14 am] Bie💖Kim: Duduk berangan gadis serani, 
Di atas jeti memandang laut 
Kadang segan berpantun di sini,
Takut nanti tidak disahut.

Kim..
[13/05, 11:35 am] Hana🌹Mey Ly: Mengasah pisau pengukir seni,
Papan cendana dilekap pedada;
Usahlah risau berpantun sini,
Ann dan Hana kan juga ada.
[13/05, 11:36 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️

Mencari lokan tepian laut,
     Penuh marata dalam bekas;
Usah segan tidak di sahut
     Lagi menderita cinta tak berbalas.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️😅
[13/05, 11:42 am] Bie💖Kim: Layu selasih terik mentari, 
Terbang keluang dihalau petani, 
Terima kasih ungkapan diberi,
Kelak luang bertandang di sini.

Kim..
[13/05, 11:42 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️

Turun pekan mengayuh sampan,
     Mencari gerai si kembar lima;
Anda sopan kami segan,
     Pantun santai milik bersama.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️🥰
[13/05, 11:46 am] Bie💖Kim: Ranapnya kota diterpa badai, 
Rakyat jelata ramai terluka, 
Tidaklah derita cinta diabai,
Kerana cinta semu belaka.

Kim..
[13/05, 11:50 am] Hana🌹Mey Ly: Memetik petai tepian huma,
Borong kepekan orang meminta;
Pantun santai milik bersama,
Mari ceriakan ragam cerita.
[13/05, 11:51 am] Bie💖Kim: Berebut ungka bermain timba, 
Timba terbelah dihempap batu, 
Pantun seloka miliknya hamba,
Sudi sudilah berkarya di situ.

Kim..
[13/05, 12:00 pm] Bie💖Kim: Pohon dedalu meredup kuini, 
Daunan lebat halang pandangan, 
Hamba dulu ceria di sini, 
Pemantunnya hebat tiada tandingan.

Kim...
[13/05, 12:04 pm] Hana🌹Mey Ly: Tidak sekata padi di huma,
Masak sesuku hanya yg lebat;
Samalah kita pemantun lama,
Namun diriku tidaklah hebat.
[13/05, 12:06 pm] Bie💖Kim: Ayam kari enak disantap, 
Mee laksa limau purut, 
Ditenga hari masa bersantap,
Luangkan masa isilah perut.

Kim..
[13/05, 12:11 pm] Bie💖Kim: Ikan haruan dimasak kari, 
Lembut isi cicah kicap, 
Janganlah puan merendah diri,
Pantun puisi semuanya mantap.

Kim..
[13/05, 12:12 pm] Hana🌹Mey Ly: Segar selesa embun sejukkan,
Awal pagi mengutip nenas,
Panas terasa selepas makan,
Ditambah lagi cuaca panas.

Hana🌹
[13/05, 12:13 pm] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️

Pohon kuini buah berisi,
     Penuh berduri merata gaharu;
Pemantun di sini pergi mengunsi,
     Hijrah mencari jodoh baru.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[13/05, 12:33 pm] Hana🌹Mey Ly: Tersenggol siku pesilat judoh,
Sampai kedini bengkak menjadi;
Hanya aku belum berjodoh,
Kekal di sini tiada yang sudi.
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
[13/05, 2:50 pm] Hana🌹Mey Ly: Kelopak kudup bunga melati,
Kudup seperti putik rumbia;
Biarlah hidup janda kemati,
Asalkan hati rasa bahagia.🤣

Hana🌹
[13/05, 3:11 pm] Hana🌹Mey Ly: Bergelak sakan atas beranda,
Lihat memerang mengunyah tali;
Janda bukan sembarang janda,
Ubanku perang warnanya asli.
[13/05, 3:29 pm] +60 14-910 3651: Pacu beroda kepulau ria,
   Bukit bendera tempat plancongan,
Biar janda janji bahgia,
   Hati gembira tanpa kongkongan..
[13/05, 3:34 pm] +60 14-910 3651: Pulau kertih sungai marang,
Orang belanda pergi asia,
Uban putih uban perang,
  Semua petanda keramat usia.
[13/05, 5:00 pm] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️

baju bikini bercorak rerama,
    Tradisi pakaian menawan hati;
Walau kini tidak bersama,
     Sampai beruban rela di nanti.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️ _selamat petang_
[13/05, 5:22 pm] Hana🌹Mey Ly: Menunggang kuda sampai ke laban,
Membawa mutia di dalam peti;
Darilah muda sampai beruban,
Menanti setia sampai ke mati.

*_Selamat petang juga_*
Hana🌹
[13/05, 5:29 pm] Bie💖Kim: Ikan kaloi dilumur halia, 
Letak di peti dihinggap lebah, 
Adakah berbaloi menanti setia,
Sedangkan hati telah
 berubah..

Kim..
[13/05, 5:34 pm] Bie💖Kim: Hasil tani jual di tamu, 
Wajah ceria laku semuanya, 
Sungguh murni cinta kasihmu,
Patuh setia pada dirinya😂

Kim..
[13/05, 5:41 pm] Hana🌹Mey Ly: Padat pokoknya di bukit lembah,
Hutannya mampan padat pandangan;
Biar hatinya telah berubah,
Cintaku simpan buat kenangan.

Hana 🌹
[13/05, 5:49 pm] Hana🌹Mey Ly: Jumpa selasih di pinggir desa,
Raga sedia sudah mengira;
Kerana kasih kuturut rasa,
Dia bahagia aku gembira.
🤣🤣🤣
[14/05, 10:23 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️...

Sakit gigi tergigit labu,
     Pedas budu di buat inti;
Selamat pagi hari rabu,
     Hati rindu di bawa mati.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[14/05, 10:56 am] Hana🌹Mey Ly: Dahan celagi dirumpai labu,
Pohonnya randu tepian kali;
Selamat pagi di hari rabu,
Orang di rindu tidak peduli.
[15/05, 12:35 pm] Bie💖Kim: Hasil petani jual di tamu, 
Melimpah ruah rezeki berlipat, 
Sungguh murni cinta hatimu,
Amat bertuah siapa yang dapat.

Kim..
[15/05, 12:35 pm] Bie💖Kim: Tertambat rusa tepi telaga, 
Sekarang masih hampirlah mati, 
Usah menyeksa jiwa dan raga,
Menanti kasih yang tidak pasti.

Kim..
[15/05, 1:51 pm] Hana🌹Mey Ly: Terbaring kaku di atas bantal,
Membaca menu hidangan dingin;
Walau cintaku semurni krystal,
Tetap c anu tidak teringin.

🤣🤣🤣🤣
[15/05, 1:54 pm] Hana🌹Mey Ly: Bunga kekwa berulur pandan,
Pokok meranti dihujung titi;
Selagi nyawa dikandung badan,
Tetapku nanti sehingga pasti.
[15/05, 2:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Alang alang menyeluk pekasam,
Biar sampai kepangkal lengan;
Biar tulang melenguh asam,
Rajuk kucapai dikau kebingungan.
🤣🤣🤣🤣
[16/05, 7:26 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️

Kibar bandera Tepian laman,
     Terasa galau sambil berlari;
Menjamu selera dilanda kerinduan,
     Temankan walau hujung jari.📲

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[16/05, 7:54 am] Hana🌹Mey Ly: Mencarik kenari rerumput maman,
Hendak disimpan sarang yang rapi;
Hamba kemari ingin berteman,
Waktu sarapan di pagi sepi.
*Hana🌹*
[16/05, 8:15 am] +60 14-910 3651: Membeli kudapan memukul talu,
    Lalu ketaman berbekal takoyaki,
Waktu sarapan sudah berlalu,
   Jom berteman menjemput rezeki.

ann🌺

Asaalamualaikum slmt pgi smua..
[17/05, 3:06 pm] Hana🌹Mey Ly: _*✨from Tonny k✨*_
_Kesian kuda menarik pedati,_
_Penat berlari di pinggir pantai;_
_Belum ada menatap di hati,_
_Masih ku mencari masih ku intai._

Lentik bulunya berseri mata,
Duduk bersandar pohon kelapa;
Ingin rasanya beradu cinta,
Namun kusedar tak punya apa.
*Hana🌹*

Perigi timba hilang di paya, 
Penat mencari tertutup selasih, 
Kalaulah hamba belum berpunya,
Tawarkan diri jadi kekasih. 🤣🤣
*Kim..*

Kudup semalu kudup melati,
Setelah senja nampak layunya;
Sedih dan pilu bersekam hati,
Orang kupuja sudah berpunya.🤣🤣
*Hana🌹*
[17/05, 3:15 pm] Hana🌹Mey Ly: Gadis kanada pergi eropa
 Lagu logika sebagai pengiring
Apakah kanda lupa dinda siapa,
Satu ketika makan sepiring.
*Ann..*

Penat berbaring mulut menguap, 
Di tebing kali beralas palma, 
Makan sepiring bersuap suap,
Indah sekali masa bersama.
*Kim...*

Tinggilah jering tepian huma,
Seganding pauh pohonnya randu;
Dulu sepiring makan bersama,
Sekarang jauh berteman rindu.
*Hana🌹*

Berisik bayu di daun randu,
Daun melayang lenggok merata, 
Hatiku sayu berteman rindu,
Dia tersayang jauh di mata🥹
*Kim...*

Menegak randu pokok markisa,
Ditarik dahan tidak bergoyang;
Walaupun rindu merejam siksa,
Kan kubertahan buat tersayang.🤣🤣
*Hana🌹*
[17/05, 8:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Pulut direndam di dalam talam, 
Santan kelapa dicampur madu, 
Rindu dendam siang malam,
Pada siapa tempat mengadu. 😩😩
*Kim...*

Atas beranda sulam melati,
Sambil menunggu renda yang ada;
Duhai adinda pujaan hati,
Masihkah ragu pada kekanda.?
*Hana🌹*
[17/05, 8:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Buah pedada buah meranti, 
Dipetik kera makan di ranting, 
Berkata tiada kekasih hati,
Ramai dara dibawa berdating😂
*Kim...*

_*✨from Tonny k✨*_
_Kesian kuda menarik pedati,_
_Penat berlari di pinggir pantai;_
_Belum ada menatap di hati,_
_Masih ku mencari masih ku intai._

**
Unggas berperi dicuaca redup,
Semut terpijak terkial manja, 
Cepatlah cari pasangan hidup,
Usia berganjak tuju ke senja🤣🤣
*Kim...*

_*✨from Tonny k✨*_
_Anak pinak di gigit lipan._
_Terkena gigitan sebelah mata;_
_Usia berganjak semakin tampan,_
_Jadi rebutan ramai wanita._

**
Pakukan papan lapis jambatan,
Lapis sehalah tuju kebatu;
Jejaka tampan jadi rebutan,
Sukarlah pula memilih satu.
*Hana🌹*

**
_*✨from Tonny k✨*_
_Sungguh manis si buah betik,_
_Dalam beladi di makan kuda;_
_Siapa gadis sangat romantik,_
_Dialah jadi pujaan kanda._

**
Menjuluk paku ingin bunganya,
Berkembang cantik menggoda rengit;
Sunggulah aku tiada indahnya,
Hendak memetik bintang di langit.
*Hana🌹*

_*✨from Tonny k✨*_
_Pakai sepatu mendaki bukit,_
_Bersama kakak di waktu sanja;_
_Hanya satu bulan di langit,_
_Mengapa tidak di petik saja.?_

_Dikaki lima memasang tikar,_
_Kerana lantai berlubang-lubang;_
_Kanda umpama bulan bersinar,_
_Ingin dicintai beribu bintang._

**
Berbinar binar kawanan rengit,
Mengejar tupai atas barangan;
Cantik bersinar bintang di langit,
Inginku capai tak sampai  tangan.

Bersinar lampu tepi simpangan,
Banyak mentedak datang terjemput;
Hanyaku mampu berangan angan,
Diripun tidak setinggi rumput.

Pohonlah palma tumbang sebatang,
Hambur buahnya pasir bercampur;
Kanda umpama bulan dan bintang,
Diriku hanya pasir di lumpur.
*Hana🌹*
Sedihnya aku kanda 🥹
🤣🤣🏃🏻‍♀️
[27/05, 5:57 am] Mohd Chalet: Ketupat palas susun bergantung
Potongan tepat ukuran dadu 
Di antara nafas dan juga jantung
Di situ tempat kuanyam rindu
[27/05, 7:57 am] Hana🌹Mey Ly: Bermain dadu buah ketepi,
bercampur aduk dalam sepiring;
anyaman rindu terhampar sepi,
di situ duduk di situ berbaring.
[27/05, 8:07 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️

Bakar dupa waktu malam,
     Sabut kelapa ramuan mandi;
Buat apa rindu di anyam,
     Bawa jumpa rumah tok kadi.

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[27/05, 8:24 am] Hana🌹Mey Ly: Berikan jiran seikat bayam,
Diberi balas sebakul keladi;
Tikar hamparan rindu dianyam,
Buat pengalas duduk tok kadi.🤣
[27/05, 9:29 am] Bie💖Kim: Seasam ceramai si asam jawa, 
Jambu batu dimakan sehat, 
Cinta bersemai di dalam jiwa,
Tiada bersatu tetap memahat... Cinta mati dng c anu🤣🤣
[27/05, 9:31 am] Bie💖Kim: Menyusur titi anak jelutung, 
Mengintai ayam sedang bermadu, 
Di kamar hati seganding jantung,
Cinta dianyam pemeluk rindu.

Bie..
[27/05, 9:31 am] Bie💖Kim: Daging disiat lumurkan madu, 
Biji selasih pengoles jagung, 
Amat liat kesannya rindu,
Hati kekasih disulam bingung🤣

BieKim..
[27/05, 9:31 am] Bie💖Kim: Nona resah sering mengeluh, 
Digoda sami tika di gerai, 
Kasih terpisah hati nan teguh,
Cinta bersemi tiada lerai.

Bie..
[27/05, 9:37 am] Bie💖Kim: Hinggap rerama dikudup tepi, 
Hampir tewas diusik ungka, 
Putar irama dikala sepi,
Agar lawas segala duka.

Bie@Kim
[27/05, 10:12 am] Hana🌹Mey Ly: Lempar batu terkena pohon,
Pohonnya lembab lekat di paku;
Si anu itu limited edition,
Itulah sebab hanya untukku.
🤣🤣🤣
[27/05, 10:17 am] Hana🌹Mey Ly: Katak berudu memakan budu,
Tercekik langgar akar benalu;
Irama syahdu teruja rindu,
Makin di dengar semakin pilu.
[27/05, 10:45 am] Hana🌹Mey Ly: Di hujung teluk petik selasih,
Pokok terendam di hujan lebat;
Walau dipeluk raga kekasih,
Rindu terdendam payah terubat.
[27/05, 10:45 am] Hana🌹Mey Ly: Pohon cendana batangnya rapuh,
Menghempap doyan di tengah taman;
Bingung kerana cinta yang ampuh,
Boleh meroyan melurut iman.
[27/05, 2:56 pm] Hana🌹Mey Ly: Cantik coraknya hiasan tandu,
Daun meranti sulaman benang;
Mengapa hanya sekadar rindu,
Orang menanti bila dipinang.
[27/05, 2:56 pm] Hana🌹Mey Ly: Masak barangan tupai meminta,
Buah pepaya dijaga kuda;
Hilang pandangan di depan mata,
Di balik maya daku berada.
[02/06, 12:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Mawar paduan merah merekah,
Tepian tasik banyak berungguh;
Jikalau tuan ingin menikah,
Mengapa risik ditangguh tangguh.
[02/06, 12:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Jikalau kanda bermabuk tuak
Jangan sampai dinda kan muak
Jikalau cinta kanda meruak
Pastinya cinta dinda tak luak

🤣🤣🤣🤣
[02/06, 12:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Anak wutun memakan zaitun,
Jelous memerang mengadu raja;
Bukan pantun semantap pantun,
Pantuk kukarang dhantam saja.
[02/06, 12:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Dahanlah pauh merimbun rata,
Bermain nakal kera menggoyang;
Walau menjauh tiada bercinta,
Dihatiku kekal tetap menyayang.
[02/06, 12:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Buah nenas letak di batang,
Buatlah jajan burung kenari;
Kusangka panas hingga kepetang
Rumpanya hujan di tengahari
[02/06, 12:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Bermain dadu duduk selesa,
Bersama tamu satu sedesa;
Menjilat madu manis terasa,
Sayang dihatimu cuma merasa.
[02/06, 12:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Buah belunu di atas meja,
Payau rasanya masak sesuku;
Walaupun c anu kupuja puja,
Tetap cintanya bukan untukku.
[02/06, 3:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Pokok randu tajam duannya,
Lanjung serata tepian kali;
Duduk merindu tiada sudahnya,
Orang dicinta tidak peduli.
[03/06, 8:24 am] Hana🌹Mey Ly: Tumbuh selasih tepian paya,
Dipetik lagi laukan makan;
Kuintai kasih di balik maya,
Selamat pagi saya ucapkan.

Hana🌹
[03/06, 4:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Hujung jambatan meliar paku,
Yang tua luruh jatuh kebawah;
Salam kaamatan juga dariku,
Buat seluruh warga pesawah.
[04/06, 7:34 am] Hana🌹Mey Ly: Buluh diukur matang dicari,
Dibuat cangkir ukir persegi;
Ucapan syukur pemula hari,
Senyum terukir selamat pagi.
[04/06, 9:20 am] Hana🌹Mey Ly: Ikan dipukat dapat sebalang,
Berlum peria dimuat sama;
Bermuafakat hidup cemerlang,
Gembira ceria raih bersama.
[05/06, 8:23 pm] Hana🌹Mey Ly: Tepian kolam terpacak tiang,
Berumput randu tinggi sekaki;
Bagaikan malam mengejar siang,
Orang dirindu tak termiliki.
[05/06, 9:59 pm] Hana🌹Mey Ly: Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang lepas jangan dikenang
Sudah jadi orang lain
[05/06, 9:59 pm] Hana🌹Mey Ly: Kerbau terkapar sakit disengat,
Dalam perigi waktu bersenang;
Sedang selipar putus kuingat,
Inikan lagi si anu kukenang.
[06/06, 7:08 am] Hana🌹Mey Ly: kalau tupai candu berayun
akankah nanti ranting bercabang
kalau sampai rindu bertahun
apalah erti seling menyanyang
[06/06, 7:08 am] Hana🌹Mey Ly: mekar mewangi bunga melati
ditanam orang ditepi sawah
selamat malam pujaan hati
moga di ulit mimpi yang indah
[06/06, 7:08 am] Hana🌹Mey Ly: bila cinta telah berlabuh
kasih dan sayang jadi sandaran
tak kan kasih pergi menjauh
bila kesetiaan jadi pegangan
[06/06, 7:08 am] Hana🌹Mey Ly: terkikis putih seolah merah
menata asa membelah khayalan
tangis perih menetapi kisah
cinta terasa hanyalah diangan
[06/06, 7:08 am] Hana🌹Mey Ly: kadang dibayang bias dipagi
cahaya redup jendela sewa
sedang disayang jelas membagi
cinta ditutup karana keciwa

Gurau bei
[06/06, 7:08 am] Hana🌹Mey Ly: pohon bidara juga miranti
bersarang merbuk didahan padi
tutur bicara gambaran hati
ucapan elok gambaran peribadi

Sweet dream ba
[06/06, 7:23 am] Hana🌹Mey Ly: Bertenggek lagi burung merpati,
Mata mencari buah peria;
Selamat pagi sahabat hati,
Mulakan hari senyum ceria.
[06/06, 7:34 am] Hana🌹Mey Ly: Tidaklah mutia menyilau mata,
Si lokan ramin kimpalan lendir;
Walau setia dalam bercinta,
Tidak menjamin jodoh dan takdir.
[06/06, 8:01 am] Hana🌹Mey Ly: Kembang direndam biji terigu,
Bagai mutia silau menyenta;
Rindu mendendam bertahun tunggu,
Ujian setia dalam bercinta.
[06/06, 8:15 am] Hana🌹Mey Ly: Menebas huma bersama  sama,
Merentas gaung kiri dan kanan;
Bercinta lama menanti lama,
Bagai penaung cinta mainan.
[06/06, 8:21 am] Hana🌹Mey Ly: Meremang bulu tak kelihatan,
Momok jadian bayangan nona;
Sesal dahulu berpendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna.
[12/06, 8:26 pm] Jekius L: Sungguh lebat buah mempalam,
  Petik sebiji dibawa lari,
Saya ucapkan selamat malam,
  Buat Pantun Santai semakin sepi.
[12/06, 8:29 pm] Hana🌹Mey Ly: Bersarang laga di daun salam,
Tepilah kolam di rumpun dua;
Sayalah juga datang bersalam,
Selamat malam sahabat semua.
[12/06, 8:56 pm] Jekius L: Baik hati sahabat sejati,
  Sudi jawab pantun diberi,
Terima kasih JENDELA HATI,
Jadi rakan diPantun Santai.
[12/06, 9:09 pm] Hana🌹Mey Ly: Hinggap rerama di daun selasih,
Dapat tarikan bunganya lebat;
Sama sama berbagi kasih,
Kita serakan jadi sahabat.
[12/06, 9:46 pm] Bie💖Kim: Dari kolam air disalur, 
Tapi tersumbat daun kuini, 
Selamat malam salam dihulur,
Untukmu sahabat diruangan ini.
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Tebas sedia di tanah rata,
Tanamkan zafron baka yang lebat;
Andai sidia jauh di mata,
Tolong telefon dapatlah ubat.
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Letak di meja tepung terigu,
Adunlah anjal baru masakkan;
Pasrahkan saja dalam menunggu,
Jodoh dan ajal Tuhan tentukan.
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Pergi pekan membeli bawang,
Jatuh terentap anjing berlalu;
Cinta bukan adalah wang,
Namun tetap sama di perlu.
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Letakkan pasu ditempat rata,
Tanamkan rumus berapat rapat;
Biarlah bisu berkata kata,
Tidak jerumus dari mengumpat.
🤣🤣🤣
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Tambat kuda di pohon jati,
Jalannya larat luka kakinya;
Tepuklah dada tanyalah hati,
Berkenan berat itu dianya.
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Anyam raga rotan di mayang,
Nanti di dalam isikan nona;
Buatmu juga teman tersayang,
Selamat malam tidur yang lena.
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Jahit celana aneka cara,
Tampak berseni bereben mayang;
Kanda di sana mabuk asmara,
Dinda di sini mabuk kepayang.
🤣🤣🤣
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Berlagu dikir bahasa jawa,
Berpegang tombak duduknya santai;
Cinta terukir di dalam jiwa,
Bagaikan ombak bermesra pantai.
[13/06, 1:07 am] Hana🌹Mey Ly: Tergaman cenung beruang jumpa,
Bapa koala lagaknya garang;
Sedangkan gunung runtuh digempa,
Inikan pula hatinya orang.
[13/06, 1:14 am] Hana🌹Mey Ly: Di pucuk pinang bersarang butbut,
Jauh di pulau sendiri bayan;
Manakan tenang mulut menyebut,
Pastinya galau jelas meroyan.
🤣🤣🤣🤣
[13/06, 1:21 am] Hana🌹Mey Ly: Pokoknya rendah bunga berseri,
Sunggulah molek melur disisi;
Sepiku indah tidur sendiri,
Bebas bergolek berilham puisi.
[13/06, 10:50 am] Hana🌹Mey Ly: Harum jasmin madu bersemu,
Di dalam pasu kurang berseri;
Wahai admin apa khabarmu,?
Lama membisu berdiam diri.
[13/06, 11:35 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️

Turun ke darat  waktu malam,
     Membawa rahsia berjumpa tok imam;
Kabar sehat hati muram,
     Si dia mulut tetap terbungkam.
😅
[13/06, 2:00 pm] Jekius L: Jalan jalan diwaktu senja,
  Kaki terpalit lumpur dipaya,
Makan tak lalu tidur tak lena,
  Asyik teringat wajah si DIA🤣🙏
[13/06, 2:18 pm] Hana🌹Mey Ly: Sehelai sari hadiah kurnia,
Buat pemangkin kawasan tamu;
Si dia dicari keliling dunia,
Entah tak mungkin dapat bertemu.

Berkepak gebar berkaca mata,
Pungguk jelita bulan bersua;
Cantiknya gambar bagai di kata,
Di alam nyata si nenek tua.

🤣🤣🤣🤣
[13/06, 3:01 pm] Hana🌹Mey Ly: Pergi pekan bottom celana,
Jalan bedua fasyen sekata;
Hana bukan sembarang Hana,
Semakin tua makin jelita.

🤣🤣🤣
[13/06, 3:08 pm] Hana🌹Mey Ly: Daunlah maman disalut tepung,
Sedap dijamu rangup yang ketul;
Wahailah teman si *ORANG KAMPUNG,*
Mana dirimu tidakpun muncul.
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: pohon pinang pohon sebatang
pohon cempedak bercabang dahan
Lagi tak hilang bulan dan Bintang
dirinya tidak aku lupakan
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: bertangkai rendah pokok selasih
rumpai melati kembang hiasan
andai sudah terjerat hati
tergadai hati jiwa tebusan
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: Sekapur sireh pinang disaji,
Di dalam dulang untuk mak dara,
Menjunjung kasih setia budi,
Kasih dan sayang ke akhir usia.
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: Minyak zaitun dibawa waria
Salju datang tiada terkira
Mari berpantun gembira ria
Untuk hilangkan duka dan lara.
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: tanjung karang labuhan kukuh
membawa kain sebatik panjang
bila berpantun senang hatiku
hati yang risau menjadi tenang
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: dari kudup bunga berkembang
bakal mewangi seluruh alam
adap hidup berkasih sayang
padamkan benci atau pun dendam
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: ada bulan adalah Bintang
bila siang mentari menyinar
bertemu teman usah dibuang
kerana menghilang kata yang benar

Slm knl shbt sigu hehe
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: dimana hendak ku cari daun
daun serai berbau wangi
usah mengalah mari berpantun
pantun sentai digrop ini
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: pohon mengkudu pucuk miranti
masak lemak berempah ketumbar
hati ku rindu terasa mati
bila tak nampak hati berdebar
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: deras air sungai dilautan
airnya biru cantik pandangan
sudah lama kita berkawan
hati terpaut hanya bayangan
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: tidak ku tahu arah muara
rupanya sungai berpasang laut
kasih rindu sentiasa membara
orang ku sayang tidak menyambut
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: tiada rotan akar beringin
disitu banyak ular melata
hendak kupesan kepada angin
angin tidak panda berkata
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: air cetek dimuara sungai
kapal berlabu ditengah selat
berubah baik segela perangai
cari jodoh jauh maksiat
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: buah jambu buah delima
untuk diberi tetamu jemputan
bila rindu datang menjelma
wajah ayuhmu dalam ingatan
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: pingan belati jangan disimpan
buang ditempat kitar semula
berhat hati mencari teman
jangan terpikat membawa gila
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: ada satu sumur diladang
airnya jernih buat minuman
jangan disia umur yang panjang
semaikan kasih dengan senyuman
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: masak nasi dari beras
kerak dilembut air sejuk
pantun melembut hati yang keras
dapatkah memujuk hati merajuk
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: bunga ros dirumah nyonya
di petik dijual dipasar tani
nasip badan belum berpunya
sabar ja lah takdir ku ini
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: anak katak mati dilongkang
sudah kering keras membeku
rindu ini tidak ku undang 
kenapa sering datang padaku
[14/06, 4:18 pm] Hana🌹Mey Ly: Buah mengkudu buah belimbing,
Mari dihidang dimeja bulat,
Dalam hidup berkasih sayang,
Bulat suara dalam muafakat,

Baru aq bangunnn..
😁😁😁
[14/06, 4:26 pm] Hana🌹Mey Ly: Duduk bersantai makan rambutan,
Di bawah landai rimbunan dahan;
Bagaikan pantai luas lautan,
Ombak membadai teguh bertahan.

*Hana🌹*
[14/06, 5:01 pm] Hana🌹Mey Ly: Merimbun larat putik pulasan,
Membuntil rata bagai mutia;
Hati terjerat jiwa tebusan,
Maharnya cinta janji setia.

*Hana 🌹*
[14/06, 5:11 pm] Hana🌹Mey Ly: Mata seperti berkaca mata,
Merdu bertanji burung kedasih;
Budi pekerti penawan cinta,
Tanpa berjanji kekal berkasih.

*Hana🌹*
[14/06, 5:17 pm] Hana🌹Mey Ly: Bola dilantun raga terisi,
membungkam nenda cuma perhati;
Menukang pantun seni puisi,
Mencerah minda menghibur hati.

*Hana🌹*
[14/06, 5:24 pm] Hana🌹Mey Ly: Kertas dituntun ikatkan tali,
Di awal pagi bungkus peria;
Anda berpantun aku membeli,
Berbalik lagi dan kita ceria.

*Hana🌹*
[14/06, 5:35 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohon cendana di tengah taman,
Di situ tupai anaknya lahir;
Selagi mana jujur berteman,
Di situ sampai hingga keakhir.

*Hana🌹*
[14/06, 5:43 pm] Hana🌹Mey Ly: Membuat arang di hujung desa,
Mabuk kelinci sembap ketanah;
Selagi kurang budi bahasa,
Dendam dan benci tak akan punah.

*Hana🌹*
[14/06, 5:53 pm] Hana🌹Mey Ly: Kopi secawan hidangan nona,
Tampak berseri mawar seruntun;
Hai kawan kawan kamu di mana,?
Marilah mari turun berpantun.

*Hana 🌹*
[14/06, 6:05 pm] Hana🌹Mey Ly: Ulam selasih sayur keladi,
Nasi tertumpu cencalok budu;
Hendak berkasih dia tak sudi,
Hanyaku mampu mendam rindu.

*Hana🌹*
[14/06, 6:13 pm] Hana🌹Mey Ly: Air membeku aisnya kabut,
Sebuku buku ketul bertabur;
Walau cintaku tidak disambut,
Tidak rinduku mati berkibur.🤣

*Hana🌹*
[14/06, 6:20 pm] Hana🌹Mey Ly: Ditengah huma tumbuh cendawan,
Di padi dedak kulat bertaut;
Walaupun lama kita berbawan,
Sikitpun tidak hatimu terpaut.

*Hana🌹*
[14/06, 6:31 pm] Hana🌹Mey Ly: Pemagar roboh berlipat lipat,
Uraikan halia tercarik siat;
Walaupun jodoh belum mendapat,
Berahklak mulia tiada maksiat.

*Hana🌹*
[14/06, 6:41 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohon pulasan pohon beringin,
Tepian tasik bangau bertamu;
Rinduku pesan kepada angin,
Biar berbisik di telinga mu.🤣

*Hana🌹*
[14/06, 6:50 pm] Hana🌹Mey Ly: Bunga randu madu bersemu,
Kuntum terisi kumbang meminta;
Di dalam rindu bayang bertamu,
Dalam puisi bicara cinta.

*Hana🌹*
[14/06, 6:59 pm] Hana🌹Mey Ly: Jerat merpati jangkar pemikat,
Ulat ketawa atas durian;
Pabila hati sudah terpikat,
Belitan sawa rasa buaian. 🤣

*Hana🌹*
[14/06, 7:11 pm] Hana🌹Mey Ly: Mencari lokan bersama teman,
Asing sesuku berikan jiran;
Kasih bukan hanya senyuman,
Tingkah dan laku juga ukuran.

*Hana🌹*
[14/06, 7:16 pm] Hana🌹Mey Ly: Air mendidih banjir limpahnya,
Limpahnya sampai lantai serata;
Apalah sedih belum berpunya,
Bebas mencapai segala cita.

*Hana🌹*
[14/06, 7:23 pm] Hana🌹Mey Ly: Basah kungkang lebat hujannya,
Di pokok kuini berpeluk sejuk;
Pantun ditukang dengan rimanya,
Peminat seni hati terpujuk.

*Hana🌹*
[14/06, 7:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Bukan diminta serangkai kekwa,
Cuma sebatang reranting sedang;
Pabila cinta meresap jiwa,
Rindupun datang tanpa diundang.

*Hana🌹*
[14/06, 7:41 pm] Hana🌹Mey Ly: Melekat lekat daging di loyang,
Airnya tumpah sampai merua;
Rukun maufakat berkasih sayang,
Berkat melimpah impian semua.

*Hana🌹*
[16/06, 8:38 am] Hana🌹Mey Ly: Memetik paku di tebing gua,
Pucuknya lembut senang dijumpa;
Salam pagiku sahabat semua,
Selamat menyambut hari bapa.
[16/06, 3:22 pm] Hana🌹Mey Ly: Kacang panjang tepi telaga,
Junjungan halus dalam tersemat;
Bapa tunjang dalam keluarga,
Mengasih tulus hingga kiamat.

Hana🪻
[18/06, 12:27 pm] Jekius L: Sukan boling pembalingnya kidal,
Tidak mengena sasaran tepat,
Bukan hilang bukan tak muncul,
Tapi hp ku sakit dan tenat🙏🤣
[18/06, 12:37 pm] Jekius L: Punai bertenggek dibatang kelapa,
Kelapa pandan tua buahnya,
Wahai adik abang bertanya,
Apakah amalan petua jelita 👍
[18/06, 12:49 pm] Jekius L: Biduk berlalu kiambang bertaut,
Hendak mengelak banyak rintangan,
Bukannya hati tidak terpaut,
Tapi diriku serba kekurangan🙏🤣
[18/06, 1:06 pm] Jekius L: Burung kenyalang bulunya serabut,
Munkin gelisah tersesat pasangan,
Orang kau sayang bukan tak sambut,
Mungkin sibuk urusan harian👌🙏
[18/06, 1:11 pm] Hana🌹Mey Ly: Di tengah huma sedang menyangkul,
Serbalah salah sakit di raham;
Patutlah lama tiada muncul,
Datangmu barulah aku faham.
Hana🌹
[18/06, 1:13 pm] Jekius L: Hati hati dilebuh raya,
Bila pulang berhari raya,
Selagi rasa ada aura,
Selagi itulah rindu melanda 🤣
[18/06, 1:15 pm] Hana🌹Mey Ly: Cantik bersari adiknya Qayyum,
Duduk melepak di tebing lata;
Ceriakan diri selalu senyum,
Barulah nampak manis jelita.
[18/06, 1:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Rimbun beringin tepian kebun,
Kampunglah desa menghala laut;
Bukan kuingin harta bertimbun,
Budi bahasa daku terpaut.
[18/06, 1:25 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohon beringin batangnya lurus,
Tepel luasa berbagai paku;
Bukan kuingin berkepit terus,
Sedetik masa lerai rinduku.
🤣🤣🤣
[18/06, 1:29 pm] Hana🌹Mey Ly: Tumbuh randu pokok markisa,
Menutup paku makanan kuda;
Sengatan rindu sakit terasa,
Siksa diriku tiap dilanda.
🤣🤣
[18/06, 1:46 pm] Jekius L: Masak maggi buat sarapan,
Dibubuh sos sedikit perisa,
Cantik bahasa dalam ungkapan,
Sudah luah jemu dan loya🙏🤣

Ngam ka itu jawapan sya🤣
[18/06, 1:52 pm] +60 11-3641 3947: Ulu manis cantiknya pantai
Tumpuan org bersukaria
Bergurau kenal d gp santai
Berpantun seloka kita ceria
[18/06, 1:59 pm] Jekius L: Kalau berpesta dihari raya,
Sambutlah tetamu dengan gembira,
Kalau jodoh tidak kemana,
Lambat laun ketemu juga👌🤣
[18/06, 2:08 pm] Hana🌹Mey Ly: Hinggap merpati di dahan banal,
Pokok bendalu dilungkut peria;
Buat seperti saling mengenal,
Agar selalu tampak ceria,
[18/06, 2:09 pm] Jekius L: Pantun seloka puisi doa,
Buat kalian teman bestari,
Bersopan santun berbudi bahasa,
Itulah wanita suci dan sejati👌👍
[18/06, 2:13 pm] Hana🌹Mey Ly: Gayut di cabang seekor beruk,
Mengintai sini berlonggok mutia;
Usahlah abang bersangka buruk,
Sayalah ini pencinta setia.
🤣🤣🤣
[18/06, 2:21 pm] Hana🌹Mey Ly: Gemuruh bunyi katak dikolam,
Bagaikn bunyi gong dipalu,
Cinta dihulur didalam talam,
 Duduk di meja ingat selalu,

Antam sjaaa 🤭🤭🤭
[18/06, 2:21 pm] Hana🌹Mey Ly: Bawa peti dari Melaka,
Peti berisi pakaian Raja;
Kalau hati sudah suka,
Serba-serbi indah sahaja.
[18/06, 2:21 pm] Hana🌹Mey Ly: Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Rindu bersemi ditimur tengah,
Bertemu sejoli dilamun cinta,

😁😁😁
[18/06, 2:21 pm] Hana🌹Mey Ly: Orang pantai tanam selasih,
Duduk menanam di waktu fajar;
Saya tak pandai bermain kasih,
Bolehkah awak menunjuk ajar.
[18/06, 2:21 pm] Hana🌹Mey Ly: Mari bermain buaian laju,
Laju laju sambil bernyanyi,
Salam damai bahagia selalu,
Pada semua sahabat andai,

😁😁😁😁
[18/06, 2:22 pm] Hana🌹Mey Ly: buat batas ditanah rata
dekat sawah ditepi tpi
tidakku lepas genggaman cinta
cuma aku diam menyepi
[18/06, 2:22 pm] Hana🌹Mey Ly: Ikan la buntal kembang berduri....
Ikan siakap mahal kayangan..
Di grp jskl cinta bersemi
Ahli nya di sni di dlm byngn...

 Haduii...🤭
[18/06, 2:23 pm] Jekius L: Memang ulu manis cantiknya pantai,
Ramai pengunjung tak jemu jemu,
Berkenal ceria dgrup santai,
Lagi ceria jika bertemu🙏🤣
[18/06, 2:23 pm] Hana🌹Mey Ly: Terlanggar batas terklr nya ubi..
Mari di cungkil kata nya hati.
Menggenggam cinta kata menyepi...
Tdk ka anda beduka nanti....

Haduiinaa....🤭
[18/06, 2:23 pm] Hana🌹Mey Ly: Panas menusuk rasa mentari.. 
Tekak la kering ingin di basahi... 
Andai kata rela di temani..
Jgn kn berteman cinta ku beri...

😝
[18/06, 2:23 pm] Hana🌹Mey Ly: batang keladi dimakan eyu
hancur merata ditepi jeti
bunga ditangan tak akan layu
andainya cinta merasap dihati
[18/06, 2:23 pm] Hana🌹Mey Ly: *Si gajah d timpa kayu..* 
*Kasiannya gajah terus mati*..
*Bunga d tangan akan layu*.. 
*Andai cinta tiada d hati*... 

🤣🤣🤣
[18/06, 2:24 pm] Hana🌹Mey Ly: Tak ku sangka tak ku duga,
Diam diam pandai berpantun,
Kalau cinta sudah seia sekata,
Kemana pergi berpegang tangan..

🤭🤭
[18/06, 2:25 pm] Hana🌹Mey Ly: Dari mata punai melayang
Dari permatang turun ke perigi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati.
[18/06, 2:25 pm] Hana🌹Mey Ly: Kalau meniup seruling bambu,
Siapa yang ikut akan terbuai, 
Kalau hidup saling membantu,
Mana yang kusut akan selesai.
[18/06, 2:25 pm] Hana🌹Mey Ly: Mata hati bersulam sinta
Belangkas berjalan sentiasa berpasangan
Jika hati tarasa sayang 
Dari jauh ku datang sekarang
🤣🤣🤣
[18/06, 2:26 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohon salak pohon laici,
Kalau tak disirap akan mati,
Janganlah kita selalu menanti,
Kerana cinta tak harus dimiliki.

🤣🤣🤣🤣
[18/06, 2:26 pm] Hana🌹Mey Ly: Jalan-jalan ke pasar baru,
Jangan lupa membeli sepatu,
Kalau Aku bilang I Love you,
Kamu jawab love you too.


🤣🤣🤣🤣
[18/06, 2:27 pm] Hana🌹Mey Ly: Kelip-kelip ditengah hutan,
Bintang dilangit Indah menawan,
Walau cinta banyak rintangan,
Akan ku jaga dengan kesetiaan.


🤣🤣🤣🤣🤣
[18/06, 2:27 pm] Hana🌹Mey Ly: Anak kuda berlari-lari,
Diikat tali lipat-berlipat,
Banyak harta dapat dicari,
Sahabat sejati payah didapat.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
[18/06, 2:27 pm] Hana🌹Mey Ly: Walaupun banyak ikan dilaut,
Di belanga juga yang kita makan;
Walaupun banyak teman bergelut,
Yang setia juga membela kawan.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
[18/06, 2:27 pm] Hana🌹Mey Ly: Terbang sekawan si burung pipit,
Hingga di sawah luas terbentang,
Mencari kawan hendaklah tepat,
Bergelombang cabaran tetap bersembang.

🤝🤝🌷🌹🌷🌹🌷🌹🌷😁😁😁
[18/06, 2:27 pm] Hana🌹Mey Ly: Melayangkan pandangan di balik awan
Sungguh cantik pelangi berwarna warni,
Walau berbagai karenamu teman,
Ku pertahankan kasih kawan sejati,

💐🌷🌹🪻🪷🌺🌼🌻🌸🩷❤️🧡💛💚🩵💙💜🩶🤍🤎
[18/06, 2:27 pm] Hana🌹Mey Ly: Naik pesawat ke Bukit Tinggi,
Baru berangkat, berdoa dalam hati,
Jauh dimata dekat dihati;
Itulah tanda persahabatan sejati.


Tq ketua gp...love you always🥰😘😘😘😘💐💐💐
[18/06, 2:28 pm] Hana🌹Mey Ly: Dari hilir sampai ke hulu,
Ditemani pohon cemara,
Sahabat sejati dari dulu;
Sampai kini masih bersama.


🌸💐🌸💐🌸💐🌸💐🌸💐🌸💐
🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
[18/06, 2:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Tatakbarambang noponu singot
Hurak doh todung noponu dungot 
Tulan notonob tinolon doh tarob 
Pangkis die longkug minogoit doh mosik...

🤣🤣🤣
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: indah melati tiada Tara
hendak dibawa ke upacara
luka dihati kerana Asmara
merusak jiwa badan sengsara
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: jerat terputus diladang tembus
lelah terpaku penemu tasbih
ibarat haus dipadang tandus
itulah cintaku padamu baby
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: Bunga melati kembang berseri,
Menghiasi halaman rumah,
Mengapa luka selalu di hati,
Bersatu teguh bercerai roboh,

😁😁😁
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: nasi dagang ikan paya
tidak sesuai ikan gelama
risiko asmara dunia maya
cinta hanya permainan cuma
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: Angin bertiup ke arah timur,
Hujan turut bersama pergi,
Rindu kasih tak dapat tidur,
Tenang saja bahh diposisi

🤭🤭🤭
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: usah malu hendak bertanya
jangan membisu seribu kata
puas dicuba melupakannya
masih segar terbayang dimata

blm ba
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: Hendak berdagang luar negara,
Dalam negeri berlumba lumba
Cinta dunia di alam maya,
Hanyalah gurauan semata mata

🤭🤭🤭
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: genta berbunyi diperdu Ceri
badak menerpa itik pun terbang
cinta sembunyi rindu sendiri
hendak dilupa seditik bimbang
[18/06, 2:31 pm] Hana🌹Mey Ly: Langit sendu awan kelabu,
Gerimis hujan tak kunjung teda,
Perasaan rindu menyapa kalbu,
Teruntuk kamu yang jauh dimata.
[18/06, 2:42 pm] Jekius L: Jalan jalan dipasar raya,
Hendak membeli sayur dan daging,
Jika benar bagai dikata,
Saya jawab I love you too darling🤣🤣
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Merentas paya dalam lumpurnya,
Luas melebar tidak bertiti;
Apakan daya itulah jalannya,
Hanya bersabar cekalkan hati.
Hana🌹
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Hinggap merpati dekat beranda,
Atas tunggulnya pokok kelaga;
Sabarlah hati wahai adinda,
Sampai waktunya bertemu juga.
Hana🌹
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Nenda meminta ambilkan paku,
Di pohon pauh tumbuh meraja;
Orang kucinta tidak ke aku,
Walaupun jauh tetap kupuja.🤣
Hana🌹
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Melenguh bahu sakit di mata,
Penangan angin ahmar bersemu;
Andai kutahu sakit bercinta,
Tidakku ingin dekat denganmu.

Hana🌹
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Buah nona buah pepaya,
Dimakan landak mana bertabur;
Apalah guna talian maya,
Jikalau tidak buat berhibur.

Hana🌹
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Buah kelapa buah belunu,
Letak sebalang dalam baladi;
Inginku jumpa pada si anu,
Malang dia bilang tidak sudi.

Kaki buaya senget sebelah,
Tercucuk paku lama berendam;
Apakan daya kubiar sajalah,
Kini cintaku sudah terpadam.
Hana🌹
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Serangga bie madu sebuku,
Gembira koala kenyang makannya;
Jikalau kim Vie ingat c anu ku,
Inikan pula saya yang punya.
Hana🌹
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Lekas berundur udang geragau,
Nanti berlaga paru si bayan;
Di dalam tidur terigau- igau,
Di waktu jaga angau meroyan.
Hana🌹
[18/06, 6:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Banjir melimpah air di paya,
Tenggelam paku di tanah rata;
Kasih tertumpah jumpa di maya,
Namun cintaku rasa yang nyata.
Hana🌹
[18/06, 6:33 pm] Hana🌹Mey Ly: Kelasih raja di jong senat,
Saudagar kaya terbawa malang;
Kasih kupuja sudah berkhianat,
Rasa percaya sudah menghilang.
Hana🌹
[18/06, 6:33 pm] Hana🌹Mey Ly: Pelita lampu merah cahaya,
Kurang berseri sukar terlena;
Awas tertipu cinta di maya,
Kelak sendiri jiwa merana.
Hana🌹
[18/06, 7:03 pm] Hana🌹Mey Ly: Pengawal jaga sudah sedia,
Tidak seperti pegawai atasnya;
Cintaku juga cuma si dia,
Tiada erti diriku baginya.🤣
Hana🌹
[18/06, 7:03 pm] Hana🌹Mey Ly: Goreng tauhu perang serata,
Hangus sedulang tersilap kuali;
Sudah kutahu sakit bercinta,
Tak ingin ulang kedua kali.
Hana🌹
[18/06, 7:03 pm] Hana🌹Mey Ly: Cantik melur dalam jambangan,
Ranap serata layu bunganya;
Cintaku hulur tanpa rintangan,
Sayang tercinta salah orangnya.
Hana🌹
[18/06, 9:42 pm] Hana🌹Mey Ly: Sebelah kanan layu pepaya,
Daunnya kusam telindung rumbia;
Cinta permainan di alam maya,
Menjadi asam garam dunia.
Hana🌹
[18/06, 10:17 pm] Hana🌹Mey Ly: Tanam kundur di sawah tepi,
Letak sedia sebatang titi;
Inginku tidur di alas mimpi,
Bertemu dia pujaan hati.

Antiknya meja buatan siam,
Tidak berpaku teliti selak,
Kasih kupuja di dalam diam,
Diam cintaku tidak ditolak.

Darilah siam berarak raptai,
Sandar menyandar mengangkat tandu;
Dalam diam aku mengintai,
Hanya sekadar mengubat rindu.
Hana🌹
[19/06, 3:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Tanam tebu d pinggir jalan,
Menjadi hiasan kampung halaman,
Sahabat orng kg2 yang budiman,
Saya juga belajar berpantun..
Diah✨

Buah pegaga pecah melantun,
Bijinya ruat matang berhambur;
Hana pun juga peminat pantun,
Seni membuat hati terhibur.
Hana🌹
[19/06, 3:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohon kesukun di tepi pagar
ambil galah tolong julukkan
saya berpantun baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan
*Org kg²*

Lebah beruntun di dahan sapang,
Gatung sejajar pokok delima;
Pantun memantun perkara gampang,
Mari belajar bersama sama.
Hana🌹
[19/06, 3:19 pm] Hana🌹Mey Ly: petik semalu dibuat jamu
buah bermutu buah mempelam
bila selalu kita bertemu
ku jatuh cinta didalam diam
*Org kg²*

Ambil keladi buatkan bubur,
Santan sesuku gula se-banu;
Kerana budi aku terhibur,
Namun cintaku pada Si Anu.🤣
Hana🌹
[19/06, 3:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Malu malu si kucing belang,
Nampak ikan di makan juga,
Berpantun cara bersembang,
Wah dalam diam rupanya cinta.
Diah✨

Darilah siam baka diminta;
Benih pedada tanam di pekan;
Dalam diam aku menyinta,
Agar tiada kata penolakan.
Hana🌹
[19/06, 3:19 pm] Hana🌹Mey Ly: Petik melati tangkai dimayang
basuh dipilih sambil barangan
seorang kasih seorang kusayang
sukar memilih terlepas ditangan
*Org kg²*

Jarum sejenis emas pejahit,
punah tertanggal sulaman mutia;
Madu yang manis ditelan pahit,
Baik kutinggal cari yang setia.🤣
Hana🌹
[20/06, 1:16 pm] Hana🌹Mey Ly: Bulunya halus dibalik bolak,
Tidak diriba kucingnya pergi;
Cintaku tulus masih ditolak,
Serik mencuba bercinta lagi.
Hana🌹
[20/06, 1:17 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohonlah balak getah belendir,
Keras membatu damar urutan;
Tak kan kutolak segala takdir,
Andainya itu memang suratan.
Hana🌹
[20/06, 1:28 pm] Hana🌹Mey Ly: Mendehem landak kunyah kuini,
Tersandung paku jatuh terkawal;
Mungkinkah tidak sakit begini,
Jika cintaku ditolak awal.
Hana🌹
[20/06, 1:38 pm] Hana🌹Mey Ly: Ungka melalak di hujung taman,
Melihat buaya di depan mata;
Sukar menolak rayuan teman,
Apakan daya aku tak cinta.
Hana🌹
[20/06, 1:44 pm] Hana🌹Mey Ly: Tesandung paku lolong melalak,
Sakit di bahu banyak darahnya;
Sedih hatiku cinta ditolak,
Walhal kutahu dalam hatinya.🤣
Hana🌹
[20/06, 3:05 pm] Hana🌹Mey Ly: 1.
Kayu pedada di buat busur,
Diraut halus tajam hujungnya;
Semai di dada *bertolak* ansur,
Kutahu dia tulus hatinya.
Hana🌹
[20/06, 3:11 pm] Hana🌹Mey Ly: 2.
Petiklah sedia dedaun paku,
Penutup salak buat melebab;
Kutahu dia cinta padaku,
Namun *menolak* pasti bersebab.🤣
Hana🌹
[20/06, 4:14 pm] Hana🌹Mey Ly: 3.
Tinggi berungguh buahan salak,
Di cela bakau dibuat titi;
Jikalau sungguh tidak *menolak,*
Kucinta dikau sepenuh hati.
Hana🌹
[20/06, 4:14 pm] Hana🌹Mey Ly: 4.
Mencari buluh mundar- mandir,
Membuat titi ganti yang rekah;
Andai mengeluh suratan takdir,
Sama seperti *menolak* berkah.
Hana🌹
[20/06, 4:14 pm] Hana🌹Mey Ly: 5.
Layu melati disiram cuka,
Cuba diselak kering serata;
Kerana hati terlanjur suka,
Namun *ditolak* aku derita. 🤣
Hana🌹
[20/06, 4:28 pm] Jekius L: Dayung perahu mudik kehulu,
Sampai kehulu terlanggar kayak,
Memang daku cinta padamu,
Sebab ditolak aku tak layak 🙏🤣
[20/06, 4:40 pm] Hana🌹Mey Ly: Buahlah salak bawa berkayak,
Nanti bertemu toh pembelinya;
Dikau kutolak memang tak layak,
Sebab dirimu sudah berpunya.🤣
[20/06, 4:52 pm] Jekius L: Buah duku buah pepaya,
Mari hidang diwaktu pagi,
Kalau daku sudah berpumya,
Mari bertemu sebagai bukti 🤣
[20/06, 4:53 pm] Jekius L: Buah duku buah pepaya,
Mari hidang diwaktu pagi,
Jika daku sudah berpumya,
Mari bertemu sebagai bukti 🤣
[20/06, 5:01 pm] Jekius L: Buah duku buah pepaya,
Mari hidang diwaktu pagi,
Jika daku sudah berpunya,
Mari bertemu sebagai bukti 🤣
[20/06, 5:01 pm] Hana🌹Mey Ly: Kepuncak daik pangeran sakti,
Kawasan rata tempat bertapa;
Baiklah baik demi membukti,
Betemu kita dan ibu bapa.
[20/06, 5:11 pm] Jekius L: Kepuncak daik pangeran sakti,
Kawasan rata tempat bertapa,
Baiklah baik demi membukti,
Aturkan saja ruang dan masa👌🤣

🙏sya pinjam ko punya senikata pantun🤣
[30/06, 7:54 am] Hana🌹Mey Ly: Lebar daunnya bersulam sulam,
Pokok celagi di tebing gua;
Datangku hanya ucapkan salam,
Selamat pagi sahabat semua.

Sabtu, 29 Jun 2024

puisi pantun santai 2024

[02/12/2023, 11:33 am] Hana🌹Mey Ly: KEPADA-NYA KUSERAHKAN HARAPAN

Semalam aku telah bercerita
tentang perkara rasa
adakah getar dalam mimpimu?
dengarkah..?

Gemuruh dadaku bergelora cintaku
cuba kau raba dadamu
adakah rasanya seperti gelora merindu
resapan dari suapannya cintaku 
Yangku hembuskan dari setiap doaku untukmu
sepertiga malam tahajudku
munajatku kepada Tuhanku
ku bawa namamu bersamaku
kuserahkan hatiku kepada-Nya
akan segala cintaku kepadamu

Kau tahu kenapa?
kerana rinduku yang menggebu
kerana cinta padamu tanpaku tahu apa sebabnya
cintaku yang tak pernah berbelah bagi
namun aku tak pantas mengharap lebih darimu
hati manusia itu mudah berubah
dan hanya Dia-lah menentukan takdir kita.


Hana🌹
Effah Hanie
02 Dec 2023
Keningau
Sabah
[02/12/2023, 12:49 pm] Hana🌹Mey Ly: KECEWA

Gemuruh dadaku yang suaranya mirip kehancuran
ada genangan air mata yang terus mengalir
ada rasa seakan terhiris mengalir larut dalam keresahan
seketika selepas kuterdengar bicara yang mematahkan harapanku

Lamaku membisu merenung dalam diri
lalu kumendongak pada langit kala malam
kupandangi bintang bercumbu pada rembulan
menggemeretak bunyi hatiku patah
remuk dilenyek-lenyek lumat kecewa

kenapa kau menidakkan kewujudan cintaku?
kau wujudkan harapan demi harapan itu
yang telah tertanam untuh dalam hatiku
lalu kau tanam lagi kehati yang lain
setelah aku benar-benar telah yakin akan cintamu
adalah hanya untuk diriku
aku sakit
aku kecewa



Hana🌹
Effah Hanie
02 Dec 2023
Keningau
Sabah
[02/12/2023, 2:36 pm] Putera Ag🐅💥: ◎✾☆ *﷽* ☆✾◎        
           ❤``` *RELUNG QOLBU* ```❤  
                     •┈•••◆❀❤️❀◆•••┈•

             

              •┈•••◆❀❤️  ❤️❀◆•••┈• 

Di Kegelapan Malam Bukan lah Sebuah Hal Yang Menakut kan Untuk Kita Pewati Dalam Sebuah Kehidupan ini...

Namun Dari Gelap Nya Malam itu Belajar lah Untuk Menemu kan Sebuah Titik Terang Agar Tak Salah Melangkah Dalam Sebuah Tujuan...

Se Sulit Apa Pun Kondisi Mu Sa'at ini, Seberat Apa Pun
Ujian Nya, Selagi Kamu Lasih Punya Allah, Tetap lah "YAKIN" Bahwa Pertolongan Allah Akan Datang di Waktu Yang 🙏❤️😇
[07/12/2023, 5:14 pm] Hana🌹Mey Ly: Pulaskan topi letak di meja,
Pastikan meja tiada habuk;
Sunyi sepi menjelang senja, 
Apakah kerja masih sibuk.
[07/12/2023, 5:18 pm] Hana🌹Mey Ly: Mengorek kentang untuk dimakan,
Isinya lebat protennya kaya;
Selama petang saya ucapkan, 
Pada sahabat ada di maya.
[07/12/2023, 5:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Memetik paku terpijak semalu,
Duri selisih pedih terasa;
Sedang hatiku rindu selalu,
Apakah kasih tidak merasa.
[07/12/2023, 5:30 pm] Hana🌹Mey Ly: Padi malinja biji persegi,
Susah merpati parunya tumpul;
Sudahlah senja sunyilah lagi,
Kekasih hati tiada muncul.
🤣🤣🤣
[15/12/2023, 9:48 am] Hana🌹Mey Ly: MENYENDIRI

Ketika mendongak langit
awan berbonggol bonggol
suram di bumi awan kelabu
guruh mula membidik
percikan kilat silang menyilang
titik-titik renyai mula merembis
sekejap waktu hujan telah lebat
disitu terlihat sebuah hati
mendung bergenang airnya
berselubung suram kecewa

Ketika merenung gunung
kusamakan hatiku seteguh gunung itu
pohon-pohon bergoyang
angin kencang melanda
hujan lebat tak henti
ada pohon tumbang
ada tanah longsor
rupanya ia juga rapuh seperti hati itu
yang lebih suka sepi dan menyendiri

Hana🌹
Effah Hanie
Keningau
Sabah
[17/12/2023, 12:24 pm] Hana🌹Mey Ly: SYUKURku

Mereka pasti saling tersenyum
menikmati kejernihan suasana
dan menggemburkan memori baru yang indah
seperti manisnya madu yang meleleh pada kelopak bunga
di kuis kaki kaki sang kumbang

Semalam sekeping hati remai darah yang terluka
membalut rapi memujuk diri
bersujud dan mengadu
kepada Tuhan hanya Engkau yang mengerti

Kini bangkit kembali ceria
senja itu selalu indah
sekeping hati miliki cinta yang murni
tiada nilaian harga bukan untuk permainan

Bersyukur kepada Tuhan
selamatkan aku dari terus hanyut
di lautan cinta yang dalam 
yang hanya permainkan perasaan.


Hana🌹
Effah Hanie
17 Dec 2023
Keningau
Sabah
[17/12/2023, 6:56 pm] Hana🌹Mey Ly: ITULAH YANG TERBAIK

Jiwa ini takkan padam, takkan lemah takkan pudar
tekanan pergolakan jiwa menjadi nyala harapan
untuk perasaan yang lebih ceria
kehidupan yang lebih bebas

meski kau tekan aku bertahan
meski kau tikam aku diam
kerana luka itu hanya sementara
sebelum kau hilangkan sendiri harga dirimu

Kau bukan sesiapa 
kau bukan harapan
cintamu tidak seharga cintaku
bagai langit dan bumi takkan sama
kita berpisah dan itulah yang terbaik

Buat sekeping hati
terima kasih telah membuka mata hatiku

Hana🌹
EFFAH HANIE
17 Dec 2023
Keningau 
Sabah
[18/12/2023, 11:17 am] Hana🌹Mey Ly: TERJEBAK

Padamu tak ada lagi kerinduan 
yang selalu bermula di antara fajar
langit senja yang syahdu
tiada lagi bayangmu

Telah kuteliti tiap lontaran kata
tingkah aslimu menyerlah
menutup rasa kasih sayang dan cinta
meracun kuntum asmara

Mentari pagi mulai panas
tepian belukar telah di tebas
di sini selalu berteduh 
mengenang kisah semalam
hari ini dan kemarin berbeza
kemarin kemarin selalu ada manis bersalut rindu pilu
hari ini bersahaja dan ceria
dada lapang ringan tanpa bebanan

senyum senyum sendiri
mengenang kembali percintaan diam diam
tanpa kemesraan 
begitu melucukan
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
sempat diri terjebak percintaan bodoh yang sia sia
🤣🤣🤣🤣🤣🤣


Hana🌹
Effah Hanie
Keningau
Sabah
08 Dec 2023
[21/12/2023, 5:14 pm] Putera Ag🐅💥: 🌹Selamat petang 🖤

Kau tau 
Ada sebuah kata yang mampu kutulis 
Tapi tak mampu kau eja apalagi kau baca

Kau tau
Ada sebuah rasa 
Yang tak mampu kuutara
Meski terbebas jiwa raga

Hanya satu kata dan selamanya akan menjadi satu makna
"RINDU"

🌹🌹🌹🖤🌹🌹🌹
[21/12/2023, 5:34 pm] Hana🌹Mey Ly: DIDUSTAI

Pagi cerah rona bahang panas kerecak-kerecak
embun-embun kering tanpa bekas
krit krit krit daun dipijak 
meski daun hijau tetap segar

Cuba petik daun yang hijau
pastinya telah layu di bakar matahari
makin tinggi terik mentari 
daun semakin kering rapuh

Sepetang beranjak senja
melembulah daun-daun kering 
remai mereput di perkukaan bumi
tiada lagi kesegaran

Jauh di balik lembah ini
sekeping cinta hati terbuang
remai yang makin kering rapuh
semakin hancur terbakar pendustaan


Hana🌹
Effah Hanie
Keningau
Sabah
21 Dec 2023
[21/12/2023, 8:35 pm] Hana🌹Mey Ly: TERPENJARA

Sekepal rindu bertumbuh 
menjulang menggapai langit
luahkan pada siapa
hanya berharap bayang
yang selalu menjelma diruangan mata
namun rasa semuanya adalah kesakitan

Ingin membenci
tak punya rasa benci
tapi di mana salahku
apa dosaku dijadikan mainan
Ingin pergi langkah tersekat
ada rindu memenjara
akhirnya aku terdera sepi
di penjara rindu


HANA🌹
Effah Hanie
Keningau
Sabah
21 Dec 2023
[21/12/2023, 8:39 pm] Putera Ag🐅💥: 🌹Semangat  hati🖤

Duhai kamu pemilik hati
Yang masih bertahta disinggasana tertinggi
Tak mampu ku bersembunyi dari rindu ini
Yang kian hari begitu menyiksa diri

Andai Tuhan sedikit saja iba 
Akan perihnya rintihan luka
Yang membuatku kian tak berdaya oleh getirnya cinta
Yang telah merenggut senyum dari kelopak sukma

Namun tetap saja menjadi rahasia 
Akan indahnya takdir menyapa
Begitu rapi jalannya tertata
Tak mampu lagi angan mengira

🌹🌹🌹🖤🌹🌹🌹
[22/12/2023, 6:44 am] Hana🌹Mey Ly: PUNAH HARAPAN

Ketika hari beranjak gelap
bersama rindu yang pilu
kepadamu yang pernah kutadahkan harapan
telah tersemai benih cinta yang subur
namun kini hanya rindu bertancapan dalam diri
membunuh rasa bahagia
menghancurkan hempedu
memahitkan kesakitan yang tiada tergambarkan oleh kata-kata

Aku sangka akulah pelita yang memberi sinar penyuluh di ruang gelapmu
ternyata lampu electric telah menyapu cahayaku untukmu

Aku sangka akulah lukisan yang terlukis indah di hatimu
rupanya pelangi lebih indah di hatimu

Aku sangka akulah bayang yang selalu menyegarkan pagimu
rupanya embun pagi lebih menyegarkan pagimu

Aku sangka akulah yang menghangatkan kedinginanmu
rupanya mentari lebih panas menghangatkan harimu

Aku sangka akulah yang terindah di dalam hatimu
rupanya senja itu telah memadamkan rona cinta untukku dalam hatimu

Sekian lama aku menunggu dan tak beranjak dari penantian
demi keyakinan pada harapan yang dihulur
kusangka berhujung sinar bahagia
rupanya kelam jauh kedalam jurang
aku tahu penyesalan itu tidak pernah mendahului sejarah
namun apakan daya 
aku bukanlah cendikiawan yang boleh mengagak menterjemah setiap ungkapan kata


Hana🌹
EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
22 Dec 2023
[23/12/2023, 10:09 am] Tony Ps: *_✨from Tonny k✨_*
_Kuah sup kari maggi,_
_Tidak sabar makan berdua;_
_Hello group selamat pagi,_
_Apa khabar kamu semua._

_Bergaya gaya si gadis cantik,_
_Tidak sengaja hatiku terpikat;_
_Disini saya khabarnya baik,_
_Cuma kerja banyak nak buat._

_Banyak habuk di atas meja,_
_Datang mentua pergi bersihkan;_
_Walaupun sibuk dengan kerja,_
_Kamu semua dalam ingatan._
[23/12/2023, 10:15 am] Hana🌹Mey Ly: *from:Hana🌹*

_Dekat perigi bersarang merpati,_
_Di pohon kuini sedang mengeram;_
_Selamat pagi sahabat hati,_
_Hamba di sini sakit demam._

_Tepian jalan bermain merpati,_
_Tertancap kuku pokok selasih;_
_Rasa terkilan hancurnya hati,_
_Apa salahku dibuang kekasih._

_Kuis melantun biji mutia,_
_Kerangnya hendak isi di sagai;_
_Walau bertahun aku setia,_
_Sedikit tidak pula dihargai._

🤣🤣🤣🤣🤣
[28/12/2023, 10:48 am] Hana🌹Mey Ly: BERAKHIR PERNANTIAN

Kembang cerah mentari pagi
membengkar rasa rindu terpendam
dari sisa-sisa rindu yang cuba kau padam kau hapuskan

Sajak sajak rindu yang telah terpahat di seluruh dinding hati
remai meleleh melunturkan hurufnya
masihku simpan limpahannya dalam diam
walau nyanyian nada yang pilu dalam kepedihan
kularutkan dalam tiap doa 
dan bawa dengan ketenangan

Telah jelas kepastian
penantian telah berakhir dihentian harapan
kenyataan yang harus diterima
namun apapun..
cerita manis kisah lalu
ku jadi kenangan yang terindah
tanpa rasa marah, benci dan dendam
terima kasih kepadamu arjuna kamaku
kerana hadirmu dulu banyak memberiku pengertian tentang cinta dan kasih sayang yang sejati.
*Selamat tinggal tahun 2023*
*Selamat tinggal kekasih hati*


EFFAH HANIE
Hana🌹
28 Dec 2023
[08/01, 7:01 am] Putera Ag🐅💥: SEBENING CINTA ...


Bersandarlah kau dipelukku
Tuangkan segala resahmu
Lafadkan saja perlahan ditelingaku
Pegang erat jemariku

Kita tatap indah masa depan
Bersama warna senja nan berkilauan
Di payungi lembayung nan menyejukan
Teriring mega putih berarakan


Sebening air terjun nan suci
Jatuh basahi bumi
Serupa matahari memberikan panas
Memberi kehidupan di dunia ini
[09/01, 7:38 am] Putera Ag🐅💥: Selamat pagi PS🩷


Pilu terbalut rindu
Karna tiada harap bertemu
Sendu mengiring kalbu yang terselimut ragu

Meski rasa tak mampu di ungkap
Dan cemburu kian terperangkap
Ku harap ratap tak menjadi nada tiap saat
Karna yang ku ingin 
Kau tetap ku tatap
Meski kita tak bisa satu atap

🌹🌹🌹🖤🌹🌹🌹
[09/01, 1:23 pm] Hana🌹Mey Ly: KAU SINGGAH DIHATIKU

Sejenak kau singgah di hatiku
saat aku dalam gelap dan sepi
seperti pelita yang datang menerangi hidup
aku yang dalam derita lalu terpesona cahayamu
ku sangka kau adalah cinta sejatiku
rupanya sekadar aura *bulu perindu*
yang menghanyutkan rasaku

Kau datang padaku
sekadar singgah
bermain kata-kata
namun..tiap kata ucapanmu
tiada sepatahku lupa
kerana aku tidak bersaksi
kau nafikan semuanya
aku tahu kau cuma berpura
melainkan engkau pikun
namun percayalah
jiwaku cintaku yang asli tak pernah jatuh kepadamu
Allah maha adil Allah maha kaya
setiap sesuatu yang terjadi
akan tiba masanya
akan kembali ke aslinya

Allah Tuhan adalah saksi yang sembunyi
aku redho terima segala takdir
walau tampilku mengalah halilintar
tidak pernah menyimpan dendam dan benci
kerana aku tahu rencana Tuhan adalah urusan Tuhan
adalah yang terbaik buat hamba-hambanya
namun apapun yang salah 
pasti ada kifarah @ karma
lambat atau cepat, dunia atau akhirat.

Hana🌹
Effah Hanie
Keningau
Sabah
09 Jan 2024
[09/01, 1:23 pm] Hana🌹Mey Ly: SEMALU

Semalu
sensitif dan pemalu
jangan pernah menyangka
semalu boleh di pijak
ia tajam berduri

Semalu 
puteri malu
belukar malu
merah kehijauan daunya
putik bulat bulu-bulu
cantik di waktu pagi
mekar tidak disentuh.

Effah Hana
09 Jan 2024
[09/01, 1:23 pm] Hana🌹Mey Ly: RINDU BERTUKAR BENCI

Senja melaru dalam keheningan
ada rindu yang tak mampu terlukiskan
hanya bayang kekasih hati terpampang dalam ingatan

Di remang cahaya kemilau senja
ketika merenung mega-mega yang terbiasi awan
ingatan kembali perpisahan itu
tanpa alasan yang pasti
engkau pinta aku berlalu pergi

Entah mengapa 
ada rasa yang sukar diungkapkan
rindu bertukar benci
membayangmu saja cukup membuatku benci
terasa kesal mengenalimu


30 December 2023
[16/01, 10:40 pm] Hana🌹Mey Ly: Malam merangkak kian larut
semakin terang bayangmu memeluk sepiku
berduyun kenangan masa lalu
bergolak datang bersama rindu
bagai hawa dingin di waktu subuh hari
kepadamu masih tertambat sebuah hati
cinta ini menjadi cinta yang sepi
yang dulu kau pancing hingga terpaut di kailmu
lalu kusampai sampai kepadamu
dan kita mengikat hati bersama

Kini hanya tinggal sepi
tanpa rasa bersalah kau cantas tali itu dan putus
aku terbuang kau biarkan
namun masih kugenggam cinta ini bersama kubalut rindu
walau aku tahu
tiada lagi harapan
hanya cinta kubertaman
ku belai rasa rindu
tanpa berharap tanpa penantian lagi
[19/01, 10:32 pm] Hana🌹Mey Ly: Subur serata kiambang di paya,
Teduh beradu ikan cencaru;
Bertahun bercinta dialam maya,
Saling merindu silap cemburu.

Hempas bersemu sagu rumbia,
Jenuh kerjanya saring semula;
Janji bertemu harapan bahgia,
Sampai waktunya ehh putus pula.

Mengerang kuda pedih di mata,
Tercucuk kektus mengelak sawa;
Katanya tiada perasaan cinta,
Nekad memutus sendiri kecewa.
🤣😂🤣😂🤣

Hana🌹
[27/01, 7:55 pm] Putera Ag🐅💥: Kau dan aku

Kau adalah salah satu anugrah terindah dari Tuhan
Bukan karena wajah indahmu
Tapi Karena manis tutur sapamu 

Kau adalah keajaiban yang diturunkan Tuhan disaat hujan
Bukan karena lengkungan manis disudut bibirmu
Tapi karena tatap teduh di bola matamu  

Kau tau ....
Untukmu, ku ketuk pintu malam yang sunyi  
Dengan bait- bait puisi 
Dengan aksara-aksara sendu 
Seraya mengucap salam rindu
Dan berharap kau akan menjawab dengan nada syahdu

Selamat malam ""

Aku merindukanmu ...

🌹🌹🌹💙🌹🌹🌹
[28/01, 2:28 pm] Putera Ag🐅💥: 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝘂𝗮𝗻 ................. 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵𝗮n....................
𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝘂𝗮 𝘀𝗶𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 
𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻
𝗜𝗯𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗹𝘂𝗸𝗮  𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗸𝗮𝘀 di badan
𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗺𝘂 𝘀𝘂𝗹𝗶𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝘂 𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 kenangan
𝗔𝗸𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮-𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗮𝗸𝘂 𝗵𝗮𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗹𝘂𝗽𝗮k𝗮n
Atau
𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮𝗺𝘂 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗸𝗸𝘂

🅾️Ⓜ️⏸️🙋🏽‍♂️
[18/02, 5:33 pm] Hana🌹Mey Ly: KENAPA

Petang yang cerah
suasana tahun baru cina
tidak sejenak tapi sepanjang raya ini
ingatan kembali padamu
ini yang ketiga kalinya penantianku pun tak pernah sampai
semuanya cuma kenangan

Sejenak itu kau singgah dihatiku
saat aku dalam gelap dan sepi
seketika itu pelitamu menerangi hidupku
pesona jiwamu membuatku jatuh cinta
yang terpahat sehingga kini

Senja ini menjelang lagi
sepi...
ingatanku meraba pahatan namamu
menjurai tabir rinduku
desir angin senja
menghembus tirai sukma
terelus rinduku bergenang lirih
ada hirisan pedih terguyur
hingga kini aku tak pasti
kenapa harus kita berpisah


EFFAH HANIE 
Keningau
Sabah
18 feb. 2024
[18/02, 5:33 pm] Hana🌹Mey Ly: KAULAH CINTA SEJATIKU

Di remang mega senja
saat renungku jelejahi awan cerah
aku larut dalam keheningan rindu yang tak mampu kulukiskan
hanya bayang wajahmu yang terpamer dalam ingatan

Di remang mega senja
diantara hembus nafasku
menyelit pilu yang bercengkam
aku tahu waktu bermula hingga ketika ini
kita punya rasa yang sama
alasanmu yang tak mampu kau luahkan
aku mengerti..
meski kau menjauh, menyepi dan menghilang di depanku
kau tetap jelas diingatanku
rinduku yang panjang
dan aku menyedari kaulah cinta sejatiku.


EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
18 feb 2024
[20/02, 10:27 pm] Hana🌹Mey Ly: KAU HIASI INDAH RINDUKU

Jejari mengepit menyelak tirai
jengah sapa keluar jendela
wahai sang malam
yang cerah dari limbungan awan
ribuan bintang ceria
menyerlah kelip kemilau
diterangi indahnya rembulan

Malam yang gemerlap redup 
sunyi sepi
setiap malam hadirmu dengan hiasan indah
tetap sepi
sesepi hati ini dengan juraian rindu
kau selalu hadir di setiap sepi
hanya bayangmu dalam ingatan menghiasi rinduku

Aku 
tak akan mencarimu lagi
kerana kau selalu ada terpahat abadi nubariku
kau selalu hadir setia dengan keindahanmu
menghiasi rinduku
menyintaimu tanpa bertemu denganmu
akan bisa membuatku damai.

Hana🌹
EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
20 feb. 2024
[21/02, 12:23 pm] Hana🌹Mey Ly: CINTAKU SESEGAR EMBUN PAGI

Telah lama senja itu berlalu
malam dihimpit kelam
menyusuri dini hari
cuaca dingin menyengat dirembes kabus-kabus

Perkebunan kecil 
tegak mungil teratak usang 
diselubungi kabus malam
jelang pagi membutir kabus-kabus
dialah embun pagi
yang menyegarkan daun, bunga dan pohon-pohon

Aku
bagai pohon berselimut kabus malam
menghirup embun pagi
jagaku dengan kesegaran
begitu cintaku padanya
rinduku
dan ingatanku padanya
sesegar embun pagi.

Hana🌹
EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
21 feb 2024
[22/02, 10:01 pm] Putera Ag🐅💥: 🔥🔥🔥🔥🔥

*Hidup tidak bererti*



_Deru angin terbangkan asa_
_Membumbung tinggikan logika_
_Pencarian makna namun tak jumpa_
_Berlarut-larut menyerana_

_Tak ada yang berarti di dunia_
_Nafsu hina menguasai manusia_
_Memaksa, merusak, dan menggila_

_Tak ada yang abadi_
_Hanya amal setia menemani_
_Tapi, kita sibuk mencari dosa_
_Benar ucap kekesalan, jalan kembali menuju Tuhan telah mati dan kita yang membunuhnya_

*22-02-2024*

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[23/02, 2:54 pm] Hana🌹Mey Ly: ULA SENDIRI

Desir angin terbangkan asa
melangsir dampaknya pencarian 
menyarana makna kelojikan

Tidak ada yang bererti di dunia ini
meski itu cinta
ketika nafsu diterlebihkan penurutan
hilang kewarasan adil
akan mengkatup sepi, perih dalam diri

Dikejar dosa
yang berbalik kediri
sepi, kecewa dan tersakiti
ula menghantui angkara diri


Hana🌹
EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
23 feb 2024
[04/03, 4:33 pm] Putera Ag🐅💥: Nostalgia dia dan aku...

Malam nanti ku sendu
Bersama gerimis nan syahdu
Hantarkan nyanyian rindu
Getarkan rasaku padamu

Ingin ku miliki
Cinta yang sejati
Saling merindui, membersamai
Meski tak saling memiliki

Walau tak bersuara
Ku pinta kau dalam doa
Tetap saling menjaga
Meski tak bersama

Karena sebuah penantian
Adalah bentuk dari ketulusan
Bukan tuntutan...

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️...
[08/03, 6:46 am] Putera Ag🐅💥: Aku tak ingin memilih rindu
Walaupun selamanya harus terpenjara dan beku
Aku tak memilihcinta walau selamanya terkurung kelu dan bisu.

Aku hanya ingin mencintaimu 
dengan diam tanpa harus berkelakar 
Aku hanya ingin mencintaimu dengan smua kemampuanku.

Lalu kutuang dalam puisi, kata-kata indah penuh cinta
Dan kau harus membacanya ..


Santun pagi ya
🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️☺️🙏☕
[08/03, 5:35 pm] Hana🌹Mey Ly: Merimbun paku pokoknya randu,
pohon pedada bersarang merbuk;
rajuk diriku  memendam rindu,
katamu kanda selalu sibuk.

Semutlah laga bergayut duri,
pokoklah manggis dipacak paku;
rinduku juga menyiksa diri,
terlolong tangis rintih hatiku.

Tambatlah kuda pohon pedada,
bunga melati habis di tibai;
bukannya dinda lupakan kanda,
merajuk hati rasa terabai,

Anaklah kuda pijak semalu,
durinya semu akan kakinya;
kononnya kanda sibuk selalu,
dengan temanmu ada masanya.

Atas beranda jemur kemiri,
angin melanda cepat berlalu;
Biarlah dinda membawa diri,
asalkan kanda bahgia selalu.


Hana🌹
[08/03, 7 pm] Hana🌹Mey Ly: Pohon pedada setiap senja,
berkicau cergas siburung merbuk;
maafkan kanda tidak sengaja,
kerana tugas buatku sibuk,

Bertangga tangga pepohon randu,
sembunyi koala di musin sejuk;
kandapun juga siksa merindu,
adinda pula telah merajuk.

Rimbun sebelah bunga karangan,
Di makan kuda habis di tibai;
penat dan lelah tak capai tangan,
bukannya kanda tega mengabai.

Bunga telang di atas meja,
saranglah burung didalam cawan;
ketika pulang darilah kerja,
singgah di warung bersama kawan.

Salji melanda di musim sejuk,
meminum jamu bila terpaksa;
usahlah dinda terus merajuk,
dengan sikapmu kanda tersiksa.


Hana🌹
[13/03, 7:44 am] Hana🌹Mey Ly: PERSADA RINDU

Di persada rindu
berbaring sepi
matahari bersinar
mengusap mersa embun embun
kemilau sinar matahari
menerjah mata kuyu
masih tak menyedari 
dalam pelukan selimut rindu

Kicau ria burung pekaka 
menghiasi persada rindu
embun-embun pun mulai mengering
rindu ini tak pernah kering

Matahari mulai naik
cerah semakin panas
jauh...
masih jauh senja belum terintai
namun terlihat tanpa harapan
tiada lagi penantian di sana.

Hana🌹
[16/03, 12:17 am] Putera Ag🐅💥: PESRAH...

Jika hidup sekarang adalah cita cita
Nyamannya seketika namun sisi rapuh senantiasa ada
Nampak bahagia terukir indah
Namun realiti kesepian diri sukar diubah

Wahai malam yang bergelora murni
Dan belaian bayu dingin silih berganti
Ku langitkan doa padanya llahi
Semoga dirimu senantiasa dilindungiNya saban hari

Jika nanti kau cari pohon berteduh
Carilah hati adam yang benar benar teguh
Sanggup apa sahaja demi cinta
Dan tak perduli sebelum ini kamu siapa...


🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[18/03, 10:38 am] Hana🌹Mey Ly: HANYA SIA-SIA

Itu muzik
sedang berdendang rentak keceriaan
seceria pagi yang cerah
lengkaplah sudah sepi ini mengurung sendiriku
juraian tabir-tabir pelangi
menghiasi dinding hati
menutup segala luka dan duka

Dulu sekeping hati yang pernah jatuh
lalu patah
ada cinta yang tumbuh disiram diberi harapan
sangka adalah embun pagi yang memberi kesegaran
rupanya titisan racun berbisa yang mematikan rasa
pohon cinta yang patah dan musnah
bersiram airmata bertunas kembali
jiwa lara lalu membuka mata dan bangkit
untuk apa ditangisi orang  yang tidak jujur, penuh kepalsuan dan tanpa pendirian
suburnya tebu di bibir
sayang pangkalnya penuh tebuan

Sia-sia airmata untuk menangisi
sia sia berduka buat berluka
kerana memang tidak bermakna baginya

Hana🌹
[18/03, 12:23 pm] Hana🌹Mey Ly: PERGILAH CAMAR

Jauh sudah camar terbang pergi
meninggal hijauan pulau yang sepi
jauh sudah cinta meninggalkan hati
membawa sekerat luka
meski payah menempu lara
teruslah perjalanan
usah menoleh pada rindu
kerana rindu menghentikan langkah 
usah mengerling pada benci
kerana benci mengundang lara
terbanglah camar sekehendakmu
berbalut bulu putihmu seputih isi hatimu
andai suatu saat camar kembali kepulau itu
jangan berharap akan kehijauannya yang masih menyerlah

Hana🌹
[19/03, 1:00 pm] Hana🌹Mey Ly: SETELAH ITU

Setelah itu
kita masing masing bawa diri
engkau kemana saja
dan aku di sana sini
melangkah menjalani hidup hari-hari

Mahligai yang ingin kita bena
tapaknya menjadi rimba
tak sempat kita terokai
hanya mimpi telah menjadi kenangan

Kau dan aku tidak pernah bertemu
melayari bahtera di alam maya
berlabuh dari hati kehati
bersilang kata bertemu rasa
lalu jatuh hati dirangkul cinta

kau dan aku berpisah hati
aku ingin empat mata bertemu
engkau menolak
mungkin kau pasti
kau tak punya rasa
engkau tersenyum lega
aku terkedu luka

Setelah itu
aku pasrah


EFFA HANIE
Keningau
Sabah
19 March 2024
[19/03, 1:00 pm] Hana🌹Mey Ly: BICARA HATI

Seperti malam
yang melontar pandang kelam
tak kala cahaya menghimpun sirna
menjadi gelap pandang mata
bagaikan buta saja layaknya

Seperti siang
tak kala berlabuh mega hitam
menutupi ruang alam
lalu suram menghimpun kelam
melontar siang bagai malam

Begitulah cintaku
yang tak pernah memandang rupa
begitulah aku menyintainya
sekalipun tak pernah dihargainya


Hana🌹
Keningau 
Sabah
19-03-2024
[22/04, 7:30 pm] Hana🌹Mey Ly: RINDU

Rindu...
bagai siulan dan loceng mengumandang waktu
pagi, siang, petang malam
berlagu di telinga, di benak fikir disetiap sudut dan ilusiku bergema

Rasa yang sering hadir tanpa undangan
menjebak rasa
ingin bertemu
walau pasti kau bukan milikku
hanya aku..
miliki rasa cinta bertepuk sebelah tangan

Kau adalah rindu
yang selalu mengejar sepi
yang membungkam keceriaan
dan bayang muncul di mimpi
gagal ku peluk
[22/04, 9:40 pm] Hana🌹Mey Ly: NOSTALGIA

Berkocak kolam rindu
senyum manisnya
bertukar wajah sayu
lirih rintih dalam kalbu
tangis tanpa air mata
tersumbat sebak di dada

Hanya rindu bergeming
pada sebuah kenangan
rasa yang tak akan terungkap lagi
cinta kasih dan sayang
tak ada lagi pengharapan
tak ada lagi penantian
semuanya mula berkubur
sampai masanya tertutup kambus
tinggal kenangan
[07/05, 12:10 am] Hana🌹Mey Ly: Rindu 
menerjang pedih ulu hati
bersekam kabus bersama kelam malam
menutup mengunci buah harapan
membungkam jiwa penuh kekosongan

Meski tak punya harapan
tetap berharap engkau kembali
mengobati rasa ini
rasa duka lara yang berpijak hamparan kerikil
pedih menusuk jiwa hingga jantung

Inilah isinya dalam keceriaanku
maju mundur aku tersepit
maju akan membuka hampa
mundur terhadang rasa kecewa
dalam jepitan hanya memeluk rindu
pada setiap kenangan yang kita lewati.


Hana🌹
🥹🥹🥹
[15/05, 10:29 am] Hana🌹Mey Ly: Bunga telang bunga selasih,
Sulamkan dini biar berjuntai;
Siapa bilang lupa kekasih,
Di laman ini selalu kuintai.

Terbang helang jatuh melayang,
Mabuk dijampi udang geragau;
Siapa bilang aku tak sayang,
Malam kumimpi siang kuigau.

Terbang helang menongkah angin,
Lewat sedetik bertempur sengit;
Siapa bilang aku tak ingin,
Bagai memetik bintang di langit.

Karang suhun berjambak jambak,
Lidi kelapa buat peranti;
Biar bertahun dilambung ombak,
Takkanku lupa kekasih hati.

Poko lalang pokok semalu,
Sama membutuh air yang jituh;
Selagi tak hilang gunung nabalu,
Cintaku utuh tak akan runtuh.

Payah menangguk ke ikan tilan,
Menangguk kesih lumutnga mati;
Bagaikan pungguk rindukan bulan,
Menanti kasih serikan hati.

Hana🌹
[15/05, 5:52 pm] Hana🌹Mey Ly: Hasil petani jual di tamu, 
Melimpah ruah rezeki berlipat, 
Sungguh murni cinta hatimu,
Amat bertuah siapa yang dapat.
*Kim..*

Terbaring kaku di atas bantal,
Membaca menu hidangan dingin;
Walau cintaku semurni krystal,
Tetap c anu tidak teringin.🤣
*Hana🌹*

Tertambat rusa tepi telaga, 
Sekarang masih hampirlah mati, 
Usah menyeksa jiwa dan raga,
Menanti kasih yang tidak pasti.
*Kim..*

Bunga kekwa berulur pandan,
Pokok meranti dihujung titi;
Selagi nyawa dikandung badan,
Tetapku nanti sehingga pasti.🤣
*Hana🌹*

Diukir pahat batang meranti,
Lukisan dilakar si gadis ayu, 
Kasih terpahat di dalam hati,
Kekal mekar tak pernah layu.
*Kim..*

Di pantai sadai merapuh sampan,
Dindingnya runtuh dilibas buaya;
Biar dibadai ribut dan taufan,
Cintaku utuh tak akan goya.
*Hana🌹*

Tidaklah susah menanam pandan,
Gembur derai tanah di paya, 
Kelak terpisah nyawa dibadan,
Baru terlerai kasih dengannya🤣
*Kim...*

Pakai kelasah pepanji rawa;
Panjilah rakit rapuh serata;
Biar terpisah badan dan nyawa,
Qorin ku bangkit menuntut cinta.🤣
*Hana🌹*

Berenang itik di bawah titi, 
Tersangkut dahan berbalik bolak, 
Ingin memetik cinta dihati,
Niatku ditahan takut di tolak. 😂
*Kim...*

Tanam lemba di tepi bangsal,
Lindungkan kain berwarna biru;
Baik mencuba dari menyesal,
Orang lain ramai memburu.🤣
*Hana🌹*
[16/05, 6:23 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️....

🎀 *SETETES EMBUN PAGI* 🎀

_Saudaraku...._
_warga pantun santai_

🎀👉 *Janganlah didengarkan omongan orang yang membuat sakit, _tapi dengarkanlah nasehat yang membuat bangkit_*

🎀👉 *Jika engkau tidak bisa seindah pelangi, _maka cukuplah berpegang pada putihnya ketaatan dan jauhi hitamnya kemaksiatan_*

🎀👉 *Jika engkau tidak bisa menjadi seperti mentari, _maka jadilah lilin kecil yang begitu bermakna menuntun mereka yang tengah dilanda kegelapan_*

🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[16/05, 6:14 pm] Hana🌹Mey Ly: GURU (Gurindam)

Jikalau tiada guru mengajar,
tiada dikata orang terpelajar,

Jikalau tiada guru bernama,
tiadalah insan boleh ternama.

Jikalau bukan kerana guru,
tiada temadun berubah baru.

Jikalau guru tiada berjasa,
hilanglah rukun nusa dan bangsa.

Jikalau guru tidak dihormati,
Ilmu yang ada tidak diberkati.

Jikalau guru tak dihormati,
murid yang pernah bersusah hati.


Effah Hanie
Keningau
Sabah
16 May 2024
(Khamis)
[18/05, 3:47 pm] Hana🌹Mey Ly: HANYA MAMPU MEMINTAL RINDU

Jauh entah berapa kilometer
jarak yang kita miliki
talian maya yang menghubungkan
pada potret bertatapan wajah
pada tulisan yang mengeratkan hubungan
voice dan telefon memperdengarkan suara
disana kenyamananku padamu
video call sekali dan menatapmu buat aku jatuh hati

Di maya...
tanpa kalibatmu
sepanjang hari dan malam tanpamu
kerap jengahku mengintai 
gelisah tak selesa 
kau menyekatku dan aku terpuruk lara
apa salahku mana silapku
hanyaku mampu memintal rindu ini



EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
18 May 2024
(Sabtu)
[18/05, 8:22 pm] Hana🌹Mey Ly: GELORA RINDU

Deru ombak adalah suara rindu yang lara
pantai yang dihempas menjeratku kaku tak berkutik
lalu..ombak melempar dan menghanyut pasir
hanya terbiar tampa boleh berbuat apa
menghapus namamu yang ku ukir
menghilang jejak dari tapakmu

Awan yang jauh membawa resahku
gumpalan mendung menutupi sinar seluruh jiwa
menghantar hujan memenuhi atma hingga bertangkung di pelupuk mata
rinduku pun berguguran jatuh 
pada pulau yang jauh

Gelora lautan yang tak henti
desiran ombak menghempas pantai
bagai penantianku yang tak henti
rintih jiwaku yang lara direjam rindu


EFFAH HANIE 
Keningau
Sabah
18 May 2024
(Sabtu)
[19/05, 8:05 pm] Hana🌹Mey Ly: Kisah kau dan aku 
telah lama berlalu pergi
kini hanya tinggal kenangan 
ketika itu serasakan manis
semuanya manis
dunia ku indah bagaikan syurga
setiap renyai disusuli pelangi
kini semua hilang
dikenang pahit dilihat seram
tiada lagi bisikan rindu
atau memujukku dalam ketegangan dan kesedihan
tiada lagi kenyamanan ketikaku dalam kegelisaan dan kepanasan
tiada lagi kehangatan
ketika rindu merajut sukma
namun aku redho pada setiap takdir
mungkin inilah suratan buatku
[19/05, 8:05 pm] Hana🌹Mey Ly: Perlahan lahan senja berlalu
beinsut malam datang bertandang
tanpa sedar
kini malam telah berlabuh
unggas dan cengkerik keriangan
temasya berdendang ria
hanya pungguk yang sepi
membisu seribu suara
bulan dan bintang tak kelihatan
tersembunyi di balik gumpalan awan

Suasana kelam seluruh alam
di tengah perkebunan teratak usang menyaksi
dalam keriuhan unggas cengkerik
keriuhan anak-anak bermain
diam diam merajut kenangan 
memila satu persatu
dan tersenyum
walaupun pahit tak perlu diungkapkan
dan rindu terpendam tidak untuk aduan
[21/05, 8:42 am] Hana🌹Mey Ly: Tanam lemba dekat keranji,
Tanamkan sama sederet pinang;
Datang hamba menunai janji,
Setia bersama susah dan senang.

Memetik paku kerjanya lambat,
Rotan berkawat di lereng bukit;
Andaikan aku menjadi ubat,
Akan kurawat hatimu sakit.

*******************

MASIH BERHARAP

Membungkam sepi
diantara gelitanya malam
di atma menelusuri rindu
meninjau tiap kenangan
dua hati yang pernah bersatu
retak sebelum raga bertemu

Hingga fajar menyinsing
matahari membakar
senja berlabuh dan pergi bertemu malam
masih hati ini terus mengenang
masih berharap keajaiban takdir
dan setia memunggah rindu


Hana Effah Hanie🌹
Keningau
Sabah
21 May 2024
(Selasa)
[25/05, 8:38 pm] Putera Ag🐅💥: 💯 🅿️ℹ️

Berat langkahku 
untuk pergi 
erat kisah masa depanku 
 seketika hadirmu ada lagi sisa sesal masa laluku

Apa kah cinta ini sudah tersirat 
suratan cinta yang biasa ku rawat Dan untuk apa harapmu dan untuk apa aku berharap

Sedangkan Tuhan telah mentakdirkan kita
Untuk berpisah nantinya

Hanya satu pintaku. Bila aku benar benar jauh kembali kenanglah aku dalam doamu

Aku kan tetap mencintaimu tanpa batas waktu usiaku

_@puteraag_
 25052024
[29/05, 7:47 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️


Lukaku sudah sembuh..

Jangan pernah menyapaku lagi

Meski hanya sekedar berkomunikasi 

Pergilah, 
kau jangan khawatir perihal lukaku

Biarlah waktu yang menyembuhkan

Aku ingin menjalani hidup seperti biasa 

Seperti saat sebelum kita bertemu

Mulai sekarang kita berjalan dijalan kita masing masing 

Aku dengan hidupku, kamu dengan hidupmu

See you...
🅾️⏸️Ⓜ️🙋🏽‍♂️
[29/05, 7:22 pm] Hana🌹Mey Ly: CINTA SEJATI

Sepetang mengijak senja
camar kelayapan mendekat pantai
mega senja mula membias
mendekat waktu camar pulang kesarang
cinta sejati yang pergi
pasti kembali

Di pesisir pantai
deretan tapak kaki
menghilang
kesetiaan ombak
tak lelah menghapus semu
yang menapak pada sang pantai
cinta sejati bijak menangkis segala semu
dan hubungan kekal kehujung nyawa

Di sini
kutemui kedamaian pada raut wajahmu
kutersandar kenyamananku
kumelihat kelapangan dalam jiwamu
aku... jatuh cinta
kuterngiang bisikanmu
dan akupun rindu



EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
29 May 2024
( Rabu )
[29/05, 7:22 pm] Hana🌹Mey Ly: RINDU MASIH BERSISA

Kokokan ayam bergema
menandai penghujung malam
saat saat akan berlalu
fazaj hening menyingsing
daun daun masih dalam keasyikan
berselimut benungan embun
ada.. tengah khusuk beribadah
ada masih berselimut diulit mimpi

Burung burung berkicau
menyambut suria pagi
cengkerik diam membisu
bersembunyi di balik rekahan kayu 
di balik daun daun
tak ingin menjadi mangsa
burung burung pemakan
tetap tenang tetap ceria
masing masing haluan

Tak akan ada lagi 
sapaan mesra persis dahulu
tak akan ada lagi sahutan puisi cinta
telah terpadam tapak penantian
menjadi belukar
hanya rindu masih bersisa
tersulam diantara semak belukar


EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
29 May 2024
( Rabu )
[30/05, 6:57 pm] Putera Ag🐅💥: Semalam di sandakan

Di bawah 
Kelipan neon neon kota
Mencari jejak yg hilang
Masih hangat 
Terpahat kukuh dalam lipatan memori

Ku kejar  bebayangnya 
Masih belum ku pegang erat
Bisa terlepas hanya satu ungapan
Ternoktha
Tanpa pamit

Setiap kali rembulan mula bersinar engkaulah pengobat rindu

Tiktok........
[01/06, 10:38 am] Hana🌹Mey Ly: PERTUALANGAN

Bertualang rasa jelajah samudera
mengenderai kedasih membelah awan
memunggah rembesan salju
menghirup benungan embun
mensucikan jiwa yang biru
dan pasrah 
dimana cinta terhenti disitu dia bermilik

Berkelana terus berkelana 
mencari terang sinaran cahaya
mengejar impian 
menggapai harapan 
memasti tujuan tak salah haluan 
di kala hati bertemu perlabuhan 
di situ cinta menjadi intan



EFFAH HANIE 
Keningau
Sabah
31 May 2024
( Jumaat )
[02/06, 12:02 pm] Hana🌹Mey Ly: Kelana jiwaku berkehujung
penantianku pun berakhir
di sini cintaku bersimpul
Di dadanya wajahku melekap
Di hatinya hatiku menetap
Dan cintapun besekam tumbuh menjadi intan 
bersinar bagai benungan embun pagi di suluh cahaya suria pagi
🤣🤣🤣🤣
Rekha.. kau ilhamku 🥰🥰🥰
[03/06, 3:37 pm] Hana🌹Mey Ly: BISIKAN RINDU

Kasih
bisikan rindu itu telah menyapa
semenjak kau menutup gerbang untuk ku
berat hati berjalan meninggal pergi
seakan melumpuh seluruh jiwa raga
terpaksa kulakukan
kerana ruang itu telah kau tutup gerbangnya

Kasih
Rindu ini bagaikan bersilihnya malam dan siang 
tak pernah bertemu dan tak mungkin bertemu
bagaikan purnama yang hanya mampu menjengah pungguk
pungguk yang berlagu rindu
hingga menemukan ajalnya
tak mungkin dapat meriba bulan

Kasih
kepada senja kulukiskan keindahan cintaku padamu
kepada awan kutitipkan kasih
agar redup kenyamannya kau rasakan
kepada bayu kubisikkan rindu
agar dapat telusup gerbang hatimu
meski aku tak lagi berharap
dan ku hapus tapak penantian
kasih sayang dan cinta kugabungkan dalam doa
agar kau selalu sejahtera


Hana🌹
Effah Hanie
03 Jun 2024
[03/06, 10:12 pm] Hana🌹Mey Ly: SEPI

Malam ini kembali lagi
meninjau ninjau kelipan bintang
kelam diseliputi awan 
di manakah purnama
juga tak kelihatan

Hai pungguk
apakah tidak rindu atau terlalu sedih
hingga tak mampu berlagu seperti kemarin
hai..unggas engkau juga membisu
dan cengkerik ku dengar lirih 
apakah kamu tahu yang berlegar di hatiku
yang malam ini sepi tanpa keindahannya
tiada lagi pelitaku yang dulu
yang selalu membuat hatiku terang
menghangatkanku dalam dingin
dan kenyamanan membuatku lena

Hana🌹
EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
03 Jun 2024
( Isnin )
[07/06, 5:38 pm] Hana🌹Mey Ly: Tiap malam melalui dengan harapan
berharap kau masih sudi
menghiasi mimpi-mimpi yang terbina
tiap detik tiap saat hanya dirimu
namamu bayangmu yang kupeluk dalam rindu
sebelum terlena
masihku jengah mendongak di langit
bulan pun juga muram
kuhirup pula bayu berlalu
pada desiran inginku dengar 
bisikan salam rindu buatku
hampa..
ku melihat kepingan kepingan cinta berterbangan
Kumelihat rembisan rembisan rindu berluncuran
tidak satu yang menyinggah kepadaku
tiada untukku
tahu ini perit
namun tak mampu membuang rasa
[08/06, 11:11 pm] Hana🌹Mey Ly: BENCI TAPI RINDU

Malam yang pekat
tanpa bintang tanpa bulan
pungguk juga tak kedengaran
yang selalu mengumandangkan lagu rindu
ketika rembulan memancarkan cahayanya
hanya mendengar dan melihat hujan lebat mencurah
dingin..
lalu membungkus diri dalam selimut tebal

Diantara bingitnya deru hujan
terasa sepi bersendirian
ada rintih tangisan rindu
merobek robek di dalam kalbu
lagi lagi kenangan yang sukar dihapuskan
datang menerejang tanpa simpati
lagi lagi memikir akan khabar keberadaanmu disana
lelah..
aku sudah lelah
namun ku tak mampu membuang rasa
aku makin benci tapi aku makin rindu


HANA🌹
[12/06, 8:31 am] Hana🌹Mey Ly: JANGAN DITURUT KECEWA

Akan kutulis berjuta syair
disana cinta tiada akhir
walaupun perit tidaknya mahir
tetapkan tegar buat melahir

Nun berselubung hampa kecewa
bagaikan habuk angin membawa
remuk berkecai didalam jiwa
di bibir tetap membuat tawa

Bibir tersenyum hatinya lirih
luka mendalam semakin perih
bagai menimang tiada jerih
diam membisu jiwanya kerih

Sebagai hidup jiwa yang mati
sakitnya ngeri tiada seperti
menyusut badan yang tersakiti
meluluh hancur segenap hati

Angkara cinta batin tersiksa
terputus kasih rela terpaksa
memunggah luka masa kemasa
janganlah hati terus disiksa

Takdir tertulis kalam aksara
mewarna hidup aneka cara
bersenang lenang bersusah mara
dibuat jangan bawa melara

HANA 🌹
Keningau.         *( Syair )*
Sabah
11 june 2024
[13/06, 9:22 am] Putera Ag🐅💥: 🅿️ℹ️...

🌹jaga hati .. 🪷🕊️

Merindukan mu
seperti menulis kata 
Tak akan pernah bernoktha
hingga habis tinta pena


Sepagi ini aku telah memikirkanmu
Mengalahkan awal terbitnya mentari

Bagiku kau adalah semesta 
Yang wajib kusapa dan kusebut dalam do'a

kau akan mengaamiininya

🙏🏻

🅾️⏸️Ⓜ️ selamat pagi  sahabat dunia.akhirat
[15/06, 7:04 am] Hana🌹Mey Ly: KITA BUKAN SEJODOH

Tak akan ada lagi rinduku
dan kenangan hanya secalit semu dalam mimpi

Tak akan ada lagi cintaku
dan kenangan hanya rangkapan seni puisi

Sayangku hanya sebatas teman
tempat berborak mesra dalam talian

Kasihku hanya sebatas sahabat
saling membantu melerai masalah

Hingga ketenangan ini telah kuraih
seperti senja di waktu cerah
seperti fajar di waktu pagi
yang malam tanpa bulan
meriah bintang bertaburan
dalam temasya cengkerik dan unggas unggas

Aku tahu
kau tercipta bukan untukku
aku tercipta bukan untukmu



Effah Hanie
Keningau
Sabah
15 June 2024
[15/06, 7:56 pm] Hana🌹Mey Ly: PERJUANGKAN CINTA

Menatap langit sendirian
saat senja menginjak malam
Langit masih rupawan
dermaga awan jauh menyisih
tanpa rembulan 
bintang bintang terus bersinar
senyap dalam pelukan
membungkus segenap rasa

Dalam bungkam terdengar
sayup sayup cengkerik
merenung dalam khayal
biasan wajah kesayangan
cinta tidak berupa
terpaut tak berdahan
dikala jauh digenangi rindu

Ketika masih ada terlihat sedikit harapan
perjuangkan cinta hingga sejati


EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
16 June 2024
(Sabtu)
[17/06, 8:06 pm] Hana🌹Mey Ly: PENANTIAN

Berhembus angin malam
membawa rembisan embun
pohon rumput daun dan bunga
menadahkan benungan
hening malam rembulan menyinari
bintang melambai kerdipan
sayup sayup pungguk berlagu
menyairkan kerinduannya

Oh.. angin
telah kutitipkan bingkisan rinduku padanya
adakah kau sampaikan ?
oh..malam
aku ingin bertemu dengannya
bolehkah malam membawa tidurku dalam mimpi ?
hingga terang matahari esok
mempertemukanku dalam nyata
penutup kamar penantian.


EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
17 June 2024
(Isnin)
[19/06, 8:18 am] Hana🌹Mey Ly: KUPELUK RINDU YANG TERSISA

Waktu bergulir kian berlalu
hari kehari masa kemasa 
kau dan aku hanya sebatas waktu
kita pernah mengikat tali cinta yang berjurai
kusangka itu abadi 
terikat dan menua bersama
rupanya hanya drama yang kau unggah di pentas maya

Ikatan tali cinta yang kau lerai
masih ada kesan membekas 
namun bukan itu kesakitanku
tapi melepaskanmu adalah hal yang tersulit
kerana kupasti dikaulah cinta sejatiku

Masapun terus berlalu
hanya kupeluk rindu yang tersisa
dan kuintai kau dikejauhan
sayu pilu hatiku


HANA 🌹
Keningau
Sabah
19 June 2024
( Rabu )
[20/06, 9:22 pm] Hana🌹Mey Ly: HAMPA KECEWA

Merenung senja ukiran jiwa
menyulam kasih kama renjana
kenangan silih ganti terbawa
.
Terbawa pilu jiwa kelana
bayang arjuna silih menerpa
terhimpit rindu siksa merana
.
Hendak bertemu aral menimpa
berputus kasih entah salahnya
berwalang rasa duka nestapa
.
Bagaikan pungguk hilang lagunya
teguh berharap tiada batasan
menyinta mati hingga ajalnya
.
Berbagai cara buat landasan
merayu kasih kekal bersama
hampa sediri tiada balasan



Hana🌹
EFFAH HANIE
Keningau
Sabah
20 June 2024
( Khamis )